| Mobile| RSS

MELAYU BOLEH, BUDAK SEKOLAH BOLEH, APA LAGI BOLEH?

| posted in , , | 6 comments


‘Melayu Boleh’ atau ‘budak sekolah’ adalah tag yang cukup popular bagi pelayar laman seks dari Malaysia. Gambar, klip video mahupun aksi seks ‘mereka’ boleh ditonton serta dimuat-turun ke telefon bimbit secara percuma. Kecanggihan teknologi komunikasi ternyata dimanfaatkan sepenuhnya oleh penagih seks maya ini.

Fenomena ini bukan perkara baru. Ianya mula dikesan sejak internet diperkenalkan di negara ini. Sebagai medium yang bebas dari tapisan, perbuatan menyebarkan gambar, cerita ataupun klip video tersebut sukar dibendung ataupun dibenteras. Malangnya, ramai di antara kita yang menganggap fenomena ini sebagai perilaku biasa yang tidak boleh dielakkan.

Memang benar, mustahil untuk kita menghalang semua bahan yang berkaitan pornografi di internet. Tetapi, adakah kita pernah berfikir sejenak mengenai kaedah serta langkah yang patut diambil oleh kita semua untuk menghalang gejala ini daripada terus berleluasa?

Hari ini, Harian Metro melaporkan kisah budak sekolah yang menjadi ‘bapa ayam’ dengan memperdagangkan budak-budak perempuan di sekolahnya. Bahkan, sudah saban hari media massa di negara ini melaporkan kisah-kisah remaja yang terlibat dengan amalan terkutuk ini. Nampaknya, segala peringatan yang diberi tidak langsung meninggalkan kesan kepada golongan ini.

Remaja adalah harapan agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Jika mereka tidak dilatih atau diajar tentang pendidikan agama dan seks, kita bimbang suatu hari nanti, kita akan melahirkan generasi yang sudah tidak takut dengan dosa ini. Adakah kita mahu dunia luar melabelkan amalan seks bebas di negara ini tiada bezanya dengan dunia Barat?

Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), berkata :

"Remaja akil baligh cukup mudah naik nafsu syahwat terutama apabila melihat bahan lucah, mereka juga sudah tahu apa itu hubungan seks. Perubahan itu akan mencapai kemuncak jika wujud pergaulan tanpa batasan dan ketagihan seks.

"Banyak kes rogol bawah umur berlaku antara kenalan, rakan, pasangan kekasih disebabkan mereka tidak mempedulikan larangan agama dan undang-undang. Apa yang mereka fikirkan hanya untuk berseronok disebabkan wujudnya 'pencetus' iaitu bahan lucah.

“Aktiviti itu akan memberi kesan langsung kepada remaja yang masih bersekolah, mereka akan mengabaikan mata pelajaran, pencapaian akademik merosot, keruntuhan moral serta hubungan renggang dengan keluarga.”


Daripada para sarjana pening memikirkan kaedah untuk membenteras gejala ini, adalah lebih baik jika kita semua berusaha mempraktikkan kembali hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Bayangkan jika hukuman sebat atau rejam sampai mati ke atas pesalah zina dijalankan setiap minggu di hadapan orang awam. Tidak mustahil kes-kes sebegini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Dalam masa yang sama, pendidikan seks hendaklah diajar di sekolah-sekolah mengikut kaedah yang diajar oleh Islam supaya pendidikan dan hukuman dapat membimbing mereka ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Insya’ Allah.



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
6 Responses So far
gravatar
Laxmana
on October 16, 2008 at 4:56 PM  

Salam...

Aflah, letak tajuk ni watpe? Kang yang tak berniat nak tengok or usha line pun tergerak hati nak carik laman nih... naye...

Itu sekadar pandangan saye... bukan cube berfikiran kolot, tapi...

terpulang...yang penting niat tu betul serta cara perlaksanaannya selari...kan?

Hmm...sume yang Aflah ulas dlm entri ni memang betul...

p/s : manade cume pompuan yang mesej sis, ramai lelaki jugak ah... tak reti ayat-mengayat ni...
AstaghfiruLlah... SETIA tu walau pahit awalnye, tapi MANIS akhirnye...

gravatar
Nur Aflah
on October 16, 2008 at 5:04 PM  

Salam..

Saja letak tajuk ni. Biar depa insaf sikit.

Setia pada siapa tu? Lain macam je bunyinya.. :-)

gravatar
FirAzzurri
on October 16, 2008 at 6:34 PM  

Salam...
dengan kecanggihan teknologi dan 'ketamadunan' manusia yang semakin memuncak saya kira sukar untuk kita menyekat dari segi physical, setuju ngan kak, yang kita mampu buat adalah dengan didikan agama yang betul, InsyaAllah lama-kelamaan lembut jugak hati anak remaja kita... ;-)

gravatar
al-brangi
on October 16, 2008 at 10:05 PM  

salam,

kepakaran serta kecangihan ilmu IT bukan untuk memusnahkan akhlak manusia

gravatar
daus
on October 17, 2008 at 12:53 PM  

no comment le entry ni.gua pun bukannya baik sangat.heh

gravatar
Aksi Budak Sekolah
on February 11, 2010 at 1:01 AM  

dia orang semua xfikir panjang sebelum buat benda bodoh.... xsayang masa depan betul....tah tape...

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH