IKLAN BERBAYAR (Untuk menyewa ruangan ini, sila klik di sini)

SIAPA PECAT DR ASRI?


Tak dapat nak dipastikan samada Dr Asri sedang merajuk atau kecil hati ataupun sudah tawar hati untuk menyambung tugasnya sebagai Mufti. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk Dr. Asri menceritakan alasan sebenar beliau mahu mengundurkan diri.

Malaysiakini melaporkan :

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.


Jika benar sumber laporan Malaysiakini itu, Dr. Asri kelihatan diberhentikan dan bukannya mahu berhenti.

Malah Perfectwater75, rakan blogger saya yang menetap di utara memberitahu:

“Khabar ini sebenarnya sudah lebih lima bulan berlegar di negeri Perlis, cuma alasan pencen awal kerana kecewa dengan situasi politik semasa itu masih boleh diragui kerana menurut seorang sahabat di Jabatan Mufti Perlis menyatakan adanya sebab-sebab lain yang lebih murni untuk beliau menamatkan kontraknya sebagai Mufti Perlis.

“Namun begitu, beliau saya jangkakan akan terus memperjuangkan apa yang sedang dan telah diperjuangkan sebelum ini walau apapun posisi semasa beliau. Sekurang-kurangnya ramai yang telah terkesan dengan apa yang didakwahkan beliau.”



Nur Aflah : Nampak gayanya, Dr. Asri sudahpun memasuki senarai panjang ulamak yang menjadi mangsa politik seperti yang berlaku pada Dr. Harun Din, Datuk Ismail Kamus dan ramai lagi.

Penjelasan rasmi dari blog Dr. Asri, sila klik di sini.

3 comments:

October 7, 2008 10:08 PM Tun Jeram

Salam,

Melihat tulisan Dr.Asri dalam Mingguan Malaysia pada tiap-tiap minggu, saya dapati beliau memang seorang yang berani atau malah terlalu berani.

Beliau misalnya pernah mengkritik PM secara terus terang berkaitan dengan bertafakur di Tugu Negara.

Walaupun apa yang dikatakan oleh beiau mungkin benar dari segi hukum Islam,tetapi saya tidak fikir ada pembesar negara yang merasa selesa dikritik secara terus terang seperti itu, walaupun oleh seorang mufti.

Manusia sebenarnya suka dipuji, bukan dikritik. Jadi kalau hendak mengkritik jua, mungkin perlu dilakukan dengan cara yang lebih sopan dan berkhemah, dan bukan dengan cara menunjuk pandai seperti yang dilakukan oleh Dr.Asri.

October 8, 2008 9:48 AM intan

Dia berani kerana benar, mcm Tuan Guru nIk Aziz sering melontarkan kata2 yang sinis kerana dia tau dia benar.

Saya lebih suka cara menegur yang direct sebab bila terlalu banyak lapik, pemimpin semakin lalai.

October 8, 2008 6:49 PM mustapha

Jadi ahli PAS yang berwiba.
Anda pasti dapat mengubahkannya.
Perjuangan mesti diteruskan.
ANDA PASTI BERJAYA.
ANDA PASTI BERJAYA.
ANDA PASTI BERJAYA.

Post a Comment

Salam,

Saya amat mengalu-alukan sebarang komen daripada anda semua. Cuma saya berharap, komen yang ingin anda berikan itu tidak akan melanggar mana-mana batas syarak kerana setiap perbuatan kita, pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini dan komentar yang menggunakan nama anonymous tidak dibenarkan lagi di blog ini.

Wassalam..

Share it

Related Posts with Thumbnails

Search This Blog

Loading...

Recent Posts

Recent Comments

Sahabat Maya

Nur Aflah's Fan Box

Nur Aflah Avatar Logo Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.” [Riwayat Al-Bukhari]

Blogger Buster LogoSmashing Logo© Nur Aflah.