Bernama hari ini melaporkan,
PAS MELAKA HILANG 41 AHLINYA
Ketua PAS cawangan Musai, Bukit Baru, Melaka bersama-sama 40 anggota cawangan itu hari ini menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno.
Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai di sini.
"Tidak ada perjuangan yang sebenarnya oleh PAS dan saya menyedari kesilapan itu dan kini menyertai Umno," kata Ismail kepada pemberita.
Beliau yang telah 20 tahun menyertai parti itu kecewa dengan tindak-tanduk parti itu yang kini tidak relevan dari dasar yang diperjuangkan sebelumnya.
Mohd Ali yang juga Ketua Menteri dan Naib Presiden Umno menganggap kemasukan 41 anggota PAS itu ke dalam Umno sebagai tindakan positif.
KENAPA PAS MELAKA TAK SEHEBAT PAS NEGERI LAIN?
Malam ini saya ingin nyatakan sebab pertama yang membuatkan PAS Melaka tidak sehebat PAS negeri lain.
Cuba teliti foto di bawah:
Kesalahan yang dilakukan oleh ‘model-model’ dalam foto di atas ialah mereka gagal mempamerkan senyuman yang menawan.
Rakyat Melaka memang kurang mengenali pemimpin PAS negeri. Jika foto ini yang digunakan sebagai foto rasmi untuk website, blog, banner ataupun poster, saya tidak fikir ianya boleh menarik perhatian rakyat negeri Melaka. Dengan imej masam sebegitu, ianya boleh mendatangkan persepsi negatif.
Cuba senyum macam ‘model-model’ di bawah:
Tips: Untuk mendapatkan senyuman yang menawan dalam foto tidak susah. Hanya senyum betul-betul sehingga menampakkan sedikit gigi. Kalau tak percaya, cubalah.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini




on January 27, 2009 1:54 AM
Salam Aflah,
Saya sokong 200%, tengok muka sorg2 langsung tak mesra rakyat....Tabasumuka Fi Wajhi Akhika Sadaqah! takkan orang biasa macam saya ni nak kena ajar orang kuat PAS Melaka ini senyum sedangkan mereka sewajarnya tahu how to smile...tak payahlah Aflah nak ajar pulak, buat malu orang lelaki saja...tengok gambar tu memang tak reti nak senyum...sebagai tindakan agresif yang pertama, tolong tukau gambau korang ni dulu...takkan tak boleh nak hijrah kot??
Nice post Aflah!
thx!
on January 27, 2009 3:24 AM
hahahahaha
no comment!
on January 27, 2009 7:07 AM
Tool untuk senyum menawan yang penting menurut prof Hamirdin ialah perlu ada pencungkil gigi. Mungkin pimpinan Melaka perlu adakan kempen cungkil gigi supaya senyum menawan dan tak ada lagi ahli PAS yang mengisi borang UMNO. Tapi tuduhan PAS tak ada perjuangan tu melalut sangat...lepas tu lari naik kapal yang dah hampir karam..apa punya konfius
on January 27, 2009 7:18 AM
Saya fikir ahli dan penyokong PAS di Melaka masih ramai. Yang melompat ke UMNO itu mungkin merupakan kes terpencil. Tapi elok juga PAS buat kajian mengapa ada ahlinya yang melompat ke UMNO, ketika orang UMNO sendiri ada yang melompat ke PKR.
on January 27, 2009 7:50 AM
Gambar bawah sebelah kiri berserban macam kenal je. Yang sebelah kanan tu, member PAS ke?
on January 27, 2009 8:54 AM
Masuk muta ligat. ada penjelasan tentang isu ini.
on January 27, 2009 10:32 AM
Salam
Nobisha pun model PAS gak ke?
keh3
ADHA
www.myadha.com
on January 27, 2009 11:09 AM
No worry. Mereka yg melompat ke umno memang tak faham perjuangan PAS. Kena buat selalu tarbiah. Tetapi kenapa masuk umno. Pelik kan. Umno yg penuh dengan kemelut masih ada mengatakan lebih baik dari PAS??. Bengong!
on January 28, 2009 1:44 AM
salam"
Selepas 40 penyamun itu memasuki UMNO, nanti baru dia tahu minyak panas yg akan dicurahkan kebadan mereka.
PS: Teringat Ahmad Busra dalam tempayan 40 penyamun Ali Baba.
on January 31, 2009 1:33 AM
hahaha....senyum mcm siti la baru syok
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back