| Mobile| RSS

BILA MELAYU TAK TAHU CAKAP MELAYU

| posted in | 3 comments

Saya sempat menonton seketika 2 episod bual-bicara ‘Di Luar Lingkungan’ yang disiarkan TV1.

Dalam episod yang membicarakan tajuk Anugerah Nobel, kelihatan seorang ahli panel yang berbangsa Melayu bertutur dalam bahasa rojak (Melayu+Inggeris). Seringkali dia menuturkan ayat “You know.. you know..” ketika menyampaikan hujahnya.

Kemudian, dalam episod yang membicarakan tajuk Kedudukan Masyarakat Cina di Malaysia, kesemua ahli panel yang dijemput bukan berbangsa Melayu. Saya melihat, kesemua ahli panel itu mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Mereka tidak ‘merojakkan’ bahasa.

Dalam hati saya berkata, “Jika bukan Melayu boleh bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, kenapa masih ada orang Melayu yang suka bertutur dalam bahasa rojak?”

Dalam drama Melayu, penggunaan bahasa rojak begitu ketara sekali. Tetapi, jika menonton drama Cina yang menggunakan skrip Bahasa Melayu seperti yang selalu ditayangkan di TV2, mereka langsung tidak menggunakan bahasa rojak. Silap siapa sebenarnya?


Esok, kumpulan anti-PPSMI akan mengadakan pelancaran demontrasi ‘ala-bersih’ bagi menuntut pihak kerajaan membatalkan projek PPSMI.[sumber di sini]

Kebetulan, mak saudara saya (bukan Melayu) seorang pesara guru dan selalu dijemput oleh Jabatan Pelajaran untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada guru-guru yang terlibat dalam projek PPSMI.

Katanya, kebanyakan guru-guru itu memang pakar dalam bidang sains ataupun matematik. Masalah yang dihadapi mereka ialah mereka tidak tahu untuk menyampaikan ilmu yang mereka tahu itu dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Kesannya, guru tak tahu menerangkan, anak murid tidak faham apa yang guru cuba sampaikan.

Keadaan ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa menerangkan sesuatu subjek itu berulang-ulang kali, hanya kerana kelemahannya bertutur dalam Bahasa Inggeris, sedangkan subjek itu amat ‘kacang’ bagi guru tersebut untuk diterangkan dalam Bahasa Melayu.

Hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar sekolah memang baik. Namun, kaedah yang ingin digunakan haruslah selari dengan tujuan asalnya.

Bukannya apa, kita bimbang kalau-kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Memang terdapat pihak yang pro dan kontra dalam isu ini. Masing-masing ada hujah mereka. Mungkin pihak kerajaan perlu membuat undian dalam Dewan Rakyat, siapa yang bersetuju dan siapa yang menentang perlaksanaan PPSMI.

Isu ini hendaklah dinilai dari luar kotak politik. Mereka yang bersetuju dengan PPSMI terdiri daripada penyokong dan juga penentang kerajaan. Dan mereka yang menentang PPSMI juga terdiri daripada penyokong dan penentang kerajaan.

SAMBUNGAN:

Malam tadi, saya sempat menonton rancangan “Point Of View” di NTV7 yang membincangkan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil menyemak email yang belum dibalas.

Selama ini saya hanya mendengar suara Tok Ki di IKIM.fm dan malam tadi, barulah saya dapat mengenali wajah sebenar beliau. Sejujurnya, saya memang suka mendengar celoteh Tok Ki melalui ruang udara IKIM.fm biarpun tidak semua pendapatnya boleh saya terima.

Tetapi, kemunculan beliau dalam rancangan malam tadi memang hancur. Bahasa Inggerisnya berterabur dan saya tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikannya.

Mungkin inilah dilema yang dihadapi oleh murid-murid dalam program PPSMI.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
3 Responses So far
gravatar
Hasbullah Pit
on January 30, 2009 11:08 PM  

Demo yang esok bukan macam bersih, ia hanya pelancaran sahaja.

Yang bersaiz bersih bukan mac nanti.

gravatar
kulatlapok
on January 31, 2009 10:14 AM  

salam Nor Aflah:

Saya juga terpepas melihat program tersebut. Boleh kah sdri siarkan gambar ahli panel yg tak berapa nak reti berbahasa Melayu tu. Bahasa Melayu tak ada kemajuan..... bahasa kuno

gravatar
TADIKA
on February 27, 2009 5:25 PM  

Kalau melayu tak reti Melayu, agak ganjil juga, tetapi ada lagi yang lebih menarik, kerana terlalu menyanjung Bahasa melayu, sehingga nama tempat, nama khas di sebut dalam bahasa melayu, Terutama Encik Farith bekas Duda Rosnah mansor, yang lebih teruk lagi Sebutan bahasa dimelayu arabkan walaupun terdapat bahasa lain yang lebih sesuai Alahai Apa nak Jadi dengan Bahasa malaysia

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH