| Mobile| RSS

LCCT LABU: KEJAP BATAL, KEJAP TIDAK?

| posted in | 2 comments


Isu cadangan AirAsia Bhd hendak membina sebuah lapangan terbang baru berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan mencuri perhatian umum bila tersebar berita awal Bernama mengatakan kerajaan telah menolaknya.

Menurut laporan berkenaan, keputusan untuk membatalkan projek itu disampaikan kepada AirAsia pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri para pegawai Kementerian Kewangan, MAHB, dan AirAsia semalam.

Namun dalam laporan Bernama kemudiannya, ia memetik Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai berkata, keputusan mengenai cadangan AirAsia Bhd akan diketahui dalam dua hingga tiga minggu lagi.

"Sebenarnya (kerajaan) belum buat keputusan lagi. Apa yang penting segala maklumat dan butir-butir yang berbangkit akan diperhalusi secara terperinci," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan MCA di Kuala Lumpur.

Menurut laporan awal Bernama sekalipun projek LCCT Labu itu ditolak tetapi Air Asia dikatakan memperolehi beberapa konsesi.

Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) difahamkan akan diberi tanggungjawab membina sebuah terminal penerbangan tambang murah (LCCT) yang baru, berdekatan terminal sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sumber itu menyatakan AirAsia berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang lebih rendah, yang ia akan berunding dengan MAHB dan juga dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi LCCT baru itu.

Katanya, syarikat penerbangan tambang murah itu diberi masa untuk mengemukakan senarai keperluannya dalam LCCT baru itu.

Caj itu boleh diturunkan sehingga separuh, kata sumber tersebut.

AirAsia sentiasa mengadu tentang caj di LCCT sekarang kerana berpendapat caj dan cukai yang dikenakan di lapangan terbang itu sepatutnya lebih rendah daripada di KLIA ekoran kurang kemudahan.

Pada mesyuarat itu, AirAsia diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Tony berkata, AirAsia menganggap hasil mesyuarat itu sebagai amat positif dan kini ia menunggu butiran lengkap.

Katanya, AirAsia komited bagi menyediakan perkhidmatan berkelas dunia, lima bintang melalui sebuah LCCT yang dibina khas. Menurutnya lagi, AirAsia turut komited menjadikan Kuala Lumpur sebuah hab serantau bagi syarikat penerbangan tambang murah agar dapat memberi sumbangan lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Dari segi kewangan, ini merupakan berita baik bagi AirAsia.

“AirAsia yang kini mempunyai geran yang tinggi, tidak perlu lagi mendapatkan pembiayaan untuk membina LCCT baru itu,” katanya

Menurut Menteri Pengangkutan pula kerajaan memerlukan masa membuat keputusan mengenai LCCT itu kerana ia membabitkan banyak pihak.

"Kementerian Pengangkutan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia memang sedang bermesyuarat untuk kebaikan semua pihak," katanya.

Sumber: Agenda Daily

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
2 Responses So far
gravatar
chekdenoor
on January 31, 2009 1:42 PM  

Salam,

Jadi atau tidak ..... itu adalah percaturan politik dan bisness golongan atasan. TETAPI

kalaulah jadi..... harap sangat imfrastruktur dan prasarananyer di upgrade sikit.

LCCT tempat pertama pelancong sampai kemalaysia dan tempat terakhir juga pelancong meninggalkan malaysia...... Kalau setakat nak buat dan betul-betul ekonomi....hingga kemudahan dan keselesaan nyer terabai ..... baiklah jangan ada.......

LCCT dan chekdee akan selalu berhubungan selagi anakanda chekdee maseh belajar diluar negara .... tapi....secara terus terang .... chekdee kesal dengan keadaan LCCT itu sendiri.... sangat tidak selesa dan betul-betul burget ....ini merendahkan martabat malaysia dimata dunia.......

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH