| Mobile| RSS

MAHATHIR MASIH BERKUASA DI MALAYSIA?

| posted in , | 4 comments


Jika anda merasakan Tun Mahathir sudah tidak berkuasa di Malaysia, anda mungkin silap. Biarpun beliau telah disekat di situ dan di sini, namun beliau bijak menggunakan segala ruang yang ada untuk menyalurkan pendapatnya kepada umum.

Dengan bantuan kumpulan blogger ‘tertentu’, pendapat beliau diperkemas dan dipanjangkan lagi agar ianya tampak seperti pendapat ‘perdana’ atas litar alternatif. Karisma dan legasi beliau masih lagi bertenaga seperti enjin lama yang disokong kuasa turbo. Setiap kali beliau menekan pedal ‘minyak’, pasukan Pak Lah terpaksa berhempas-pulas memintas kereta beliau.

Memang benar Tun sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Namun suaranya masih lagi didengar rakyat Malaysia dan pandangannya pula masih bisa melakar lanskap politik Malaysia.

Buktinya sudah ada.

1. Kritikan keras Tun terhadap Pak Lah telah menyebabkan Pak Lah terpaksa berundur lebih awal daripada perancangannya.

2. Sokongan terbuka Tun terhadap Najib menyebabkan Najib menang jawatan Presiden UMNO tanpa perlu bertanding.

3. Mukhriz lebih awal melepasi kuota pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

4. Muhyiddin lebih awal melepasi kuota pencalonan jawatan Timbalan Presiden UMNO selepas menjadi ‘tukang ulang’ suara Tun Mahathir.

5. Hishammudin Tun Hussein melepasi kuota pencalonan jawatan Naib Presiden lebih awal selepas bersungguh-sungguh mempertahankan program PPSMI yang diilhamkan Tun Mahathir.

Mungkin 5 petunjuk di atas hanya kebetulan. Bagaimana pula dengan 2 petunjuk di bawah ini:

a) Hasrat Sime Darby mahu mengambil-alih kepentingan IJN dan hasrat Air-Asia mahu membina LCCT baru di Labu dengan bantuan Sime Darby mula disensasikan oleh kumpulan blogger tertentu. Selepas itu, isu tersebut dipanjangkan oleh blogger lain dan akhirnya, Kementerian Kewangan yang diteraju Najib mengambil langkah ‘mendengar’ pendapat blogger. Adakah ianya satu kebetulan atau perancangan rapi pihak tertentu.

b) Tun Mahathir mengecam Wan Farid sebagai proksi Pak Lah sejurus nama calon diumumkan. Selepas BN kalah dalam pilihanraya kecil itu, Pak Lah yang dipersalahkan secara total oleh Tun Mahathir sedangkan Najib turut terlibat memilih calon dan mengetuai jentera pilihanraya. Malah, team Pro-Pak Lah yang dilihat begitu menonjol berkempen sedangkan team Pro-Mahathir dilihat acuh tak acuh.

Adakah era Mahathirisme akan kembali mewarnai lanskap politik Malaysia? Fikir-fikirkanlah…

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
4 Responses So far
gravatar
Harimau-Menaip
on January 31, 2009 1:30 AM  

Saudari Nur Aflah yang cun,

Saya rasa Mahathir tiada kuasa cuma pandangannya masih didengar dan diguna-pakai.

Formulanya mudah. Jika Anwar turun dari takhta politik, adakah saudari rasa pandangan nya akan ditolak mentah-mentah?

Jawapan nya sama dengan jawapan bagi soalan saudari Nur Aflah.

Wallahualam.

gravatar
el-salleh
on January 31, 2009 11:05 PM  

Mahathir mungkin lebih cerdik daripada kebanyakan pemimpin UMNO. Sebab itulah pendapatnya masih mendapat perhatian, dan dia kelihatan masih berpengaruh.

gravatar
akusayangumno
on February 1, 2009 6:54 PM  

Kenapa perlu takut dengan pandangan dan nasihat Tun? Dan kenapa pula perlu menentang hanya kerana ianya adalah ilham Tun? Dan jikapun tidak mahu ikut nasihat, janganlah dikutuk Tun dengan apa cara skalipun jika tidak bersetuju!

Itulah kesilapan pok loh, kebodohsombongan kj dan sekutu-kutunya. Kebanyakan rakyat non partisan dan sebahagian ahli UMNO tetap menghormati Tun sebagai negarawan. Tidak perlu analisis yang terlalu analitikal bagi menjelaskan kekaburan politik malaysia kebelakangan ini.....

gravatar
paloi bin mulau
on February 3, 2009 11:07 AM  

hehehe kesian paklah sbb tak mahu jadi pak sanggup mahathir. mungkin najib akan berjay jika sanggup jadi pak sanggup mahathir nanti.

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH