| Mobile| RSS

RUGILAH MACAM NI?

| posted in , | 6 comments

Selepas kontrak konsesi lebuhraya didedahkan kepada umum, rakyat mula mempersoalkan tindakan kerajaan yang sanggup menanggung kerugian.

Kita tidak tahu bagaimana perunding yang mewakili kerajaan berbincang dengan operator lebuhraya, dan kita tidak tahu kenapa kerajaan sanggup menanggung beban hutang jika terdapat operator lebuhraya yang gagal melunaskan pinjaman mereka kepada pihak bank; kenapa kerajaan sanggup bayar pampasan jika operator lebuhraya gagal buat duit atau naikkan kadar tol; dan kenapa kerajaan terpaksa juga menanggung beban jika kontrak tersebut dibatalkan.

Kita macam dipermainkan. Kenyataannya, banyak keraguan yang timbul selepas kontrak tersebut didedahkan kepada umum. Pihak yang mewakili kerajaan pada masa perjanjian itu dibuat perlu menerangkan kekusutan ini kepada rakyat.

Dari sudut pelaburan, setiap perniagaan mempunyai tahap risiko tertentu. Ahli perniagaan sepatutnya menyalahkan diri mereka sendiri jika gagal membuat keputusan yang tepat bila perniagaan mereka mengalami kerugian.

Dan, mereka jugalah yang sepatutnya menanggung akibatnya jika melakukan sebarang kesilapan dalam pelaburan mereka. Peliknya, pengusaha lebuhraya pula dijamin keuntungan mereka dan tidak perlu menangung risiko kerugian.

Siapa yang tidak mahu meniaga dengan cara ini?

Jangan tanya saya kenapa. Jika anda benar-benar ingin tahu, tanyalah pada perunding, kenapa kerajaan dibebankan sebegini rupa?

Dan kenapa kerajaan (sudah tentulah rakyat juga) kena bayar pada mereka biarpun pengusaha lebuhraya gagal melaksanakan tanggungjawab mereka?

Pengusaha lebuhraya jelas membuat keuntungan besar dengan modal yang kecil. Dan rakyat pula, mereka yang sepatutnya merasakan nikmat kemudahan hanya mampu mengharap pengusaha lebuhraya akan memberi sedikit ehsan dan insentif kepada rakyat selepas mengaut begitu banyak keuntungan.

Sumber: My Sinchew


Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
6 Responses So far
gravatar
Alias Mohd Yusof
on January 9, 2009 9:44 AM  

Kesian rakyat kena tipu, rupanya mereka telah berpakat sesama mereka untuk merompak duit rakyat.

gravatar
chekdenoor
on January 9, 2009 9:48 AM  

Nuraflah,

Chekdee peniaga kecilan....terasa penatnyer berniaga siang dan malam untuk mengumpul sedikit harta......
Terkadang terasa hati juga apabila melihat ada diantara teman-teman yang hanya berniaga air liur....wah...dah dapat keuntungan berlipat kali ganda.....

Berniaga air liur....pandai bodek, mengampu dan putarbelit......

Bilalah kerajaan pak anwar nak naik....... chekdee dok tunggu juga.....

gravatar
F.A.Z.R.U.L.L.S
on January 9, 2009 10:08 AM  

Salam,

INI Tidak adil... ini urusniaga zionis .. kita perlu keluar berdemotrasi membantah dan meminta kerajaan menukar perjanjian yang berat sebelah ini....

apa punya malang rakyat malaysia sekarang.. ditipu terang-terangan...

gravatar
bungaraya
on January 9, 2009 10:26 AM  

Konsesi Labuh Raya boleh untung banyak. Tapi masalahnya kamu juga yang akan marah kerana terpaksa bayar tol tinggi. Kerana harga tol rendah, akibatnya mereka kerugian dan terpaksa kerajaan yang tanggung.

gravatar
perfectwater75
on January 9, 2009 7:47 PM  

Salam Aflah,

saya dah ulas serba ringkas perkara ini di blog saya apabila bakal 'timbalan perdana menteri' (kalau sempat) mengulas dalam akhbar utusan suara UMNO tentang projek lebuhraya utara selatan yang dikatakan memberu kesenangan dan kemudahan kepada rakyat tetapi hakikatnya rakyat yang menanggung segalanya atas nama mandat yang telah diberikan...seterusnya...fikirlah sendiri...

thx!

gravatar
Jiwa Merdeka
on January 9, 2009 8:56 PM  

Salam,

Barangkali tak apalah kerajaan rugi, asalkan para kroni untung besar, sebab para kroni itu tentu orang besar dan mempunyai hubungan rapat dengan para pembuat dasar!

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH