
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Zulkifli, yang menjadi perhatian ekoran kontroversi dalam isu membantah forum anjuran Majlis Peguam Ogos lalu berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.
"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti Umno hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.
"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.
Zulkifli memenangi kerusi itu atas tiket PKR, yang Jawatankuasa Disiplinnya pernah memangil beliau berhubung isu tersebut.
Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat.
"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).
"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.
"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.
Sumber: MSTAR
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini




on January 30, 2009 2:44 AM
Salam,
Bagus juga kalau Tuan Zul ni masuk pas.. dan ini memberhentikan spekulasi diatas status beliau....
Regards,
on January 30, 2009 9:37 AM
Zulkifli boleh masuk PAS, tapi saya tidak fikir ahli UMNO akan membubarkan parti itu dan masuk PAS secara beramai-ramai.
Keadaan sekarang, ada UMNO dan ada PAS, saya kira lagi bagus. Dengan itu, orang Melayu boleh membuat pilihan, sama ada hendak menyokong UMNO atau menyokong PAS.
Kalau semua ahli UMNO masuk PAS, mereka pun mahu jawatan juga dalam parti itu. Silap haribulan, PAS pula yang akan huruhara!
on January 30, 2009 8:44 PM
Apa yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin tidak menjadi masaalah bagi PKR. Lagi pun PAS dalam Pakatan Rakyat. Kalau dia nak tinggalkan PKR pun tidak jadi masaalah cuma mungkin Datok Seri Anuar yang akan bersedih...
on January 30, 2009 9:02 PM
Dia memang dari dulu penyokong PAS. Sebab dia menyertai PKR supaya ada suara yang mahukan islam dalam PKR. Kebanyakan ceramah dia, menyeru hadirin supaya menyertai PAS dengan mengemukan borang keahlian PAS.
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back