| Mobile| RSS

CIMB SEDANG BERMASALAH?

| posted in , | 15 comments


Kumpulan CIMB akan menawarkan cuti tanpa gaji kepada 36 ribu pekerjanya bermula April ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Seri Nazir Razak memberitahu, program cuti tanpa gaji yang ditawarkan kepada kakitangannya itu adalah sebahagian daripada langkah syarikat untuk berjimat dalam keadaan ekonomi yang semakin memburuk.

“Kami bukannya mengurangkan pekerja, cuma mengurangkan kos.” katanya kepada Bernama.

Pekerja boleh mengambil cuti tanpa gaji daripada tempoh sebulan hingga 6 bulan dan kumpulan CIMB tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai jumlah pekerja mereka yang akan mengikuti program ini.

Program cuti tanpa gaji yang ditawarkan ini akan meliputi cawangan mereka di Indonesia, Thailand dan Singapura.

Bagaimanapun, Nazir berjanji operasi syarikatnya akan berjalan seperti biasa.

Nur Aflah : Petanda ekonomi negara makin buruk, bukan makin baik!

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
15 Responses So far
gravatar
kulopbesar
on March 31, 2009 5:49 AM  

salam nur aflah

he he mane ade ekonomi Malaysia makin buruk, yang buruk tu ekonomi dunia je Malaysia mana ade kene tempiasnya

gravatar
Me
on March 31, 2009 8:27 AM  

Salam. Saya puji tindakan c Nazir ne. Beliau bijak dalam menangani masalah kos operasi CIMB yg tinggi dengan menjadikan CUti tanpa gaji ne sebagai suatu penyelesaian. Tidak dinafikan, memang wujud ketidakpuasan dikalangan kakitangan yang turut mengambil bahagian dalam kempen "Cuti" c Nazir tu. Memandangkan keadaan ekonomi krisis yang melanda global termasuk juga Malaysia. Di tambah lagi masalah harga barang yang tinggi. Kita sebagai rakyat umum perlukan income untuk consuming bagi keperluan hidup atau kehendak. Makanya, Cuti tanpa gaji ne, kurang releven la bagi dorang. Tapi, jika difikirkan. Dorg harus bersyukur, c Nazir setidak-tidaknya, hanya "cuti tanpa gaji" bukannya mengambil tindakan dengan membuang pekerjanya tu. Lagi pun, dengan situasi ekonomi yg lembap sekarang ne. Mana ada syarikat yg sudi menambahkan pekerjanya lagi, secara purata lah, mustahil ada. Jikalau pun ada, tu memang boleh dimasukkan sebagai kategori "LUCKY", kata orang.

gravatar
sangkakala
on March 31, 2009 8:57 PM  

Salam,

Kalau cuti tak bergaji, macam mana nak makan sampai 6 bulan?

gravatar
boysepang
on April 1, 2009 2:01 AM  

salam...

memang tindakan bijak, diakui bank2 dinegara ini diurus dgn lebih baik dr bank2 diluar negara...

buktinya, akibat krisis ekonomi, nilai CIMB kini lebih besar dr CITIBANK, bank antarabangsa yang besar...!!!

gravatar
perfectwater75
on April 1, 2009 12:09 PM  

Salam Aflah,

Tunggu lepas jer 7 April 2009, settle kot problem ni...hehehehe!

thx!

gravatar
Me
on April 1, 2009 2:56 PM  

Dalam tempoh 6 bulan, macam2 benda boleh berlaku. we still cannot predict future, isnt? kita sebagai rakyat umum telah banyak kali disarankan untuk menabung oleh pihak kerajaan (even i'm not geng with dorng, tapi tak brmakna kita tidak boleh sokong langkah baik untuk eko negara). Byk alternatif yg boleh kita pakai. Jgn disebabkan kehilangan job, dduk rmah. just minta bantuan demi bantuan. kalau tak pun kita buat demo.. tidak puas ati dgn pihak kerajaan krna gagal membendung mslah kehilangan kerja. Meh masuh kesatuan sekerja. Buat kempen, biar government terdesak, so dpt beri subsidi lebih byk g. akhirnya, tertampung juga la mslah kos operasi stiap syarikat. Then, biar kerajaan tanggung beban. Hehe.. Akhirnya, mcm2 naik, trmasuk tol la, cukai lagi, atau dll.

gravatar
Usamah
on April 1, 2009 7:21 PM  
This comment has been removed by the author.
gravatar
Usamah
on April 1, 2009 7:25 PM  

malaysia mmg mengalami masalah ekonomi, jadi sapa yg kata ekonomi malaysia tiada masalah kena chek balik.walaupun kerajaan beri suntikan dalam bajet mini tapi pakar ekonomi kata langkah ini tidaklah menguntungkan sangat... fikirkan

gravatar
azani2073
on April 1, 2009 10:24 PM  

woi!!! betul ke ni.itu ari kate OUR FUNDAMENTAL VERY STRONG.macam x caye jeee

gravatar
saudarabaharu.blogspot.com
on April 2, 2009 11:42 AM  

Sistem apa yang CIMB ni pakai. Konvensional atau Islamik. Islamik sekerat-sekerat kot. Atau ada sana-sini kurang betul...

gravatar
darfis
on April 2, 2009 10:01 PM  

Keadaan kegawatan ekonomi yang sedang melanda ni macam-macam boleh terjadi. Sedangkan bank yang bertapak lebih 100 tahu pun boleh gulung tikar. apa pun kita kita harap kebajikan pekerja akan terjaga. Tetapi kalau cuti tak bergaji diorang nak makan apa ye

gravatar
ENKAYBEAU.blogspot.com
on April 3, 2009 5:40 AM  

Peluang perniagaan bagi puteri UMNO untuk menjadi pengedar beauty produk dan health produk. Anda boleh Emai kami untuk keterangan lanjut Admin @enkaybeau.com layari laman web kami http://www.enkaybeau.wordpress.com atau http://www.enkaybeau.com (laman rasmi)

gravatar
chotz
on April 5, 2009 5:47 AM  

assalamualaikum,

berdasarkan maklumat yg diberi oleh ibu saya yg bekerja sebagai pegawai di satu organisasi bank, ya CIMB ada sedikit bermasalah tapi hanya pada cabang CIMB investment sahaja.. CIMB islamic & dan lain-lain masih dlm keadaan stabil.. dan bank2 lain seperti bank rakyat, public bank, affin bank masih dalam keadaan kukuh..

selalunya, bank yg terjejas adalah disebabkan mereka mempunyai pegangan atau investment di luar negara.. sebagai contoh CIMB, citibank, HSBC, maybank..

so bukan semua bank terjejas dan bank2 seperti bank rakyat, affin, public masih kukuh kerana investment/pegangan adalah dari dalam (local)

gravatar
Admin
on April 5, 2009 9:53 AM  

salam puan aflah

Yang flash promosi your 1st book tu boleh email pada saya? saya nak promosi dalam blog

at hidayaty78@yahoo.com

gravatar
batunisan
on April 8, 2009 9:09 AM  

apa kata dato nazir yang bercuti 6 bulan.. gaji dia antara yang tertinggi antara ceo di malaysia...sapa tahu berapa gaji dato nazir

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH