| Mobile| RSS

DAH SETAHUN RUPANYA...

| posted in | 15 comments

Maafkan Saya!

Jun ini, genaplah setahun usia blog ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana bilangan pengunjung blog ini sudah menghampiri ½ juta orang dalam tempoh setahun. Ini bermakna, sudah beratus ribu orang yang sudah membaca ataupun terbaca artikel yang ditulis oleh saya.

Saya berharap, apa yang telah ditulis itu mampu memberikan sedikit manfaat dan sekiranya terdapat salah dan silap, saya ingin memohon ampun dan maaf daripada sesiapa jua yang telah membacanya.

Saya juga berdoa agar Allah SWT akan mengampunkan segala dosa dan kesilapan saya ketika menulis sebarang artikel di blog ini.



Perjuangan diteruskan!

Kata Ustaz Zaharuddin, “Kalau saya berceramah pun, belum tentu seribu orang akan mendengar ceramah saya dalam satu masa. Melalui blog saya berjaya.”

Apa yang beliau katakan itu memang benar. Kini blog sudah menjadi medium yang paling mudah, cepat dan murah untuk menyampaikan ilmu ataupun pendapat kita tentang sesuatu perkara. Malah, blog juga sudah mampu membuka minda rakyat Malaysia untuk berfikir, berhujah dan berkelahi; demi mencari satu kebenaran.

Melihat kepada potensi blog untuk menjadi medium dakwah yang sangat praktikal pada waktu ini dan masa hadapan, saya berharap Allah SWT akan memberikan saya lebih kekuatan untuk terus menulis ‘apa yang perlu ditulis’ sambil lebih berinteraksi dengan pengunjung blog ini yang sejak kebelakangan ini, selalu saya abaikan.

Dengan keizinanNya dan selagi direstui suami, perjuangan akan diteruskan.

Fokus dialihkan!

Sejak setahun lalu, 70% isi kandungan blog ini berkisar tentang politik. Untuk berlaku jujur pada diri sendiri, sebenarnya saya sudah ‘letih’ untuk berbicara tentang politik.

Saya fikir, eloklah saya ‘berehat seketika’ dari membicarakan isu politik kerana pada hemat saya, kerajaan BN akan tumbang pada PRU ke 13.

Kenapa saya berkata begitu? Jawapannya adalah kerana Pakatan Rakyat sudah 50 tahun berusaha untuk memikat hati rakyat. Manakala penyakit yang sedang dihidapi oleh BN sekarang tidak mampu dirawat dalam masa 3 tahun ini.

Kegagalan utama Barisan Nasional adalah kerana kegagalan mereka menjadi contoh yang baik kepada generasi muda sehingga generasi muda tidak lagi mempercayai mereka. Tidak perlu saya huraikannya di sini kerana ianya akan dihuraikan secara panjang lebar dalam buku “Kemelut Politik Malaysia” yang bakal dilancarkan pada bulan Jun nanti. Kalau sudi, beli dan bacalah.

Fokus saya kali ini adalah ekonomi, khususnya mengenai ekonomi umat Islam di Malaysia.

Bila berbicara tentang umat Islam di Malaysia, ianya bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi ianya merangkumi semua bangsa di Malaysia yang sudah mengaku, “tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Apa guna negara ini digelar negara Islam contoh jika orang yang paling kaya di Malaysia bukanlah orang Islam dan orang yang paling banyak di’blacklist’ di negara ini pula adalah orang Islam?

Saya tidak akan kisah jika orang yang paling kaya di Malaysia itu nanti namanya Lim atau Anand jika mereka itu ‘saudara seagama’ saya. Dan saya juga amat berkisah jika yang di’blacklist’ itu namanya Lim atau Anand jika mereka itu ‘saudara seagama’ saya.

Saya juga berharap, anda tidak akan ‘membangsa-bangsakan’ saudara seagama saya kerana kita semua tetap sama di hadapan Allah SWT. Beza kita nanti di hadapanNya hanyalah iman dan taqwa. Bukannya parti mana atau sekaya mana kita di dunia ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syukur dan tahniah kepada Kenny dan Selvy yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Maafkan saya kerana tidak dapat hadir ke majlis itu. Insya’Allah, saya akan hadir ke majlis perkahwinan anda berdua. Mudah-mudahan, kita akan terus bersahabat di alam maya dan alam akhirat.

Buat rakan-rakan lain yang sentiasa berkunjung atau menghantarkan komentar ke blog ini, terima kasih yang tidak terhingga kerana terus menyokong blog ini.

Nabi s.a.w menyebut :-

إن اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السماوات وَالْأَرَضِينَ حتى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ على مُعَلِّمِ الناس الْخَيْرَ

Ertinya : Sesungguhnya Allah, MalaikatNya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (Agama)" ( Riwayat At-Tirimizi, 5/50 : Tirmizi : Ghorib, Albani : Sohih).






TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
15 Responses So far
gravatar
afiQ
on May 22, 2009 8:13 AM  

assalamualaikum
tahniah di atas kejayaan anda dalam memblog ini
teruskan perjuangan anda dalam dunia maya!
kami sentiasa menyokong dari belakang

gravatar
INTAN RH
on May 22, 2009 8:43 AM  

Tahniah Aflah, teruskan menulis.

gravatar
suealeen
on May 22, 2009 10:37 AM  

Nur... congrats k! Tak sangka awak pun Leo macam saya. Lama gak kenal kat alam maya ni tapi tak tergerak hati nak check 'About me' hingga ke hari ini. Padan la boleh tahan jugak garangnya!

gravatar
ustazSAID
on May 22, 2009 11:19 AM  

Salam, tahniah Hepi besday blog ini!

gravatar
perokoksoleh
on May 22, 2009 12:30 PM  

semoga lebih mantap makchek...rasanya bagus la kalau xbicara fasal politik tp sebenarnya sy suka baca fasal politik kat blog nie..namun..adalah yg lebih elok jika berckp mengenai ekonomi islam...

semoga ada kebaikkan dalam menulis...
sy tetap akan menjadi peminatmu...

salam alyk

gravatar
wnorhaslina
on May 22, 2009 4:48 PM  

Salam

Selamat ulangtahun. Semuga panjang umur dan terusan sampaikan ilmu kepada semua.

:)

gravatar
ubaidah
on May 22, 2009 5:04 PM  

Politik memang meletihkan. Tetapi demi masa depan anak cucu kita perjuangan mesti diteruskan. Walaupun anda ingin menumpukan penulisan mengenai ekonomi untuk kali ini tetapi percayalah anda tidak akan terlepas dari berbicara dan menulis soal politik jua.

gravatar
naz ilyn
on May 22, 2009 6:01 PM  

salam....
Tahniah Aflah... akak sentiasa di belakang kamu memberi sokongan dan teruskan menulis dengan mata pena mu.

gravatar
Nuriman
on May 22, 2009 8:47 PM  

tahniah...
semoga blog tahun ke 2 lebih bermanfaat. Secara jujur nye, saye suke bace blog ni (walaupun jarang bace) hohoho..

Semoga berjaya dalam penyampaian ilmiah

gravatar
Nur Aflah
on May 23, 2009 1:31 AM  

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan komen dan sokongan kepada blog ini.

Buat Ubaidah, politik adalah sebahagian daripada subjek kegemaran saya dan subjek ekonomi pula sememangnya berkaitan dengan politik.

Sudah tentu saya tidak akan terlepas dari berbicara dan menulis soal politik jua.

:-)

gravatar
PUTRA MERDEKA
on May 23, 2009 2:02 AM  

salam kak,
tahniah dan semoga terus cekal dan tabah serta berjaya dalam menyampaikan kebenaran...

gravatar
adibeta
on May 24, 2009 12:09 PM  

Salam...
1.Tahniah....w/pun saya menggunakan blog puan utk menstrukturkan idea saya...tak pe la ye...sekurang-kurangnya dapat memeriahkan 'alam siber ini.

2. Insya-Allah kita sama-sama berjuang....

gravatar
Lun
on May 24, 2009 9:57 PM  

blog InI



Lun



SuKa




Sebab.........





IA besh





^_^m

gravatar
al-brangi
on May 24, 2009 10:40 PM  

Tahniah. Teruskan berpolitik dan berdakwah

gravatar
Nur Aflah
on May 26, 2009 4:44 AM  

Salam, terima kasih LUN dan Uncle Brangi.
Blog kalian pun best jugak.. :-)

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH