Saya suka membaca spekulasi yang dibuat oleh Hasbullah Pit tentang jangkaan kenaikan nilai Australian Dollar berbanding ringgit [di sini].
Jika yang dispekulasikan itu benar, maka nilai Australian Dollar akan meningkat 15% dalam jangkamasa 1 ke 3 bulan akan datang.
Bila saya kira tunai dalam beg saya (lepas tolak belanja lauk basah untuk minggu ni), tinggal 50 ringgit sahaja!
Hmm.. kalau saya tukarkan 50 ringgit tu ke Australian Dollar, saya akan dapat lebih kurang $18 Australian Dollar.
Dalam masa 3 bulan akan datang, nilai $18 Australian Dollar itu bersamaan RM 56.20 sen.
Ertinya, saya untung RM 7.92 sen dalam jangkamasa 1-3 bulan!
Hmm.. untung yang saya dapat tu mungkin boleh beli seekor ayam ‘yang sedang-sedang’ kat Pasaraya Mydin nanti.
Lepas tu, saya terbaca pula ayat di bawah ini :
" Perumpamaan (nafkah yg dikeluarkan ke jalan Allah adalah serupa dgn sebutir benih yg menumbuhkan tujuh butir, pada tiap2 butir seratus biji, Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui” [QS AL-BAQARAH 2:261]
Dan hadis di bawah ini :
Rasulullah saw bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi, yang satu menyeru " ya TUHAN, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah..."
Lepas tu, saya cuba buatkan satu carta pelaburan seperti di bawah :

Kesimpulannya, saya dah tahu pelaburan yang amat menguntungkan dengan modal RM 50 itu!
Nota : Carta yang digunakan dalam posting ini hanyalah sekadar ilusi untuk menerangkan kebaikan berinfaq ke jalan Allah SWT.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini




on May 26, 2009 7:06 AM
Salam,
Betul tu nuralfah.... kita orang islam tak boleh langsung terlibat dengan perniagaan wang ringgit.... kerosakkan ekonomi yang paling besar masa kini adalah kerana sistem ini..... kalau boleh elak...baiklah kita elakkan... biar dapat sikit tapi halal.
on May 26, 2009 7:58 AM
Apa yang saya tulis itu ialah perkara yang telah berlaku 3 bulan kebelakangan, bukan jangkaan naik 15% AUD.
RM 50 hari ini, kalau disimpan dalam ringgit, nilainya akan susut juga.
kalau rasa nak pakai RM 50 tu, simpan sahaja dalam bentuk ringgit.
Tapi kalau untuk simpan jangka masa masa panjang, simpan dalam bentuk lain yg berasaskan komoditi.
on May 27, 2009 8:29 PM
saya tak pandai ekonomi,
ehehhe.
Jgn asyik rombak je, sampai ter'delete' uncle punya Blog.
Walau apapun u banyak memberi tunjuk ajar pada uncle pasal 'blog-meblog' ni. TQ
on May 31, 2009 10:10 AM
..ratanya2 ore Islam nak cepat kaya...dahpun dikeluarkan fatwa haramnya...tapi masih ramai yg terlibat...
...eloknya RM 50.00 tu dilaburkan dalam saham akhirat...
on June 1, 2009 12:23 AM
Menarik post ini. Kurang percaya cuma ada RM50 didalam beg bagi seorang publisher. Mungkin Aflah merendah diri sahaja.
Kalau tak silap saya, saya pernah terbaca satu fatwa oleh seorang imam besar di New York, dan fatwa ini telah dibukukan oleh Islamic Centre di New York.... bahawa jika matawang dijadikan sebagai komoditi, maka haramlah perniagaan itu. Alasan dan petikan hadis dan AlQuran berkenaan dengannya telah saya lupa.
Jual beli matawang dimana matawang dianggap sebagai komoditi adalah ciptaan orang Yahudi. Tulisan Hishamuddin Rais di dalam Malaysiakini berkenaan dengannya adalah sangat membuka mata.
on June 1, 2009 12:53 AM
PERBANDINGAN YG BAIK
on June 8, 2009 3:03 PM
Salam semua.
Sorry sangat sebab lambat sangat balas komen kengkawan semua.
To Chek Dee, i wish auntie sentiasa sihat dan ceria. Nasihat che dee tu memang berguna.
To Abg Sebol, sorry sebab salah faham your article. Anyway, your blog is one of my favourite source tentang gold investment.
To Uncle Al-Brangi, sorry sebab ter'delete' your blog url. Jangan kecik hati yer.. :-)
To adibeta, thanks 4 ur message.
To east4street, saya dah baca artikel hishammudin tu. Memang sound 'socialist' but it's good. Yang ada cash banyak tu Nur Aflah Publishers, bukannya Nur Aflah.. :-) I'm still makan gaji..
To Barisan Rakyat, thanks 4 ur message.
on June 9, 2009 12:27 PM
Assalamualaikum wrt. wbt.
Masjid Ar-Raudhah menganjurkan SEMINAR TAFSIR 'PEMURNIAN AL-QURAN DARIPADA PENYALAH TAFSIRAN'
Tarikh: 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 9 pagi – 3 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Ar-Raudhah
Daftar Segera !!! Tempat Terhad
100 peserta pertama akan mendapat buku “ NABI KU ” Percuma !!!
LEMBAGA PENTADBIR MASJID AR- RAUDHAH
30 Bukit Batok East Ave 2 Singapore 659919
Tel : 02-6899 5840 / Fax : 02-6564 1924
ref:- http://hasanfatula.blogspot.com/2009/06/pemurnian-al-quran-daripada-penyalah.html
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back