
Semalam, Hu Jintao yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China menjejakkan kakinya ke bumi Melaka. Kehadirannya ke Melaka telah mendapat sambutan ‘karpet merah’.
Ironinya, di negara ini isu komunis sering dimainkan oleh parti-parti politik dan dikaitkan dengan perbalahan kaum. Anda boleh bacanya [di sini] dan juga [di sini] kerana bukan isu itu yang ingin saya perkatakan di sini.
Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai keinginan Hu Jintao untuk melawat Melaka.
Saya difahamkan, beliau sendiri yang meminta untuk melawat Melaka kerana negeri ini banyak menyimpan khazanah silam tentang hubungan China dan Malaysia.
Sebagai anak Melaka yang berketurunan Baba & Nyonya (Peranakan), saya turut menumpang gembira kerana beliau telah memilih Muzium Baba & Nyonya sebagai destinasi utama untuk rangka lawatannya ke Malaysia sebelum menghadiri Sidang APEC di Singapura.
Lebih menarik lagi, busana yang diilhamkan dari budaya “Peranakan” telah menjadi busana rasmi untuk sidang APEC yang akan diadakan nanti.
Kalau anda ingin mengenali budaya Baba & Nyonya, anda boleh menonton siri “The Litle Nyonya” yang kini sedang ditayangkan di NTV7 (Isnin -Jumaat) pada jam 6.00 petang.
Untuk menonton siri penuh di internet, [sila klik di sini].
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini




on November 12, 2009 10:11 PM
Salam,
bagi UMNO hanya Chin Peng dan sekutunya dalam negara yang tidak boleh sesekali disambut dengan karpet merah tetapi pemimpin komunis yang ada di dunia selain 1Malaysia adalah dialu-alukan kerana 'mungkin' mereka KOMUNIS yang BAIK???
on November 15, 2009 6:09 PM
menyambutnya dengan cara seumpama itu mungkin juga saya rasakan tidak lebih sekadar menghormati seorang pemimpin...kita harus belajar dari sejarah, tetapi jangan sesekali membenci mereka yang sekarang...kini, semua sudah berubah..dan kita harus cuba menjadi lebih abik dari mereka
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back