| Mobile| RSS

LELAKI MELAYU KAHWIN LELAKI INGGERIS!


1) [Kosmo] dan [The Sun (UK)] melaporkan seorang lelaki Melayu telah ‘berkahwin’ dengan seorang lelaki Inggeris.

2) Lelaki Melayu itu bernama Mohammed Fazdil Bin Min Bahari, berumur 36 tahun dan kini dikenali sebagai Fatine.

3) Lelaki Inggeris itu pula berumur 30 tahun dan dikenali sebagai Ian Young.

4) Perkahwinan ‘sejenis’ mereka telah didaftarkan di Derby, England sambil disaksikan oleh saudara terdekat Ian Young.

5) Mohammed Fadzil (Fatine) yang masuk ke negara itu melalui visa lawatan telah diarahkan pulang ke Malaysia kerana tempoh visanya telah tamat.

6) Ian Young dilaporkan bimbang dengan keselamatan ‘isterinya’ jika kembali semula ke Malaysia kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkahwinan sejenis.

Persoalannya kini,

1) Apakah status agama Mohammed Fadzil? Adakah dia sudah memeluk agama lain? Adakah dia sudah meninggalkan agama Islam?

2) Apakah pendirian Kerajaan Malaysia tentang insiden yang memalukan ini?

3) Apakah komen ‘Sister In Islam’? Adakah mereka akan menyokong dan membela tindakan Mohammed Fadzil?

4) Apakah tindakan yang patut dikenakan pada Mohammed Fadzil jika dia pulang ke Malaysia?

5) Adakah isu ini hanya isu kecil di Malaysia?

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
5 Responses So far
gravatar
Akubas86
on November 30, 2009 4:53 PM  

Salam...

Saya percaya kerajaan Malaysia tidak akan mampu bertindak tegas ke atas Fatine (memandangkan isu ini telah mendapat perhatian media antarabangsa). Adalah tidak mungkin parti pakatan rakyat memilih untuk mengutuk tindakan Fatine, memandangkan permainan politik negara berada dalam keadaan kritikal. Isu-isu ini bakal menimbulkan reaksi yang berbeza pada pandangan umum (rata-ratanya yang tidak beragama islam).

Apa yang menyedihkan dewasa ini adalah apa yang berlaku ke atas dunia islam. Malaysia tidak mampu untuk bertindak tegas ke atas Fatine, kerana dunia hari ini mengecam segenap tindak tanduk negara yang majoritinya islam. Apa yang kita mampu lakukan adalah mengecam tindakan seumpama ini (sepertimana yang telah saudari lakukan). Kerana sesungguhnya selemah-lemah iman adalah mengecam dengan lidah atau hati.

gravatar
cicitHJHASSANu
on November 30, 2009 7:00 PM  

salam ukhwah...

nampaknya bala yang tu hilang ntah ke mana,timbul plak bala lebih besar Allah nak bagi kat kita...nau'zubillah

gravatar
nahmy
on November 30, 2009 7:54 PM  

salam....

masyaAllah....alaaahaaiii....letiihh....subhanaAllah...

gravatar
Anonymous
on July 25, 2010 6:45 PM  

salam...
inilah dunia akhir zaman....

gravatar
Any Trader Blog
on February 18, 2011 11:54 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH