Dah 1 tahun 9 bulan PRU ke 12 berlalu.
Dah ramai penganalisis kata, Najib akan adakan PRU ke 13 lebih awal dan berkemungkinan besar, pada pertengahan tahun 2011.
Kalau betul lah apa yang dijangkakan itu, ertinya tempoh PRU akan datang tinggal setahun lebih je lagi.
Sekarang ni, semua orang dok sibuk bercakap pasal politik. Itu tak betul, ini tak betul. Pendek kata, semuanya tak betul belaka. Habis tu apa yang betul?
Yang sebetulnya, daftar dulu sebagai pengundi.
Bila dah daftar sebagai pengundi, cakap-cakap kita tu boleh diterjemahkan pada kertas undi.
Urusan nak undi siapa atau parti apa, itu terserahlah pada diri kita sendiri.
Kalau dok sibuk cakap pasal politik, habis tu tak boleh nak mengundi, suara kita tu tak mendatangkan kelebihan kepada parti politik yang kita sokong.
Ingat! 1 undi sahaja sudah boleh menentukan siapa yang berhak jadi kerajaan. Jadi, jangan sia-siakan suara keramat kita tu.
Menurut SPR, jika seseorang itu mendaftar sebagai pengundi, tempoh untuk SPR mengesahkan pendaftaran itu adalah di antara 4-6 bulan.
Kalau ditakdirkan PRU ke 13 berlaku pada bulan April 2010 dan anda pula mendaftar pada Januari 2010, maka anda akan dikira sebagai pengundi yang tidak layak mengundi.
Jangan main-main, ingat apa yang telah berlaku pada PRU tahun 1999.
Pada pilihanraya itu, seramai 650,000 orang tidak dapat mengundi kerana SPR belum mengesahkan lagi pendaftaran mereka.
Malah ada di antara mereka yang sudah berbulan-bulan mendaftar sebagai pengundi tapi SPR masih lagi tak sempat nak sahkan pendaftaran mereka.
Pada waktu itu, SPR bagi alasan bodoh. Kononnya sistem berkomputer belum wujud lagi. Semuanya dilakukan secara manual.
Lepas ni, jangan pulak rasa pelik kalau SPR kata sistem komputer mereka down atau kena virus atau apa-apa alasan lain untuk menyokong kelewatan mereka mengesahkan nama anda sebagai pengundi yang layak mengundi.
Jadi, jangan biarkan tragedi 1999 berulang kembali.
Baru-baru ini SPR ada memberitahu, terdapat 5 juta pengundi muda yang sudah layak mengundi tapi masih lagi tak mahu berdaftar sebagai pengundi.
Adakah anda tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh SPR itu?
Jika ya, sila daftar sebagai pengundi secepat mungkin.
Kalau sudah mendaftar, anda kena baca [artikel ini] untuk tahu kenapa Rosmah tolak tawaran berlakon drama Cicit Betong?
Nota: Pesanan ini khas buat mereka yang suka mengundi Akademi Fantasia, Mentor, Sehati Berdansa, Bintang RTM dan yang sewaktu dengannya.






Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back