| Mobile| RSS

CARA BUAT DUIT DENGAN PAYPAL MALAYSIA

| posted in , | 4 comments



Sejak saya menulis artikel teknik untuk melajukan video Youtube [di sini], ramai pula yang email kepada saya untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang dunia blog.

Kali ini saya ingin menulis tentang PayPal.

Mungkin ramai yang dah tahu, PayPal sudah pun membuka cawangannya di Malaysia. Jadi, sekarang ni urusan pengeluaran wang dari akaun PayPal lebih mudah dan cepat. Kini, kita boleh pindahkan terus wang dalam Akaun PayPal itu ke mana-mana bank tempatan seperti Maybank, CIMB dan lain-lain lagi.



Apa gunanya akaun PayPal ni?

1) PayPal membolehkan kita membuat pembayaran di internet dengan mudah. Jadi tak perlulah kita bersusah-payah lagi memasukkan maklumat Kad Kredit/Kad Debit kita setiap kali hendak membuat pembayaran di internet.

2) Dengan PayPal juga kita boleh terima wang daripada sesiapa sahaja melalui internet (samada mereka menggunakan PayPal, kad kredit atau kad debit). Fungsi ini amat berguna untuk sesiapa jua yang ingin menjual produk mereka melalui blog, email atau website sendiri.

3) Kalau nak  kutip derma di internet pun boleh. Fungsi ini amat berguna untuk mana-mana pertubuhan atau perseorangan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan.

4) PayPal bolehlah dikatakan sudah menjadi akaun utama dan paling popular dalam dunia kewangan internet.

Cara menggunakan akaun PayPal?

1) Log in akaun PayPal anda dan terus masuk ke laman “My Account”

2) Selepas itu klik pada menu “Merchant Services”

3) Cari "Key Features" seperti gambar di bawah ini dan klik pada mana-mana fungsi yang anda ingin gunakan.

4) Ikuti sahaja arahan yang dipaparkan selepas itu.

5) Copy kod html yang diberikan, paste pada blog, email atau website anda.

Buat duit dengan PayPal?

Memang boleh! Anda boleh mendapat sehingga USD 10,000 jika memperkenalkan PayPal pada sesiapa jua yang melayari blog atau website anda. Caranya mudah sahaja. Buka akaun PayPal dan klik pada “Referral” di bahagian bawah sekali halaman utama Paypal.

Cara membuka akaun PayPal?

Anda boleh terus [klik di sini] dan ianya PERCUMA.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.



Nota: Paypal juga sedang menganjurkan kempen CRAZY HOUR. Klik pada banner di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
4 Responses So far
gravatar
Tn.Punya
on August 8, 2010 at 12:32 AM  

tq share info ni..aku dah berjaya ada akaun paypal

gravatar
Tn.Punya
on August 8, 2010 at 12:38 AM  

tq share info ni..aku dah berjaya ada akaun paypal

gravatar
yahaya
on November 27, 2010 at 10:12 AM  

terima kasih...

gravatar
muhd
on December 14, 2010 at 11:48 AM  

salam.....paypal nie bulan2 kne byr ke....ada charge bulan2...kurg fhm...boleh ajar sy..

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH