Assalammualaikum semua…
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Diam tak diam, dah hampir 1 ½ tahun blog ini beroperasi di alam maya. Banyak memori yang tercatat di sini. Yang lebih menarik lagi, melalui blog ini juga saya dapat ramai kenalan baru.
Ada di antara mereka yang sudah berpindah rumah, ada yang sudah hilang entah ke mana, ada yang sudah bertukar tempat kerja, ada yang sudah berkahwin dan ada yang sudah menjadi blogger popular.
Begitulah hidup kita di dunia ini. Masing-masing membawa nasib masing-masing. Apapun, saya sentiasa mendoakan agar kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT.
Mudah-mudahan, apa yang kita lakukan di dunia ini akan menjadi penyelamat untuk kita di akhirat nanti.
Buat semua, selamat tahun baru 2010.
Maafkan saya jika saya ada melakukan salah dan silap di mana-mana dan akhir sekali, terima kasih kerana terus menyokong blog ini.
"Ianya membesar dari sokongan anda"






on December 30, 2009 12:46 PM
uncle pun sama jugak ucapkan selamat tahun baru kepada pn.nuraflah. semoga tahun 2010 menambahkan keceriaan dalam berblog, berkeluarga dan beribadat
on December 30, 2009 2:12 PM
Salam NurAflah,
Semoga berjaya dalam semua lapangan dan selamat tahun baru.
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back