| Mobile| RSS

USTAZ AFANDI: KENYATAAN NIK AZIZ HANYA RETORIK KOSONG

| posted in , | 0 comments

Oleh:  Yus Iskandar

Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahawa sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan parti itu amat dialu-alukan.

Namun bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut, Pas dengan sekutunya yang lain di bawah gabungan yang belum disahkan secara rasmi (Pakatan Rakyat) perlu mengemukakan dasar bersama berhubung perkara terbabit.



"Jika perkara asas yang melibatkan dasar tidak dapat dikemukakan, bagaimanakah Mursyidul Am Pas itu dapat mengeluarkan dakwaaan sedemikan rupa.

"Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, dasar bersama di dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan soal ini. Malah dalam konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini pun, soal penubuhan sebuah negara Islam tidak disebut di dalam dasar bersama mereka".

Demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff ketika diminta mengulas dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyebut sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam.

Tegas beliau lagi, bagi mengukuhkan lagi dakwaan Nik Aziz itu, Pas disaran mengemukakan secara rasmi dokumen penubuhan sebuah negara Islam untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

"Malah saya secara peribadi mencabar mereka untuk mengemukakan kertas cadangan penubuhan negara Islam di Parlimen untuk dibahaskan.

"Jika perkara ini tidak dapat dilaksanakan, saya beranggapan kenyataan Nik Aziz itu hanya retorik kosong untuk politik parti berkenaan semata-mata", ujarnya.

Beliau seterusnya berkata dakwaan Nik Aziz yang hanya berpandukan kepada kesediaan pemimpin DAP membawa lambang Pas dalam pakatan pembangkang menujukkan beliau membuat kesimpulan secara mudah.

"Perlu diingat, kalau sekadar memakai lambang macam-macam kita boleh nilaikan.

"Adakah mereka hanya berniat untuk memancing undi dan sebagainya. Jika betul kemukakan sepertiama saranan saya di atas", katanya. [Sumber]





Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
0 Responses So far

Post a Comment

Salam,

Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.

Wassalam..

Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH