
1) [Kosmo] dan [The Sun (UK)] melaporkan seorang lelaki Melayu telah ‘berkahwin’ dengan seorang lelaki Inggeris.
2) Lelaki Melayu itu bernama Mohammed Fazdil Bin Min Bahari, berumur 36 tahun dan kini dikenali sebagai Fatine.
3) Lelaki Inggeris itu pula berumur 30 tahun dan dikenali sebagai Ian Young.
4) Perkahwinan ‘sejenis’ mereka telah didaftarkan di Derby, England sambil disaksikan oleh saudara terdekat Ian Young.
5) Mohammed Fadzil (Fatine) yang masuk ke negara itu melalui visa lawatan telah diarahkan pulang ke Malaysia kerana tempoh visanya telah tamat.
6) Ian Young dilaporkan bimbang dengan keselamatan ‘isterinya’ jika kembali semula ke Malaysia kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkahwinan sejenis.
Persoalannya kini,
1) Apakah status agama Mohammed Fadzil? Adakah dia sudah memeluk agama lain? Adakah dia sudah meninggalkan agama Islam?
2) Apakah pendirian Kerajaan Malaysia tentang insiden yang memalukan ini?
3) Apakah komen ‘Sister In Islam’? Adakah mereka akan menyokong dan membela tindakan Mohammed Fadzil?
4) Apakah tindakan yang patut dikenakan pada Mohammed Fadzil jika dia pulang ke Malaysia?
5) Adakah isu ini hanya isu kecil di Malaysia?

Berdasarkan sejarah Islam, Syuhada' pertama penganut Islam ialah seorang wanita iaitu Sumaiyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Muammar bin Yasir.
Sumaiyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi. Beliau dikahwinkan dengan Yasir bin Amin Al-Ansi, seorang pendatang dari Yaman yang mengikat janji setia dengan Huzaifah.
Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Ammar. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar. Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah di bawah naungan Bani Makhzum.
Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Makkah ketika seruan dakwah baru sahaja dibawa oleh Rasulullah SAW. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyiksaan dari golongan musyrikin Makkah.
Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir pun diseksa dengan pelbagai jenis seksaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.
Sumaiyah, Yasir dan Ammar telah diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas. Mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.
Pada suatu hari Rasulullah SAW lalu di tempat keluarga Yasir disiksa. Rasulullah SAW berkata:
"Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah Syurga".
Kata-kata Rasulullah SAW itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, Iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh Musyrikin dari Bani Makhzum.
Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca Sumaiyah dan turut sama menyeksa Sumaiyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah SWT dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.
Abu Jahal sangat marah dengan sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Makkah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugurlah sebagai Syahid Pertama di bumi Makkah. Suaminya Yasir juga turut Syahid kemudiannya.
Nama Sumaiyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai Syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan aqidah dan keimanannya kepada Allah SWT.
Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada', Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala.Ammar hanya menyebut dilidah semata-mata tetapi dihatinya terus memuji Allah SWT. Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara rukshah dan azimah.
Musyrikin Makkah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.Selepas dilepaskan dari seksaan Ammar pun menemui Rasulullah SAW menceritakan perbuatannya tadi. Rasulullah SAW bertanya bagaimana dengan hatimu? jawab Ammar saya tetap beriman dengan Allah. Rasulullah SAW membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih rukshah.
wallahua'lam...
Rujukan: Safwan Fathy, Kisah Wanita Islam Terbilang, Times book international, 1988
Sumber: Ummu Rifaie
Nur Aflah: Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog ini.

Harap maaf. Hari ini tidak ada entri politik.
Kali ini saya ingin membicarakan tentang emas dan cara termudah (mungkin juga terbaik) untuk menjadikan emas sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Pertama sekali, lihat pada graf di bawah:

Kemudian, lihat pada graf di bawah ini pula:

Soalan 1: Apa yang dapat anda fahami tentang pergerakan harga emas sejak 5 tahun yang lalu?
Jawapan ringkasnya adalah harga emas sentiasa naik! Ya, memang benar. Harga emas sentiasa naik sejak 5 atau 10 atau 15 atau setahun yang lalu.
Soalan 2: Berapakah keuntungan yang telah anda perolehi jika anda menyimpan 10 gram emas sejak bulan November 2008?
Harga 1 gram emas pada November 2008 adalah RM 87.60 dan nilai simpanan emas anda pada waktu itu adalah RM 876.00
Harga 1 gram emas pada hari ini (25/11/2009) adalah RM 128.40 dan nilai simpanan emas anda pada hari ini adalah RM 1,284.00
Jawapannya, sejak setahun yang lalu, keuntungan yang telah anda perolehi dengan menyimpan 10 gram emas adalah RM 408.00
Soalan 3: Berapakah keuntungan yang akan anda perolehi jika anda menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB sejak setahun yang lalu?
Saya membuat kiraan berdasarkan:
Dividen: 7 sen / unit
Bonus: 1.75 sen / unit
Formula untuk mengira dividen ASB adalah :
Pendapatan Dividen = dividen x baki minimum akaun
= 0.07 x 876.00
= RM 61.32
Formula untuk mengira bonus ASB adalah :
Pendapatan Bonus = bonus x [(baki minimum akaun * 12) / 120]
= 1.75% x [(10,512) / 120]
= 1.75% x [87.60]
= RM 1.53
Jawapannya, anda akan memperolehi RM 62.85 jika menyimpan RM 876 itu ke dalam ASB.
Soalan 4: Pelaburan manakah yang lebih menguntungkan? Emas atau ASB?
Berdasarkan kiraan di atas, sudah tentu emas adalah pelaburan yang paling menguntungkan. Dengan modal RM 876, anda telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM 408 iaitu 68% daripada nilai pelaburan anda. WOW! Menakjubkan.
Bayangkan jika anda telah melabur sebanyak 100 gram emas pada November 2008, keuntungan yang telah anda perolehi boleh dilihat dalam rajah di bawah ini:

Soalan 5: Bagaimanakah caranya untuk saya memulakan pelaburan emas?
Ada banyak cara.
Yang paling mudah adalah anda pergi sahaja ke mana-mana kedai emas dan beli emas. Tak kisahlah cincin ke, rantai ke, loket ke atau gelang kaki. Tapi saya tak suka dengan cara ini jika emas itu ingin dijadikan pelaburan.
Untuk menjadikan emas sebagai pelaburan, saya sarankan anda gunakan kaedah di bawah kerana ianya selamat dan tiada risiko penipuan:
1) Buka akaun emas di Maybank
Untuk membuka akaun ini, anda kena beli sekurang-kurangnya 5 gram emas. Kalau ikut harga emas Maybank hari ini (25/11/2009), anda kena keluarkan modal sebanyak RM 651.95. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang akaun ini, [sila klik di sini].
Memanglah bank lain ada tawarkan produk yang sama dan spreadnya (beza harga belian dan jualan) lebih kecil. Tapi, saya lebih prefer kepada Maybank kerana produknya HALAL [sila rujuk di sini].
Jika anda berhasrat untuk membuat keuntungan segera dengan cara ini, baik anda lupakan kerana akaun ini hanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang (1 tahun ke atas).
2) Beli emas ketul
Kaedah ini adalah yang terbaik jika anda mahu memulakan pelaburan emas. Di negara ini, ada banyak syarikat yang menjual emas ketul @ jongkong (999) kepada pelanggan mereka.

Anda boleh membeli emas ketul (999-Fine Gold) yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram atau 1 kilogram. Antara syarikat yang saya lebih prefer untuk urusan jual-beli emas ketul@jongkong ini adalah PUBLIC GOLD.
Selain spreadnya yang rendah, ketulenan emas yang dijual mereka juga sudah teruji (siap ada sijil ketulenan yang dikeluarkan). Emas ketul yang dijual mereka juga boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Tiada masalah!
Jika anda mahu menjual emas ini bagi mendapatkan keuntungan, jangan jual di kedai emas atau kedai pajak. Jualkan sahaja emas itu kepada mereka.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang produk ini, [sila klik di sini].
3) Beli dinar emas
Kijang emas dan Dinar Kelantan adalah dinar emas yang cukup popular di Malaysia. Namun begitu, untuk mendapatkan dinar ini agak sukar kerana kuantitinya terhad. Misalnya, jika anda mahu membeli syiling kijang emas di Maybank, anda mungkin terpaksa duduk dalam ‘waiting list’ sebelum dipanggil oleh pihak bank. Jika dipanggil pun, kadang-kadang ‘jenis’ kijang emas yang kita mahu beli itu tiada dalam simpanan mereka.

Lagi satu, Maybank takkan beli semula Kijang Emas yang sudah tercalar. Jadi berhati-hatilah.
Kesimpulan
Menjadikan emas sebagai salah satu bentuk pelaburan utama adalah sangat bijak kerana emas adalah aset yang mudah tunai dan kalis inflasi.
Jika pada zaman Nabi Muhammad SAW, harga seekor kambing = 1 dinar emas, harga kambing pada zaman ini juga masih lagi = 1 dinar emas (RM5++).
Jika anda sedang merancang untuk membuat pelaburan, mungkin emas adalah pilihan yang tepat buat anda!
Selamat melabur!
Nota:
1) Saya bukanlah agen bagi mana-mana bank atau syarikat yang menjual emas!
2) Untuk menyemak harga semasa emas di Malaysia, sila klik di sini.
3) Zakat emas hanya dikenakan untuk 85 gram ke atas. Untuk membuat pengiraan zakat, sila klik di sini.
4) I ounce emas = 31.1034768 gram emas.
Di mata Nik Aziz, Ariffahmi bukan sahaja setakat menantunya. Beliau yakin yang ‘menantunya’ itu layak untuk menjadi CEO di salah sebuah syarikat anak kerajaan negeri yang sudah dipimpinnya selama 19 tahun.
Jika diukur dari sudut kelayakan akademik, memang menantunya itu layak. Namun jika diukur dari sudut persepsi orang awam, kelayakan menantunya itu perlu dipertimbangkan banyak kali.
Sebabnya mudah.
Pertama, masyarakat alaf ini memang menolak keras amalan kronisme. Amalan ini selalunya membuatkan yang layak menjadi tidak layak dan yang tidak layak menjadi layak.
Kedua, apa sahaja yang dilakukan oleh menantunya itu akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti Nik Aziz. Apa sahaja yang dilakukan oleh Nik Aziz pula akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti PAS. Dan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS akan memberikan kesan langsung pada kredibiliti ‘perjuangan Islam’.
Ketiga, atmosfera politik alaf ini sungguh berkait rapat dengan persepsi. Pihak yang berjaya menguruskan persepsi dengan baik akan mendapat undian yang baik juga. Kemelut yang melanda PBMK telah mengakibatkan masyarakat membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Nik Aziz.
Tiga sebab di atas sudah cukup untuk membuatkan Nik Aziz perlu mengambil jalan mengalah. Tiada gunanya lagi beliau mempertahankan menantunya itu. Bak kata orang nogori, “biar mati anak, jangan mati adat”. Tindakan Nik Aziz menyuruh menantunya berundur bolehlah dianggap seperti “biar mati anak, jangan mati Islam”.
Bercakap tentang persepsi, pada minggu lalu saya ada membuat ‘online poll’ tentang Presiden PAS. Soalannya, patutkah Haji Hadi (Presiden PAS) letak jawatan?
315 orang telah menyertai undian tersebut dan keputusannya:
1) 184 orang atau 54% undian menyatakan Presiden PAS patut melepaskan jawatannya.
2) 109 orang atau 45% undian menyatakan Presiden PAS patut mengekalkan jawatannya.
Berdasarkan kepada keputusan di atas, saya fikir Presiden PAS sedang berhadapan dengan masalah persepsi. Saya percaya, reputasi beliau sebagai Presiden PAS akan bertambah buruk jika para blogger yang pro-PAS terus berusaha untuk menjahamkan reputasi beliau.
Untuk itu, saya ingin menyeru para blogger yang pro-PAS untuk melihat foto di bawah. Beliau kononnya disebut sebagai bakal calon BN untuk PRK DUN Kota Seputeh. Apakah yang patut anda nyatakan?

Sebelum anda menulis, elok juga kalau anda tonton dulu dokumentari [di sini].
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.
Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.
Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.
“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.
“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.
Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.
“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.
“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.
“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.
Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.
Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.
“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.
"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.
Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.
Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.
“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.
“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.
Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.
“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.
Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.
"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS. [Sumber: Harakah Daily]
Manakala Husam pula menulis di laman [blognya] begini:
Oh..., Mingguan Malaysia!
Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.
Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.
Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.
Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.
Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.
Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.
Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.
Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.
Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?
Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.
"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."
Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.
Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?
Letak semua pulak tu?
Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?
Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.
Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?
Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.
Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.
Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?
Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?
Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.
Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.
Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.
Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.
“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.
“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.
Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.
Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.
Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.
“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.
Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.
“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).
“Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya.
Nur Aflah: Siapa pulak yang jadi informer UTUSAN?
Untuk mendengar penjelasan dari Husam, sila klik di sini.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang semalam mengakui wujudnya elemen konspirasi untuk menjatuhkan beliau wajar meninggalkan kerajaan negeri dan PAS?
Pembantu kanan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang minggu lalu dipecat sebagai pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu berkata beliau amat gembira jika Husam meninggalkan kerajaan negeri Kelantan.
Kata beliau, tidak berada dalam kerajaan negeri dan meninggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.
“Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana semenjak tiga tahun saya mengenalinya, saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS negeri Kelantan,” kata Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefella dalam tulisan blognya hari ini.
“Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya lagi.
Syed Azidi mendakwa kerajaan negeri Kelantan sudah tidak berminat untuk “membela insan-insan kecil.”
“Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi dalam Exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya,” kata beliau yang bertekad mahu terus mempertahankan Husam.
Semalam, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau. “Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi. Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan tiga penjuru merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.
Kerusi itu dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.
“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.
Husam tidak menghadiri mesyuarat badan perhububungan negeri PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Nik Aziz atas alasan masalah kesihatan.
Sumber: Malaysian Insider
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.
Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.
"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.
Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)."
Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan.
Sumber: MSTAR/BERNAMA
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.
“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.
Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.
Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.
PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.
Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.
Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.
“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.
“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.
Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.
The Malaysian Insider difahamkan kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.
Bagaimanapun Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim berkata mesyuarat esok adalah pertemuan biasa dan isu PMBK bukan salah satu agenda perbincangan.
“Perkara itu tidak timbul tetapi ahli jawatankuasa perhubungan bebas untuk bercakap mengenai isu itu (PMBK) dalam mesyuarat esok,” kata Zaki kepada The Malaysian Insider.
Sumber: Malaysian Insider
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
OLEH: DINSMAN
Cerita manusia sememangnya kompleks, rencam dan pelbagai. Hanya kadang-kadang ia kelihatan mudah dan simple. Sewaktu ia mudah dan simple itu memang ia seperti tidak ada masalah. Tetapi sewaktu-waktu tertentu ia akan muncul dengan wajah yang kusam, rumit, penuh bermasalah dan seperti tidak ada penyelesaian. Ketika itu yang diperlukan adalah kebijakasanaan.
Apabila sesuatu itu memerlukan penilaian, kita pun sering juga menjadi terkejut mendapati kawan-kawan yang kita anggap selama ini kita mengenalinya tiba-tiba membuat sesuatu yang di luar dugaan kita sama sekali. Ah, kenapa dia bersikap begitu? Apakah dia tidak faham, tidak kenal, ataupun kita yang tidak kenal dia?
Makanya bagaimana?
Kita menjadi serba salah dan serba tidak kena apabila kedua-dua pihak yang berkelahi itu adalah kawan kita. Sebahagian daripada kawan-kawan kita yang lain pula menyebelahi di satu pihak, manakala sebahagian lagi kawan-kawan kita juga, menyebelahi pihak yang satu lagi. Ah, mana satukah yang berada di pihak yang benar?
Kedua-dua pihak mempunyai cerita masing-masing dengan versi masing-masing, yang menyokong bahawa tokoh di pihak mereka adalah yang benar. Maka di sini kita amat mengharapkan kebijaksanaan seseorang untuk dapat mengambil tindakan yang tepat, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Apabila di situ terlibat pula seorang tokoh pemimpin yang kita hormati, yang kita harapkan kebijaksanaan kepimpinannya dapat diteruskan untuk suatu tempoh lagi, dan permasalahan yang rumit itu rupa-rupanya akan menjejaskan ketokohan pimpinan dan kemuliaan peribadinya – apakah yang menyebabkan kita menjadi bimbang dan risau sebenarnya?
Kita bimbang dan risau memikirkan kalau-kalau tokoh pemimpin yang kita sayang itu akan menjadi mangsa ketidakfahaman orang terhadapnya, atau menjadi mangsa konspirasi jahat pihak yang memusuhinya, atau kita bimbangkan dia menerima akibat daripada tindakannya sendiri yang telah tersilap? Maksudnya kita juga percaya bahawa tokoh pemimpin yang kita hormat dan sayang itu pun ada kemungkinan telah berbuat silap dalam tindakan kepimpinannya.
Masakan tidak! Sedangkan tokoh sebesar Ali bin Abi Talib dan Usman bin ‘Affan pun harus menempuh saat-saat yang rumit dan pilu dalam kehidupan mereka sebagai pengganti Rasulullah saw memimpin umat Islam, dan mereka pun pernah membuat tindakan yang dipersalahkan oleh umat di zamannya, seperti yang digambarkan oleh sejarah kepada kita, ‘kan!
Dan dalam masa yang sama kita pun mengharapkan juga ada kebijaksanaan yang akan dizahirkan oleh sang tokoh kita, dalam situasi yang rumit itu, agar keadaan yang kacau-bilau itu pun dapat diselesaikan secara yang berhikmah, dan itu akan dapat membuktikan bahawa kewibawaanya sebagai pemimpin pun masih utuh.
Jadinya bagaimana?
Memang rumit, sulit dan payah, seolah-olah seluruh organisasi dan institusi boleh rosak dan hancur. Namun orang yang bijaksana sentiasa dapat melihat jalur cahaya yang menunjuk ke arah penyelesaian. Cuma kadang-kadang proses yang perlu diikut itu, dan implikasinya juga, kelihatannya tidak seperti yang diharapkan oleh kebanyakan orang.
Dan akhirnya kita pun perlu bertanya – apakah sebenarnya yang kita harapkan? Khusus dalam situasi rumit dan kompleks atau kemelut yang sedang dihadapi ini – apakah sebenarnya yang kita harapkan? Dan apakah harapan kita itu pun semuanya sama? Atau harapan kita pun sebenarnya berbeza-beza?
Maka akan berterusanlah… hal yang sama akan berulang-ulang dan menjadi sejarah lagi. Maka orang pun berpesanlah supaya belajarlah dari sejarah. Dan orang juga berkata bahawa manusia tidak mahu belajar dari sejarah. Dan begitulah akan terjadi apa-apa yang terjadi.
Yang namanya kehidupan ini memang beginilah ia. Segala-galanya. Hanya kita yang tidak tahu bilakah giliran kita untuk sesuatu yang tidak kita duga dan tidak kita suka itu. Padahal di dalam al-Quran cukup banyak ingatan yang mengatakan bahawa hidup kita ini sentiasa akan diuji, bahawa Tuhan tidak akan membiarkan manusia itu bebas begitu sahaja tanpa diuji oleh-Nya. Bahkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul pun tidak terkecuali.
Maka marilah kita masing-masing kembali kepada diri kita, dan mengambil serta memberi sedikit masa untuk kita mengenali diri kita sendiri. Sewaktu kita sedang menuduh sipolan itu berdengki dan berdendam misalnya, apakah di dalam diri kita sendiri tidak ada sedikit pun rasa dengki dan dendam terhadap orang?
Sewaktu kita sedang menuduh sipolan dan sipolan itu tidak ikhlas dalam perjuangan dan sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan diri, apakah diri kita sendiri cukup ikhlas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa pun untuk kepentingan diri? Dan sewaktu kita suka membuat komplen itu dan ini kepada orang itu dan orang ini, sempatkah kita melihat kepada diri kita sendiri apakah kita sudah melaksanakan apa-apa yang kita harapkan dilaksanakan oleh orang itu dan orang ini?
Barangkali tulisan saya kali ini agak lain sedikit warna dan bunyinya ya? Tak tahulah, saya pun tiba-tiba seperti terlihat begitu banyak sekali hal-hal yang boleh menyebabkan umat atau jemaah kita menjadi lemah dan mundur, padahal baru saja tadi kita sudah berada di landasan yang sedang membawa kita menuju kepada suatu kemenangan besar tidak lama lagi.
Kenapa tiba-tiba kita harus bermasalah seperti ini? Tidak bolehkah kita mencari persefahaman sesama jemaah sendiri? Ketika jemaah semakin membesar sekarang tidak bolehkah kita meningkatkan kewaspadaan, dengan menjalani tarbiyah dan latihan-latihan yang perlu?
Berpeganglah pada tali Allah dengan sekuat-kuatnya, dan janganlah pernah kita lupa pada pesan al-Quran, bahawa Allah tidak akan membiarkan kita hidup bebas begitu sahaja tanpa diuji oleh-Nya. Dan bahawa syaitan itu tidak ada lain kerja mereka melainkan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan menyelewengkan manusia dari landasan diri yang sebenar (siraatal mustaqiim).
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Membaca kisah perjuangan Hasan Al-Banna dan Ikhwanul-Muslimin membuatkan kita akan lebih memahami erti perjuangan Islam dalam era modenisasi.
Kejayaan puak sekularisme menamatkan sistem pemerintahan Islam adalah petanda jelas yang menunjukkan akidah dan iman umat Islam semakin lemah dan celaru. Perlahan-lahan sekularisme mendidik minda umat Islam supaya mencintai dunia dan menjauhi agama.
Sekularisme mengajar pemimpin Islam supaya memisahkan urusan pentadbiran (politik) daripada tuntutan agama. Model ekonomi Islam pula harus digantikan dengan sistem kapitalisme. Manakala kehidupan sosial masyarakat juga harus diserikan dengan fesyen yang mendedahkan aurat, lelaki dan wanita diajar supaya bebas bersosial dan arak adalah barang dagangan yang menguntungkan.
Hasan Al-Banna melihat sekularisme sebagai ancaman kepada akidah umat Islam. Saban hari beliau melihat masyarakat Islam disekelilingnya semakin tidak endah pada keruntuhan akhlak dan maksiat yang semakin berleluasa. Beliau berpendapat, jika sesuatu tidak dilakukan, maka umat Islam akan terus hanyut dan sukar untuk dipulihkan semula.
Atas kesedaran itu, beliau dan rakan-rakannya berusaha menubuhkan Ikhwanul Muslimin. Dalam waktu yang singkat, Ikhwanul Muslimin berjaya muncul sebagai gerakan Islam yang amat berpengaruh di bumi Mesir dan juga di negara-negara Islam yang lain. Pemikiran dan tulisan Hasan al-Banna telah berjaya menyedarkan umat Islam tentang peri pentingnya perjuangan untuk menghapuskan fahaman sekularisme.
Hasil daripada perjuangan Hasan Al-Banna ini dapat dilihat sehingga ke hari ini. Biarpun Ikhwanul Muslimin hanya tinggal nama, namun roh perjuangan itu masih menjelma dalam pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain. Video di bawah ini adalah permulaan yang baik bagi sesiapa jua yang ingin mengenali idealisme dan fitnah yang telah menimpa Hasan Al-Banna.
Selamat menonton.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
1) Jurublog PAS yang menggunakan nama samaran “Tulang Besi” telah disaman oleh Suwardi Yaakob melalui firma guaman ‘Zulfadli & Edham’.
2) Notis yang bertarikh 19/11/2009 itu menyebut; Tulang Besi telah menerbitkan satu artikel yang tidak berasas dan mempunyai unsur fitnah ke atas Suwardi Yaakob pada 19/11/2009 di laman “Malaysiawaves” kepunyaannya.
3) Notis yang sama juga telah dikenakan pada pemilik blog “Perisik Rakyat” kerana menyiarkan kembali artikel yang ditulis oleh Tulang Besi itu.
4) Suwardi Yaakob meminta Tulang Besi menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf kepadanya secara terbuka melalui akhbar. Jika tidak, beliau akan menuntut gantirugi am dan teladan daripada Tulang Besi.
5) Manakala Tulang Besi dalam reaksi balasnya berkata, “Saya 100% yakin dengan pendedahan saya dan saya tidak takut untuk bertanggungjawab. Saya tidak akan membawa turun artikel saya kerana saya mempunyai bukti kukuh terhadap pendedahan saya.” [sumber]


TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
"Di Perak sekarang, di peringkat negeri kami akan bermesyuarat dua kali sebulan. Semua majlis di Perak tidak ada lagi majlis PAS, DAP atau PKR...yang ada adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat Perak," kata Nizar.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yakin, persepsi bahawa PAS ditunggangi DAP disebarkan oleh Umno adalah berdasarkan kegagalan para wakil rakyat mereka berdepan dengan dua pemimpin DAP Perak sebelum ini.
Menurut beliau, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Koo Meng bukan calang-calang orang untuk dihadapi oleh para Adun Umno ketika kedua-duanya adalah Adun pembangkang dalam Dun Perak sebelum ini.
"Berdasarkan pengalaman Adun mereka menghadapi kedua-duanya, Umno beranggapan Adun PAS dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini akan 'dijual' oleh kedua-duanya," kata Nizar.
Padahal, katanya, kerjasama yang dibentuk antara PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini adalah atas dasar yang hak dan yang benar.
"Mereka ingat, apabila saya jadi MB, kedua-dua mereka (Ngeh dan Nga) tunggangi sayalah," kata Nizar kepada kakitangan Harakah dan Harakahdaily dalam satu majlis tazkirah dan makan tengahari tadi.
Menurutnya, Datuk Ngeh adalah pengerusi jawatankuasa disiplin Majlis Peguam manakala Nga Koo Meng pula adalah Ketua Pemuda DAP ketika itu.
"Mereka ini bukan calang-calang orang. Ketika mereka (Umno) ada 40 orang dalam Dun pun tak boleh lawan dua orang ini, jadi mereka ingat PAS dan Nizar ini menjadi alat dan kuda tungganngan DAPlah. Saya ni boneka merekalah. Ini persepsi yang mereka sebarkan yang tidak betul sebenarnya," kata Nizar.
Menurut Nizar, pendekatan yang beliau ambil ketika diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak adalah bertindak berdasarkan kebenaran tanpa langsung ada agenda perkauman.
"Sekarang ini alhamdulillah, DAP sudah boleh menerima kita dengan baik. Sudah tertolak bahawa PAS ini ektremis dan sebagainya. Ini yang ditakuti Umno," kata beliau.
Baru-baru ini, Nizar secara rasmi telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak.
Menurut Nizar, Datuk Ngeh Koo Ham sendiri mengaku, dia adalah orang yang paling tidak percaya kepada PAS sebelum ini.
Tetapi sekarang, dialah yang paling lantang mencadangkan agar PAS memimpin Pakatan di Perak.
"Di Perak sekarang, di peringkat negeri kami akan bermesyuarat dua kali sebulan. Semua majlis di Perak tidak ada lagi majlis PAS, DAP atau PKR...yang ada adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat Perak," kata Nizar.
Sehubungan dengan itu, beliau yakin, persepsi PAS menjadi kuda tunggangan DAP akan selesai tidak lama lagi selepas penerangan dibuat kepada rakyat.
"Saya yakin, jika ada pilihan raya kecil, kita akan menang sekitar 35 kerusi untuk memerintah kembali Perak," kata beliau kepada wartawan selepas majlis itu.[SUMBER]
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Kuala Lumpur 19 Nov. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.
Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.
Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.
Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.
Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.
Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat. [SUMBER]
Dalam keputusan yang dilihat sebagai signifikan, Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat mana-mana saksi selepas waktu pejabat.
Mahkamah juga memutuskan SPRM telah bertindak secara tidak sah apabila menyoal siasat ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah sepanjang malam di pejabat negeri Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam kira-kira empta bulan yang lalu.
Waktu pejabat yang dimaksudkan antara 8.30 pagi dan 5.30 petang.
Tan disoal siasat sehingga 2 pagi dan hanya kembali ke rumahnya pada waktu tengah hari keesokan hari.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu menjelaskan pengertian frasa “sehari ke sehari” yang menjadi pertikaian teras antara Tan dan SPRM “tidak boleh dianggap sebagai sepanjang hari” termasuk merakamkan kenyataan daripada saksi.
Mohamad Ariff berkata, SPRM kemungkinan sedar perkara ini apabila mereka mengarahkan Tan kembali untuk membantu siasatan susulan pada pukul 10 pagi Julai 20, yang termasuk dalam tempoh waktu pejabat normal.
Mahkamah Tinggi juga mengarahkan SPRM membayar ganti rugi dialami Tan ekoran “penahanan tidak sah” antara 9.45 malam Julai 15 hingga 2.53 pagi Julai 16.
Bagaimanapun jumlah itu termasuk kadar faedah akan ditentukan oleh pendaftar mahkamah.
Tan ditahan pada pukul 9 malam Julai 15 lalu, hari yang sama Teoh Beng Hock iaitu pembantu politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor turut ditahan tetapi kemudian ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam.
Tan memohon mendapatkan perisytiharan SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat.
Mohamad Arif menetapkan hari ini untuk keputusan selepas selesai mendengar hujahan peguam Karpal Singh mewakili Tan selaku plaintif dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin mewakili defendan.
Dalam hujahnya sebelum ini, Karpal menegaskan, walaupun Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009 menyebut pegawai suruhanjaya yang menjalankan siasatan boleh memanggil sesiapa sahaja untuk memberi keterangan tetapi perkataan sehari ke sehari yang terdapat dalam seksyen tersebut perlu diperhalusi.
Beliau berpendapat SPRM seharusnya mengamalkan Peraturan 20 Peraturan Lokap dengan para banduan akan dimasukkan ke dalam lokap antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi.
Sementara itu, Noorin berhujah, maksud “sehari ke sehari” perlu dilihat dari segi istilah. Jelasnya, menurut buku “In Words, Phrases & Maxims Legally & Judicially Defined”, “sehari” mengikut kalendar Inggeris bermaksud ia bermula pada waktu tengah malam sehingga tengah malam hari yang berikutnya.
Tan, 39, menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan; Penolong Penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan suruhanjaya tersebut sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Plaintif menuntut perisytiharan bahawa seseorang yang disiasat di bawah Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat iaitu mulai pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari dan bukannya selepas tempoh yang ditetapkan.
Sehubungan itu, plaintif menuntut perisytiharan bahawa defendan telah bertindak bertentangan dengan peruntukkan Seksyen 30(3)(a) akta tersebut.
Tan kelihatan gembira semasa keputusan itu diumumkan.
Kata Tan, beliau memfailkan saman dengan harapan agar SPRM berhenti daripada menyoal siasat seseorang pada waktu-waktu pelik selepas tempoh waktu pejabat khususnya selepas apa yang dilalui oleh Teoh.
“Ini keputusan baik untuk semua rakyat Malaysia,” kata Tan.
Tidak diketahui sama ada SPRM akan mengemukakan rayuan ataupun sebaliknya.
Sementara peguam-peguam mewakili SPRM tidak menyatakan sama ada akan membuat rayuan, Karpal merasakan pihak berkenaan akan membuat rayuan memandangkan keputusan hari ini membawa implikasi ke atas pihak berkuasa lain.
Karpal berkata mereka mempunyai masa sebulan untuk mengemukakan rayuan.[SUMBER]
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz serta ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayob bersetuju Agendadaily menjadi penganjur debat terbuka isu pemberian wang ihsan hasil petroleum kerajaan Pusat kepada Kelantan.
Nazri menyerahkan kepada Salahuddin menetapkan tempat dan masa bagi debat tersebut.
Sebelum itu, Salahuddin membuat cabaran debat terbuka itu ketika Nazri menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat petang Selasa.
Salahuddin dalam respons kepada Agendadaily berkata, beliau akan melantik seorang wakil untuk berunding dengan wakil Nazri bagi membincangkan persiapan debat tersebut.
Pertelingkahan takrif sama ada royalti atau wang ihsan perlu diberikan kepada Kela ntan mencetuskan suasana tegang di Dewan Rakyat pada petang Selasa dan menyaksikan ahli parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayob mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut.
Cabaran itu disambut Nazri dengan menyatakan sedia berdebat dengan Naib Presiden PAS itu di luar dewan termasuk di Markas PAS di Taman Melewar Gombak.
Sebelum itu, beliau menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa berkaitan Jabatan Perdana Menteri apabila beberapa ahli parlimen pembangkang bergilir-gilir ‘menyerang’nya kerana tidak puashati dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan wang ihsan kepada Kelantan, tiga minggu lalu.
Perkara lain turut dibangkitkan adalah persoalan kedudukan luar tiga batu nautika yang dijadikan asas kerajaan Pusat menyatakan Kelantan tidak layak mendapat royalti petroleum sebaliknya hanya wang ihsan.
Antara bangkit mencelah jawapan Nazri selain Salahuddin adalah ahli parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Zulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Saifuddin Nasution (PKR Machang).
Dalam jawapannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan, pemberian wang ihsan itu mengikut perjanjian dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.
Kit Siang sebelum ini membangkitkan soal perjanjian yang dibuat pada 1974 yang antara lain menyebutkan setiap negeri berhak terima lima peratus royalti hasil minyak sama ada dihasilkan dalam dan luar perairan negeri.
Menurut Nazri, apa yang dibuat Datuk Seri Najib sekarang adalah mengotakan janji Tun Abdul Razak 35 tahun lalu dengan memberikan wang ihsan kepada Kelantan.
Salahuddin yang tidak berpuashati dengan penjelasan Nazri bangun dan sekali lagi mengulangi kandungan hansard pada 12 November 1975 yang menyentuh perkara itu.
Beliau turut menyifatkan menteri itu berbohong dalam jawapannya malah mencabar Mohd Nazri berdebat dengan menjelaskan isu royalti petroleum itu di luar Dewan.
Cabaran itu disambut Nazri dengan mengatakan beliau tiada halangan berdekat secara terbuka dengan Salahuddin di luar Dewan ataupun di Markas PAS Pusat di Taman Melewar.
Bagaimanapun, beliau berkata Salahuddin tidak sepatutnya membuat tuduhan liar dengan mengatakannya pembohong berdasarkan jawatan dan pendirian kerajaan dalam membuat keputusan berhubung pemberian wang ihsan itu.
Pada satu ketika Dr Zulkefly turut bangkit membacakan ayat Al-Quran berkaitan menghormati perjanjian.
Nazri dalam jawapannya juga menegaskan keputusan kerajaan itu bukan mendengar cakap Peguam Negara dan beliau tetap akan mempertahankan keputusan tersebut.
“Saya berpendirian dalam isu Kelantan dan negeri-negeri lain dalam hal medan gas serta petroleum ini, luar tiga batu nautika tiada hak negeri,” katanya.
Namun, katanya terpulang kepada mana-mana pihak jika mahu membawa perkara itu ke mahkamah dan kerajaan akan akur keputusannya kelak.
Jawapan beliau terus mecetuskan rasa tidak puashati pembangkang dengan beberapa orang daripada mereka bangun serentak ‘menekan’ Nazri.
Bahkan pada satu ketika mereka bukan lagi berbahas sebaliknya berdailog hingga ditegur Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Bagi meredakan keadaan, Pandikar Amin meminta biarlah rakyat menentukan isu apabila tiba masanya.
“Semua sudah hujah. Tak tahu siapa betul, siapa salah. Biarlah rakyat tentukan bila sampa masanya,” ujarnya.
Nazri kemudian terus dengan jawapan dan sekali lagi meminta pihak yang tidak berpuashati dengan isu pemberian wang ihsan itu membawa kes itu ke mahkamah.
Sumber: Agenda Daily
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
PERMATANG PAUH, 18 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Prai menafikan berita Harakahdaily bertajuk “Pengetua Politeknik Permatang Pauh ditukar” dan mendakwa berita itu tidak tepat.
Noor Azahan bin Othman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, sepanjang dia memegang jawatan sebagai Pengarah Politeknik Seberang Perai, dia tidak pernah terlibat dalam menuntut atau berbincang bagi menuntut apa-apa tunggakan sewaan dengan mana-mana parti politik.
"Tidak ada sebarang jamuan perpisahan bagi saya atau mana-mana kakitangan pada 15 November 2009 melainkan majlis kenduri perkahwinan anak Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) yang diadakan di kuarters kakitangan Politeknik Seberang Perai.
"Saya juga tidak cenderung kepada mana-mana parti politik. Oleh itu, sebarang pernyataan yang boleh membawa gambaran bahawa saya kemungkinan cenderung kepada mana-mana parti politik adalah mengelirukan," kata beliau dalam kenyataannya.
Beliau percaya, kesilapan-kesilapan dalam laporan tersebut, adalah hasil dari maklumat yang diperoleh daripada sumber-sumber yang kurang jelas.
"Kesilapan-kesilapan tersebut juga telah menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang penjawat awam; khususnya sebagai seorang pendidik yang telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur, adil dan penuh tanggungjawab," katanya.
Sehubungan dengan itu, pihak Harakahdaily memohon maaf kepada beliau dan menarik balik berita tersebut.
[Sumber asal, klik di sini]
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

1) Jika Pakatan Rakyat diluluskan pendaftarannya oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan), maka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama.
2) Jika Anwar Ibrahim terlepas dari sabitan kes liwat terbarunya, maka beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU ke 13 nanti, maka Anwar akan dilantik sebagai PM ke 7 Malaysia.
3) Jika Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13, maka jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 akan ditentukan semula oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
4) Oleh kerana Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya memerintah Kelantan untuk sekian lamanya, maka beliau adalah calon yang paling layak dari segi pengalaman dan kredibiliti untuk menjadi PM Malaysia ke 7.
5) Tentu sahaja perlantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai PM ke 7 kelak akan dipertikaikan sesetengah pihak. Namun jika dinilai dari segi kemampuannya mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan, ternyata beliau memiliki “Faktor X” untuk mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat pula.
6) Bagaimanapun, perlantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama juga boleh membunuh kredibilti PAS jika Pakatan Rakyat gagal dalam PRU ke 13. Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mungkin akan dijadikan kambing hitam atas kekalahan itu.
7) Pakatan Rakyat sedang bertarung dengan idealogi “1Malaysia” Najib yang dilihat seiras perjuangan DAP dan PKR. Jika pengundi bukan Melayu tertarik dengan idealogi Najib, maka tidak mustahil undi bukan Melayu akan kembali memihak pada Barisan Nasional.
8) Jika keadaan itu berlaku, maka PKR dan DAP akan mengalami kekalahan besar pada PRU ke 13 dan PAS mungkin hanya akan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan juga Kedah.
9) Jadi, kekuatan Pakatan Rakyat kini dan pada PRU ke 13 nanti bergantung pada kemampuan PAS. Oleh sebab itu, Barisan Nasional kini sedang berusaha untuk memusnahkan imej PAS di mata pengundi Melayu dan bukan Melayu. Maka tidak hairanlah jika sekarang ini kepimpinan PAS sering diserang oleh jentera BN. Mereka sedang berusaha untuk melemahkan PAS.
10) Jika kempen memburukkan kepimpinan PAS berjaya, maka BN akan mendapat kemenangan besar pada PRU ke 13 nanti kerana PKR dan DAP sudah tidak lagi bertaring seperti PRU ke 12 dahulu.
11) Halangan terbesar BN untuk melakar kejayaan pada PRU ke 13 nanti hanyalah berkaitan dengan isu kepimpinan MCA dan juga MIC. Jika mereka mahu menarik semula sokongan pengundi bukan Melayu, maka MCA dan MIC perlu diperkukuhkan dahulu.
12) Menyelesaikan kemelut dalaman MCA dan MIC bukanlah satu tugas mudah. UMNO terpaksa melakukannya secara halus kerana jika tersilap langkah, MCA dan MIC boleh menjadi ‘biawak hidup’ kepada Barisan Nasional.
13) Misalnya, Krisis PKFZ mampu menjadi domino kepada kejatuhan Barisan Nasional. Ianya akan menjadi seperti lagu “bangau oh bangau” kerana banyak pemimpin utama BN (terutamanya MCA) yang boleh disabitkan dengan penyelewengan itu.
14) MIC pula sudah bertukar menjadi syarikat “pemilikan tunggal”. Ianya kini berurusan dengan Pendaftar Syarikat dan bukannya dengan Pendaftar Pertubuhan. 1Malaysia dah tahu apa yang tidak kena dengan MIC.
15) Mujurlah Najib mempunyai Tun Mahathir yang sangat arif dengan jalanraya politik Malaysia. Semua lorong politik sudah diteroka Tun Mahathir termasuklah “JALAN BLOG”. Sepatah yang keluar dari mulut Tun Mahathir, beratus-ratus patah perkataan yang akan disebut oleh media perdana dan alternatif. Begitulah hebatnya penasihat Najib.
16) Bagaimanapun, sehebat manapun Tun Mahathir, beliau masih gagal menggugat kedudukan dan pengaruh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Tun mungkin berjaya memusnahkan nama besar seperti Musa Hitam, Allahyarham Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi, tapi Tun tidak mampu memusnahkan Nik Aziz.
17) Jika BN mempunyai Tun Mahathir, Pakatan Rakyat pula mempunyai Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Persoalannya kini, sanggupkah pemimpin utama Pakatan Rakyat mendengar nasihat Nik Aziz?
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Hiburan untuk hari Ahad.
Sebuah telemovie dari Indonesia yang berjudul Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang.
Untuk membaca kisah lanjut tentang filem ini, [sila klik di sini].
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Oleh ROZAID A. RAHMAN [MSTAR]
SECARA TRADISINYA orang Melayu sejak turun temurun telah diajar tentang tiga darjat penghormatan. Pertama kita diajar jangan menderhaka kepada Raja; kedua ibu-bapa dan ketiga tok guru.
Ini menjadikan situasi kita sangat sulit apatah lagi untuk menegur ketiga-tiga institusi ini sama ada secara terang mahupun tersirat.
Jadi apabila kita dapati tok guru yang kita semua sayangi seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bercakap tentang perkara-perkara yang pada pemikiran dan pemahaman kita sebagai sesuatu yang tidak kena, maka kita menjadi serba salah. Serba salah untuk menegur.
Apatah lagi tok guru seperti Nik Aziz yang memakai dua topi (mungkin dalam hal ini lebih sesuai dipanggil kopiah) iaitu satu sebagai tok guru dan satu lagi sebagai menteri besar.
Sebagai tok guru, Nik Aziz melihat dirinya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila beliau melantik menantunya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Yang Diperbadankan.
Nik Aziz dipetik sebagai berkata, sedangkan Nabi Muhammad lagi melantik menantu-menantunya ke jawatan dan kedudukan mentadbir negeri (Madinah), jadi beliau tidak nampak di mana salahnya beliau melantik menantunya menerajui sebuah anak syarikat negeri.
Wajarkah Nik Aziz membuat perbandingan demikian? Jika beliau melihat dirinya sebagai anbiya dan anbiya adalah pewaris nabi maka mungkin ada kewajaran kepada hujahnya, setidak-tidaknya begitulah pada pandangan beliau sendiri.
Tetapi pada ketika Nik Aziz berkata demikian, beliau sebenarnya memakai topi/kopiah yang mana satu? Topi atau kopiah tok guru kah atau menteri besar.
Melantik menantu sendiri menduduki kerusi eksekutif boleh dilihat sebagai satu keputusan yang tidak betul jika beliau berbuat demikian atas kapasiti seorang menteri besar.
Zaman dahulu mungkin orang tidak berapa kisah tetapi zaman sekarang orang memanggil perbuatan itu sebagai nepotisma.
Dan sedikit masa dahulu, parti-parti seperti PAS sendiri seringkali menyebut ini sebagai nepotisma. Tetapi apa agaknya istilah yang perlu digunapakai untuk kes menantu Nik Aziz ini.
Malah Nik Aziz telah memberi restu kepada menantunya itu untuk memecat seorang penyokong kuatnya sendiri yang juga merupakan seorang bloger popular yang beliau sendiri ambil bekerja di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Bloger tersebut yang bernama Syed Azidi@Kickdefella dipecat kerana disyaki terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membawa masuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke PMBK untuk menyiasat menantu tok guru.
Tapi tak apalah. Mungkin itu juga hak tok guru untuk melantik dan memecat siapa yang beliau rasa berhak.
Tapi bagaimana pula dengan soal menerima RM65,000 sebagai ‘hadiah’ untuk mengerjakan haji.
Tok Guru Nik Aziz atas kapasitinya sebagai tok guru merasakan apa salahnya orang hendak menghadiahkan beliau tiket serta belanja untuk mengerjakan ibadah yang menjadi rukun Islam yang kelima.
“Saya hendak mengerjakan ibadah...apa salahnya,” kata tok guru ketika mengajar di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu di hadapan beratus pengikutnya. Semua diam mendengar dan mengangukkan kepala tanda setuju. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.
“Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri.
“Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah),” kata beliau.
Tetapi minta maaf banyak-banyaklah kali ini tok guru. Dalam hal ini, memang tok guru salah. Dan kita kena tegur akan kesalahan tok guru kali ini. Bukannya mengiyakan apa yang beliau cakap.
Ya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima ‘hadiah’ tersebut. Tetapi malangnya beliau menyalahkan pihak akhbar kerana membesar-besarkan isu ini sehingga membantut niatnya untuk mengerjakan ibadat yang dijadualkan pada 18 November ini.
Kesayangan kita kepada Tok Guru Nik Aziz telah mendorong sebahagian besar daripada kita ‘mengiyakan’ segala tindak tanduk beliau atau lupa hakikat bahawa beliau juga adalah menteri besar yang terikat dengan segala bentuk perintah serta peraturan am seorang anggota pentadbiran negeri.
Sebagai tok guru mungkin Nik Aziz merasakan tidak ada apa yang salah dengan menerima hadiah dalam bentuk mengerjakan amal ibadat.Malah Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mencelah dengan berkata, ini cara penduduk Kelantan meraikan orang agama.
Tetapi semua orang kena ingat yang tok guru ada satu kopiah lagi iaitu kopiah menteri besar.
Sebagai menteri besar, tak boleh tok guru...tak boleh terima ganjaran berbentuk hadiah sedemikian. Sebagai Yang Amat Berhormat, tok guru boleh disabitkan menerima ‘suapan’ apatah lagi syarikat yang hendak menghadiahkan tok guru pakej mengerjakan haji itu adalah syarikat yang berkepentingan yang khabarnya mendapat kontrak perniagaan daripada kerajaan negeri.
Jadi tak boleh tok guru buat macam ni. Sebab tok guru juga adalah seorang menteri besar dan ketua pentadbir sebuah kerajaan negeri.
Tok Guru boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah - sama ada rasuah moral atau rasuah kebendaan sekiranya SPRM masuk menyiasat dan mendapati seorang penjawat awam tidak boleh menerima apa jua bentuk habuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit dan perjalanan ke luar negara - tak kisahlah atas nama ibadat atau apa sekali pun.
Apa agaknya tok guru nak kata atau orang PAS nak kata kalau perdana menteri Malaysia mengaku buat perkara yang sama? Mungkin minta parlimen bentuk suruhanjaya siasatan diraja agaknya. Wallahualam.
*********************************
Nota:
1) Penggunaan perkataan anbiya pada ayat dalam perenggan ke 7 adalah tidak tepat dan sepatutnya ditukar pada perkataan ulama'.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Semalam, Hu Jintao yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China menjejakkan kakinya ke bumi Melaka. Kehadirannya ke Melaka telah mendapat sambutan ‘karpet merah’.
Ironinya, di negara ini isu komunis sering dimainkan oleh parti-parti politik dan dikaitkan dengan perbalahan kaum. Anda boleh bacanya [di sini] dan juga [di sini] kerana bukan isu itu yang ingin saya perkatakan di sini.
Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai keinginan Hu Jintao untuk melawat Melaka.
Saya difahamkan, beliau sendiri yang meminta untuk melawat Melaka kerana negeri ini banyak menyimpan khazanah silam tentang hubungan China dan Malaysia.
Sebagai anak Melaka yang berketurunan Baba & Nyonya (Peranakan), saya turut menumpang gembira kerana beliau telah memilih Muzium Baba & Nyonya sebagai destinasi utama untuk rangka lawatannya ke Malaysia sebelum menghadiri Sidang APEC di Singapura.
Lebih menarik lagi, busana yang diilhamkan dari budaya “Peranakan” telah menjadi busana rasmi untuk sidang APEC yang akan diadakan nanti.
Kalau anda ingin mengenali budaya Baba & Nyonya, anda boleh menonton siri “The Litle Nyonya” yang kini sedang ditayangkan di NTV7 (Isnin -Jumaat) pada jam 6.00 petang.
Untuk menonton siri penuh di internet, [sila klik di sini].
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini







