| Mobile| RSS

CAKAP BANYAK TAK GUNA. DAH DAFTAR KE BELUM?



Dah 1 tahun 9 bulan PRU ke 12 berlalu.

Dah ramai penganalisis kata, Najib akan adakan PRU ke 13 lebih awal dan berkemungkinan besar, pada pertengahan tahun 2011.

Kalau betul lah apa yang dijangkakan itu, ertinya tempoh PRU akan datang tinggal setahun lebih je lagi.

Sekarang ni, semua orang dok sibuk bercakap pasal politik. Itu tak betul, ini tak betul. Pendek kata, semuanya tak betul belaka. Habis tu apa yang betul?

Yang sebetulnya, daftar dulu sebagai pengundi.

Bila dah daftar sebagai pengundi, cakap-cakap kita tu boleh diterjemahkan pada kertas undi.

Urusan nak undi siapa atau parti apa, itu terserahlah pada diri kita sendiri.

Kalau dok sibuk cakap pasal politik, habis tu tak boleh nak mengundi, suara kita tu tak mendatangkan kelebihan kepada parti politik yang kita sokong.

Ingat! 1 undi sahaja sudah boleh menentukan siapa yang berhak jadi kerajaan. Jadi, jangan sia-siakan suara keramat kita tu.

Menurut SPR, jika seseorang itu mendaftar sebagai pengundi, tempoh untuk SPR mengesahkan pendaftaran itu adalah di antara 4-6 bulan.

Kalau ditakdirkan PRU ke 13 berlaku pada bulan April 2010 dan anda pula mendaftar pada Januari 2010, maka anda akan dikira sebagai pengundi yang tidak layak mengundi.

Jangan main-main, ingat apa yang telah berlaku pada PRU tahun 1999.

Pada pilihanraya itu, seramai 650,000 orang tidak dapat mengundi kerana SPR belum mengesahkan lagi pendaftaran mereka.

Malah ada di antara mereka yang sudah berbulan-bulan mendaftar sebagai pengundi tapi SPR masih lagi tak sempat nak sahkan pendaftaran mereka.

Pada waktu itu, SPR bagi alasan bodoh. Kononnya sistem berkomputer belum wujud lagi. Semuanya dilakukan secara manual.

Lepas ni, jangan pulak rasa pelik kalau SPR kata sistem komputer mereka down atau kena virus atau apa-apa alasan lain untuk menyokong kelewatan mereka mengesahkan nama anda sebagai pengundi yang layak mengundi.

Jadi, jangan biarkan tragedi 1999 berulang kembali.

Baru-baru ini SPR ada memberitahu, terdapat 5 juta pengundi muda yang sudah layak mengundi tapi masih lagi tak mahu berdaftar sebagai pengundi.

Adakah anda tergolong dalam golongan yang disebutkan oleh SPR itu?

Jika ya, sila daftar sebagai pengundi secepat mungkin.

Kalau sudah mendaftar, anda kena baca [artikel ini] untuk tahu kenapa Rosmah tolak tawaran berlakon drama Cicit Betong?

Nota: Pesanan ini khas buat mereka yang suka mengundi Akademi Fantasia, Mentor, Sehati Berdansa, Bintang RTM dan yang sewaktu dengannya.




Selamat Datang!

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Sejak saya mendaftar sebagai ahli geng blogger, ramai pulak yang sudi bertandang ke blog ini. Jadi, kepada sesiapa yang belum kenal geng blogger, elok juga kalau anda jengah dulu ke sini. Manalah tahu kan… ehem ehem… :-)

Terdapat sedikit perubahan yang saya lakukan pada blog ini untuk tahun 2010:

  • Senarai penuh blog list saya telah dipindahkan [ke sini].
  • Kalau nak cari artikel yang anda inginkan, [klik kat sini]. Mr Google akan
    tolong carikan.
  • Kalau nak langgan artikel blog ni, [klik kat sini]. Mr Feedburner akan tolong e-mailkan artikel tu ke peti e-mail anda.
  • Kalau nak tengok video yang saya atau kengkawan saya buat, [klik kat sini].

    Untuk tahun 2010, saya mengamalkan polisi “U Follow I Follow”. Kalau awak jadi follower blog ini, saya juga akan jadi follower blog awak dan url blog awak akan saya masukkan dalam senarai blog saya. Untuk  jadi follower blog ni, [klik kat sini] pun boleh. Kalau nak kenal saya, klik kat sini.

    Ok. Itu sahaja buat masa ini. Thanks again for your support.

    Nur Aflah

    Nota: Paparan blog ini lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan Mozilla Firefox.






    | posted in | [ More ]

    INGAT! MALAM NI ADA GERHANA BULAN

    Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.


    Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yang jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi.

    Serentak dengan itu, Jakim menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan bersempena dengan kejadian itu.

    Jakim juga menjemput orang ramai menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

    "Program anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,'' kata Jakim. [Sumber]

    Nota: Kalau nak belajar cara solat sunat gerhana, sila klik di sini. 






    TAK ADA MAKNANYA DUIT SETENGAH JUTA TU... YE KE?

    PULAU PANGKOR: “Walaupun dapat wang sebanyak itu, saya tetap lumpuh dan tak boleh buat apa-apa dalam keadaan begini.

    “Emak dan ayah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa sejak 10 tahun saya terlantar sakit, malah wang yang diperoleh itu pun, pada saya masih tak cukup untuk membayar jasa mereka dan menampung kehidupan saya pada masa depan,” kata Syarizan Sudirmin, 26.

    Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk VT Singham membuat keputusan Syarizan yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah mendapat ganti rugi RM653,750 akibat kecederaan parah dialaminya kerana terjatuh dari motosikal ditunggangi selepas ditendang anggota polis, kira-kira 10 tahun lalu.

    Bagaimanapun, dia hanya diberi 75 peratus iaitu RM490,312.50 daripada ganti rugi am kerana sebahagian kesalahan berpunca daripada tindakannya sendiri.

    Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah di sini, malam tadi, Syarizan berkata dia bukan mata duitan apabila menyatakan wang pampasan itu masih tidak mencukupi, namun lebih trauma apabila memikirkan kejadian itu.

    “Sejak kemalangan itu pada 1999, hidup saya berubah. Enam tahun saya mendapatkan rawatan di hospital, 21 hari koma di Hospital Ipoh, selain dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Manjung.

    “Dalam tempoh itu, terutama ketika di HKL, emak dan ayah sering berulang-alik. Lebih menyedihkan, ayah yang bekerja sebagai nelayan ketika itu terpaksa ke laut mencari duit menanggung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang saya di sana,” katanya sebak.

    Selain itu, katanya, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk kos membeli ubat termasuk mencuci luka dan rawatan lain.

    “Bukan tidak puas hati tapi saya akan minta peguam mencabar semula keputusan itu supaya pampasan diterima lebih tinggi, jika boleh RM1 juta atau RM2 juta.

    “Ini kerana sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dan dalam keadaan tidak boleh melakukan sebarang kerja, saya sedih dan kecewa mengenangkan nasib adik-adik.

    “Emak suri rumah sepenuh masa, manakala ayah kini mengambil upah membawa kaki pancing ke laut. Selain itu, saya ada tujuh beradik perempuan termasuk kakak sulung dan empat adik lelaki yang masih kecil dan semuanya memerlukan bantuan kewangan,” katanya.

    Selain itu, katanya, sejak disahkan lumpuh, dia tidak mendapat bantuan mana-mana pihak.

    Baru semalam dia menerima keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meluluskan permohonan bantuan bulanannya RM150 selepas empat tahun memohon.

    Syarizan berkata, apabila mengenangkan nasib yang menimpanya, ada ketika dia berputus asa dan tidak mahu meneruskan hidup.

    “Dulu saya ramai kawan tapi sekarang bila sudah sakit, saya dijauhi. Malah, sejak 2005 hingga ke hari ini, beberapa kali saja saya keluar dari pulau ini, itupun untuk menjalani rawatan di Hospital Manjung.

    “Pergerakan saya terbatas dan saya sedih dengan keadaan ini, malah pernah terfikir lebih baik mati daripada meneruskan hidup dalam keadaan begini,” katanya yang hanya bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada 1999 lalu, Syarizan mendakwa dia menaiki motosikal bersama seorang rakan dan melalui Jalan Pasir Bogak, berdekatan rumahnya.

    Ketika itu, katanya, dia berselisih dengan motosikal ditunggangi seorang anggota polis dan apabila meneruskan perjalanan, ada tiga lagi anggota polis di depannya.

    “Saya pusing balik, anggota polis yang berseorangan tadi juga patah balik. Saya tiada pilihan dan pusing balik menuju ke arah tiga anggota polis berkenaan.

    “Ketika itu, saya rasa motosikal bergoyang dan tidak lama kemudian saya nampak anggota polis itu menendang motosikal saya dan kami terjatuh.

    “Tidak cukup itu, dia pijak tulang belakang dan kepala sebelum saya pengsan. Selepas lapan bulan kejadian, baru saya tahu tulang belakang patah seterusnya menjadi punca saya lumpuh,” katanya yang turut patah paha kiri dan kanan selain pernah hilang ingatan dalam insiden itu.

    Sementara itu, bapa Syarizan, Sudirmin Selamat, 54, bimbangkan masa depan anaknya terutama apabila dia dan isteri sudah tiada.

    “Jika boleh, kami mahu pampasan diberikan lebih daripada diputuskan, bukan untuk saya tetapi dia. Saya tak tahu sampai bila hayat saya dan boleh jaga Syarizan. Apabila sudah tiada nanti, siapa nak jaga dia, itu yang saya sedih,” katanya.

    Ibu Syarizan, Norizan Ahmad, 47, berkata dia tidak sanggup melihat penderitaan anak keduanya yang kini sudah 10 tahun menanggung sakit.

    “Selagi ada hayat, saya akan jaga dia meskipun anak-anak saya ramai dan ada masih kecil, namun terdetik juga, bagaimana keadaannya pada masa depan, siapa yang akan jaga dan urus dia nanti,” katanya sedih. [Sumber]





    | posted in | 0 comments [ More ]

    JAKIM KATA NAJIB DAYUS?


    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kata Najib dayus?

    Eee.. dak aih..

    Jakim kata cam ni.

    Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah SWT dan si suami meredhainya.

    Ini selaras dengan maksud hadis Rasulullah SAW. "Orang dayus tidak masuk syurga ".

    Amal ibadat suami yang dayus terserah kepada Allah SWT. Antara ciri-ciri orang dayus ialah;

    i. Redha isteri tidak menutup aurat.

    ii. Suami redha isteri tidak mematuhi perintah Allah seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya. [sumber asal di sini]
    Jakim tak kata Najib dayus. Lagipun kita tak boleh kata Najib dayus.

    Isteri dia tutup aurat. Kalau tak caya, cuba tengok gambar kat bawah ni:

    Gambar dulu-dulu..



    Gambar la ni…



    Gambar yang ni.. No Komen




    Baik. Apa kata Ustaz Zaharuddin tentang isu dayus ini:

    Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

    Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:

    قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

    Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

    Lihatlah betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

    Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

    1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

    2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

    3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

    4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

    5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

    6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

    7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

    8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

    9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

    10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

    11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

    12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

    13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

    14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

    Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

    Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

    "Jika demikian, ramainya lelaki dayus dikelilingku"

    Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

    Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

    Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

    Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

    Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

    من قتل دون أهله فهو شهيد

    Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

    Untuk membaca ulasan panjang tentang dayus, sila klik di sini.

    Nota: Ini bukan "Character Assassination". Ini "Character Correction"!






    | posted in | 2 comments [ More ]

    BIAR BETIK? UMUR SUAMINYA BARU 15 TAHUN


     Sekadar Gambar Hiasan

    Semalam datang seorang wanita usia 18 tahun ditemani ibunya, datang nak mengesahkan perceraiannya yang baru dilafazkan suaminya.

    Yang hairannya, pasangan ini baru bernikah 10 bulan, kemudiannya bercerai.

    Lebih menghairankan lagi, pasangan ini ada anak lelaki comel berusia 9 bulan.

    Pelik sungguh, macammana kahwin 10 bulan, ada anak 9 bulan, tak masuk akal.

    Rupanya anak luar nikah, waktu berkahwin, wanita ini dah mengandung.

    Bila ditanya lanjut, waktu berkahwin, wanita ini umur 17 tahun, lelakinya baru 15 tahun.

    Lepas kahwin, suami isteri tak bekerja, mak ayah dia yang tanggung.

    Lepas nikah, duduk sama rumah keluarga perempuan. Tapi lepas lahir anak, suaminya terus tak balik rumah.

    Tinggal pula satu taman saja cuma berbeza jalan, maka selalu lah terpandang, tapi tak tegur dan suami tak kisah pasal anak.

    Saya nak nasihat kat pasangan ini, sampai tak terkata.

    Cuma mampu istighfar dan mengeleng kepala saja.

    Kepada orang lain, jadikanlah kisah ini sebagai tauladan.

    Catatan: Tuan Kadi Kluang




    | posted in | 6 comments [ More ]

    TERIMA KASIH SEMUA!

    Assalammualaikum semua…

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    Diam tak diam, dah hampir 1 ½ tahun blog ini beroperasi di alam maya. Banyak memori yang tercatat di sini. Yang lebih menarik lagi, melalui blog ini juga saya dapat ramai kenalan baru.

    Ada di antara mereka yang sudah berpindah rumah, ada yang sudah hilang entah ke mana, ada yang sudah bertukar tempat kerja, ada yang sudah berkahwin dan ada yang sudah menjadi blogger popular.

    Begitulah hidup kita di dunia ini. Masing-masing membawa nasib masing-masing. Apapun, saya sentiasa mendoakan agar kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah SWT.

    Mudah-mudahan, apa yang kita lakukan di dunia ini akan menjadi penyelamat untuk kita di akhirat nanti.

    Buat semua, selamat tahun baru 2010.

    Maafkan saya jika saya ada melakukan salah dan silap di mana-mana dan akhir sekali, terima kasih kerana terus menyokong blog ini.



    "Ianya membesar dari sokongan anda"





    | posted in | 2 comments [ More ]

    MAT REMPIT DAPAT SETENGAH JUTA?

    KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM552,299.59 kepada seorang lelaki yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.

    Hakim Datuk V.T Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999.

    Bagi ganti rugi khas, Singham memerintahkan supaya kerajaan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,987.09 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 kepada Syarizan atau plaintif pertama.

    Syarizan bagaimanapun hanya menerima 75 peratus atau RM490,312.50 daripada ganti rugi am yang diputuskan oleh hakim dengan alasan kejadian tersebut sebahagian daripadanya berpunca daripada tindakan plaintif sendiri. [Sumber]






    | posted in , | 3 comments [ More ]

    KENAPA MAHATHIR BANGKITKAN ISU MIG 29?


    “Dah baca blog Mahathir?” tanya kawan saya melalui sms.

    “Jap g” balas saya.

    Sekejap tadi saya buka blog Mahathir dan baca entri terbarunya tentang MIG 29.

    Ada 10 perkara yang beliau catatkan dalam entri terbaru itu.

    Tapi saya sangat tertarik dengan perkara 5 yang berbunyi:

    5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

    Pada saya, inilah perkara penting yang cuba Mahathir sampaikan kepada umum.

    Yang saya faham, Mahathir tidak setuju kalau kerajaan mahu tukar juga MIG 29 kepada pesawat lain kerana keputusan itu hanya akan menguntungkan orang tengah.

    Mahathir kata orang tengah itu akan dapat berjuta-juta.

    Siapa orang tengah itu?

    Untuk menjawabnya, saya memetik berita Mstar hari ini yang berbunyi:

    Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.

    Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.

    Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.

    Oooh… Rupa-rupanya Mahathir ‘nak tanya’ pada Zahid Hamidi.

    Habis tu… apa kaitan isu MIG 29 dengan Zahid Hamidi?

    Kalau nak tahu, anda kena baca [artikel ini]. Ada yang tersirat di sebalik entri terbaru Tun Mahathir itu...




    USTAZ AFANDI: KENYATAAN NIK AZIZ HANYA RETORIK KOSONG

    Oleh:  Yus Iskandar

    Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahawa sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan parti itu amat dialu-alukan.

    Namun bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut, Pas dengan sekutunya yang lain di bawah gabungan yang belum disahkan secara rasmi (Pakatan Rakyat) perlu mengemukakan dasar bersama berhubung perkara terbabit.



    "Jika perkara asas yang melibatkan dasar tidak dapat dikemukakan, bagaimanakah Mursyidul Am Pas itu dapat mengeluarkan dakwaaan sedemikan rupa.

    "Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, dasar bersama di dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan soal ini. Malah dalam konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini pun, soal penubuhan sebuah negara Islam tidak disebut di dalam dasar bersama mereka".

    Demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff ketika diminta mengulas dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyebut sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam.

    Tegas beliau lagi, bagi mengukuhkan lagi dakwaan Nik Aziz itu, Pas disaran mengemukakan secara rasmi dokumen penubuhan sebuah negara Islam untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

    "Malah saya secara peribadi mencabar mereka untuk mengemukakan kertas cadangan penubuhan negara Islam di Parlimen untuk dibahaskan.

    "Jika perkara ini tidak dapat dilaksanakan, saya beranggapan kenyataan Nik Aziz itu hanya retorik kosong untuk politik parti berkenaan semata-mata", ujarnya.

    Beliau seterusnya berkata dakwaan Nik Aziz yang hanya berpandukan kepada kesediaan pemimpin DAP membawa lambang Pas dalam pakatan pembangkang menujukkan beliau membuat kesimpulan secara mudah.

    "Perlu diingat, kalau sekadar memakai lambang macam-macam kita boleh nilaikan.

    "Adakah mereka hanya berniat untuk memancing undi dan sebagainya. Jika betul kemukakan sepertiama saranan saya di atas", katanya. [Sumber]





    | posted in , | 0 comments [ More ]

    BENARKAH KJ & ZAHID BERPAKAT UNTUK JATUHKAN NAJIB?

    Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

    Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

    “Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

    Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’ dengan Najib tapi mereka berdendam dengan Mahathir.

    KJ berdendam dengan Mahathir kerana Mahathir yang membuatkan dirinya tersisih dari kabinet Najib dan Khairy juga tidak akan lupa bagaimana dirinya dan bapa mertuanya (Pak Lah) dihina sebegitu teruk oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Manakala Zahid pula pernah dipenjarakan Mahathir kerana menyokong Anwar pada era reformasi 1998.

    Atas alasan itu maka blog-blog yang pro-Mahathir mula membuat andaian bahawa memang benar terdapat pakatan antara KJ dan Zahid untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah penyambung legasi Mahathirisme dalam Umno dan kerajaan Malaysia.

    Andaian itu semakin kukuh bila Zahid membocorkan rahsia kehilangan enjin pesawat TUDM kepada umum walhal perkara itu sudah lama berlaku dan sedang disiasat polis.

    Apa motif Zahid mendedahkan perkara itu kepada umum? Adakah kerana dia mahu menunjukkan dirinya amat telus di mata umum? Atau adakah kerana dia mahu menunjukkan kerajaan sekarang lebih telus dari dulu?

    Samada Zahid sedar atau tidak, pendedahan itu telah pun mencalarkan imej Najib di mata umum. Biar apapun penerangan yang Zahid cuba berikan untuk membela Najib, namun ianya sudah tidak berguna lagi.

    Lihat sahaja bagaimana Pakatan Rakyat memainkan isu ini untuk menggambarkan kelemahan Najib dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes yang melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara ini.

    Teryata Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu kerana mungkin beliau sudah dapat membaca kesan yang bakal berlaku terhadap kedudukan dirinya.

    Manakala Mahathir pula cuba membantu Najib untuk mengalihkan isu jet ini dengan meminta Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Barry Wain melalui bukunya ‘Malaysian Maverick’.

    Taktik Mahathir ini sudah dapat dibaca. Dengan tertubuhnya SSD kes penyelewengannya, maka perhatian akan lebih tertumpu kepada kesnya sahaja sehingga SSD untuk menyiasat kes kehilangan enjin TUDM akan dipinggirkan rakyat.

    Sungguhpun Najib lebih selesa dengan jawapan ‘no comment’nya, namun rakyat sudah dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku sewaktu era pentadbirannya sebagai Menteri Pertahanan.

    Bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya dipercayai datangnya dari pihak tentera. Pembunuhan Altantuya pula dikaitkan dengan komisyen kapal selam. Pembelian helikopter Cougar dibatalkan kerana harganya tidak masuk akal dan yang terkini, enjin pesawat yang besar itu pun boleh hilang sewaktu Najib memegang kementerian itu.

    Kini Najib memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apa lagi yang boleh 'hilang' selepas ini?

    Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang yang diterajui Zahid menggesa Gerakan menyerahkan teraju kepimpinan BN kepada Umno. Mengapa perlu Zahid menaikkan isu kepimpinan BN Pulau Pinang sedangkan tuntutan itu sememangnya tidak memberikan apa-apa kredit kepada BN Pulau Pinang? Adakah Zahid sengaja mahu menjerat Najib?

    Jika benar Zahid mahu menjerat Najib, jerat itu sudah mengena bilamana Najib membuat keputusan untuk tidak menyokong atau menolak tuntutan itu. Semua pihak hanya disuruh ‘tutup mulut’.

    Keputusan seperti itu telah mengecewakan segelintir penyokong Umno dan secara tidak langsung, Zahid pula yang dilihat lebih berani dari Najib untuk memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang.

    Akan bersambung…

    Nota: Konspirasi dalaman Umno ini nampaknya semakin menarik untuk diteliti. Kebanyakan blog-blog yang pro Pakatan masih lagi tidak mengutarakan perkara ini. Mungkin kerana mereka sedang sibuk untuk menjatuhkan pemimpin mereka sendiri.




    | posted in , | 3 comments [ More ]

    KARTIKA JUMPA NIK AZIZ



    Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

    Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

    Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

    Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

    Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

    Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

    Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.[Harakah]

    Nur Aflah : Gembira hati ini bila melihat perubahan Kartika. Insya'Allah, Allah akan sentiasa membantu mana-mana umatNya yang ingin kembali ke jalanNya.





    | posted in | 0 comments [ More ]

    KHALWAT: ARAB SAUDI AMPUNKAN RAKYAT MALAYSIA

    Seorang jurutera dan jururawat warga Malaysia yang menghadapi tuduhan berkhalwat di Jeddah, terlepas daripada dikenakan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara apabila mendapat pengampunan Kerajaan Arab Saudi.

    Rakan pasangan itu yang juga rakyat Malaysia, yang ditahan kerana bersubahat dalam kes berkenaan serta cuba melarikan diri dari Arab Saudi dengan menggunakan pasport palsu Indonesia, turut diberi pengampunan.

    Menurut sumber, pengampunan itu diberi minggu lalu, tetapi rakan pasangan terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak dibenarkan tinggal serta bekerja lagi di negara itu.

    "Bagaimanapun, jururawat berumur 30-an itu dibenarkan terus bekerja di negara berkenaan," katanya kepada Berita Harian.

    Jurutera berusia 40-an itu pula sebelum ini sudah melarikan diri menggunakan pasport palsu Indonesia selepas dibebaskan dengan jaminan mahkamah sementara menunggu keputusan kes khalwat berkenaan.

    Sumber itu memberitahu, jurutera terbabit bagaimanapun tidak dibenarkan lagi bekerja di Arab Saudi dan akan ditahan jika dikesan cuba memasuki semula negara itu.

    "Walaupun memberi pengampunan, pihak berkuasa Arab Saudi memandang serius kesalahan

    menggunakan dokumen palsu," katanya.

    Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan lelaki berusia 40-an itu yang juga kenalan jurutera terbabit, ditahan kali kedua tiga minggu lalu kerana cuba meninggalkan Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah dengan menggunakan dokumen palsu Indonesia.

    Pihak berkuasa Arab Saudi curiga apabila menemui beberapa dokumen menunjukkan lelaki itu mempunyai identiti rakyat Malaysia, sedangkan dia mengemukakan pasport negara jiran.

    Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan kerana didakwa bersubahat dengan dalam kes khalwat membabitkan jurutera dan jururawat berkenaan.

    Ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Jeddah dan kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan kes berkenaan. [Berita Harian]


    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"


    | posted in , | 0 comments [ More ]

    LAGI KES GADIS DIROGOL GENG PEMUJA SYAITAN


    Hujung rambutnya dibakar, matanya ditutup menggunakan pita pelekat putih manakala sebilah parang diletakkan di belakang. Itulah pengalaman ngeri lebih dua jam terpaksa dilalui seorang remaja belasan tahun yang dijadikan ‘korban pemujaan’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali sebelum diperkosa beramai-ramai, pagi kelmarin.

    Dalam kejadian jam 1 pagi itu, gadis terbabit bukan saja dijadikan alat pemujaan aneh berkenaan, sebaliknya dia juga dirogol secara bergilir-gilir kumpulan terbabit di kawasan semak berhampiran Taman Layang Layang, Taman Metropolitan Kepong dekat sini, selepas upacara berkenaan tamat.

    Difahamkan, remaja malang berusia 19 tahun itu diserahkan kepada kumpulan lelaki terbabit oleh dua rakan baiknya sebagai korban dipercayai untuk dijadikan alat pemujaan ataupun pelengkap kepada upacara aneh itu selepas memperdaya mangsa untuk mengikuti mereka.

    Menurut sumber, mangsa yang baru selesai bekerja di Subang Jaya, dekat sini, dijemput seorang lelaki dan wanita berusia 20-an iaitu rakan baiknya sebelum dibawa ke satu tempat gelap beberapa kilometer dari tempat kerjanya.

    “Seorang daripada rakannya mengarahkan mangsa turun dari kereta sebelum memukulnya sehingga pengsan. Mata mangsa ditutup menggunakan pita pelekat putih manakala tangannya diikat.

    “Mangsa dibawa ke satu kawasan semak dan diserahkan kepada tiga lelaki warga tempatan yang menunggu remaja terbabit di tempat berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Difahamkan, mangsa yang tersedar selepas beberapa ketika sempat mendengar kedua-dua rakannya itu berbincang dengan kumpulan terbabit mengenai penyerahannya kepada mereka.

    Dia yang ketakutan berusaha melepaskan diri, namun gagal.


    Sekadar Gambar Hiasan

    Sumber berkata, mangsa dibawa ke dalam semak dan seorang daripada suspek membakar hujung rambutnya sebagai tanda remaja itu diserahkan kepada kumpulan terbabit sebagai korban.

    Difahamkan, kedua-dua rakan baiknya itu meninggalkan mangsa kepada kumpulan terbabit selepas selesai membakar hujung rambut.

    “Dalam keadaan matanya tertutup, mangsa diugut mendiamkan diri. Kumpulan terbabit meletakkan sebilah parang di belakang mangsa yang dibaringkan.

    “Selepas beberapa ketika, mangsa dirogol bergilir-gilir ketiga-tiga lelaki itu. Rayuan mangsa supaya dibebaskan tidak diendahkan, sebaliknya dia dirogol hampir dua jam,” katanya.

    Selepas kumpulan terbabit selesai melampiaskan nafsu mereka, seorang daripada suspek menghantar mangsa ke jalan utama.

    Difahamkan, dia juga diugut kumpulan terbabit supaya merahsiakan kejadian berkenaan dan mendakwa akan mencarinya semula jika menghebahkan kepada keluarga mahupun membuat laporan polis.

    Selepas beberapa jam menunggu, mangsa berjaya menahan sebuah kenderaan. Bagaimanapun, pemilik kenderaan terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Ampang menurunkan mangsa di Ampang Point, dekat sini.

    Mangsa kemudian menghubungi rakannya supaya menjemputnya di kawasan berkenaan.

    Sumber berkata, beberapa minit kemudian, rakannya tiba dan membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

    “Kes ini masih dalam siasatan dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat,” katanya.[Metro]




    | posted in | 0 comments [ More ]

    ANDA KENAL KE MEREKA NI?

    FOTO DEMO 20 ORANG YANG MENGAKU PENYOKONG PAS


     KETUANYA PAKAI BAJU MERAH?














    Untuk membaca berita penuh, klik di sini



    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"



    20 PENYOKONG PAS? BIAR BETIK BERITA NI

    SHAH ALAM 27 Dis. – Kira-kira 20 Pas Selangor hari ini berhimpun di sini bagi mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

    Kumpulan tersebut mendakwa, Pas perlu mengambil tindakan itu secepat mungkin ekoran terlalu banyak keadaan yang tidak memihak kepada parti tersebut sama ada dalam pentadbiran di Selangor dan perjuangan Pas.

    Malah kumpulan tersebut yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) itu turut menyatakan Pas sejak akhir-akhir ini dilihat menjadi boneka kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

    Keadaan itu kata mereka, boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Islam yang dikhuatiri akan terus menggadaikan maruah parti itu.

    Menurut jurucakap GKPPNS, Wan Hilman Wan Ibrahim, desakan yang dilakukan oleh pihaknya tercetus daripada kesedaran yang mahukan Pas terus kekal sebagai sebuah parti politik yang tidak perlu bersekutu dengan PKR dan DAP yang menolak konsep negara Islam yang diperjuangkan sebelum ini. - Utusan

    Nota: Tak dapat nak komen sebab blog ni 'slow giler'....

    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"


    | posted in | 0 comments [ More ]

    UPDATE BLOG GUNA SMS? SENANG JE..



    Kini ada cara mudah untuk kita update blog guna sms.

    Bayaran untuk perkhidmatan ini pun murah. 30 sen sahaja untuk satu sms yang dihantar. Boleh guna handphone apa sahaja… asalkan ada fungsi SMS. Nokia 'chokia' pun boleh...

    Manalah tahu kan… tiba-tiba kita ternampak Rosmah dengan Deepak ke… ataupun ternampak Raja Petra tengah kena teh tarik dengan Tukar Tiub ke…, bolehlah kita hantarkan maklumat ‘panas’ tu terus ke blog kita dengan menggunakan sms.

    Kalau wartawan Malaysiakini ataupun Malaysian Insider ataupun blogger lain terbaca pulak posting kita tu.., dah tentu-tentu mereka akan terjah tempat yang kita beritahu tu..

    Maklumlah kan… bukannya sentiasa kita usung notebook 2 kilo kita tu ke sana ke mari dan tak semua tempat yang kita pergi tu ‘coverage’ internetnya sentiasa baik. Jadi, dengan cara ini, kita boleh sampaikan maklumat penting dengan lebih pantas.

    Ingat! Maklumat penting je.. kalau setakat nak bagitau “aku kat jamban ni…”, buang duit je la kan..

    Kalau berhajat nak belajar cara-cara membuatnya, [sila klik di sini] untuk belajar dari Kak Kujie ataupun [klik kat sini] untuk belajar dari Bro Khairul.

    Nota: Iklan tidak berbayar ini ditaja oleh Persatuan Peladang & Pekebun Kecil Batu 16.


    | posted in | 0 comments [ More ]

    ITU MAKLUMAT JAHAT UNTUK ROSAKKAN NAMA SAYA

    Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) menyangkal spekulasi yang beliau telah memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat (PR) negeri, sekali gus akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri menegaskan beliau dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri, pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, yang dibentuk selepas pilihan raya umum Mac 2008.

    "Itu (khabar angin) tidak benar... itu adalah maklumat jahat untuk merosakkan nama saya. Saya tidak ada niat semacam itu (untuk keluar Pakatan dan bertindak sebagai Adun Bebas)," kata Hasan kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Hasan menegaskan pihaknya akan kekal dalam PR dengan memerlukan barisan wakil rakyat berkualiti yang "tidak akan melompat ke mana-mana parti yang lain."

    PR Selangor terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

    Sambil merujuk kepada situasi yang pernah dilalui PAS Kelantan, Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia menambah, "walaupun di Kelantan PAS hanya pernah mempunyai majoriti satu kerusi tetapi berupaya mempertahankan kerajaan negeri, walaupun salah seorang wakil rakyatnya secara terus-menerus dipujuk, tetapi mereka kekal bersama."

    "Ini merupakan prinsip berkualiti yang ada pada mereka. Jadi, kami pun mahukan wakil rakyat yang berkualiti macam itu.

    "Sepanjang satu setengah tahun kami memerintah Selangor, kami sudah membuktikan satu kerajaan yang bersih, dan kami mahu mengekalkannya," kata Hasan yang merupakan exco yang bertanggungjawab kepada portfolio agama.

    Desas-desus itu disebarkan sehari selepas jawatankuasa disiplin mengadakan mesyuarat untuk menyiasat Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.

    Jawatankuasa disiplin yang mendapati adanya kes kukuh terhadap mereka akan memanggil Khalid iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Hasan pada 7 dan 9 Jan ini.

    Desas-desus menyebut Hasan sudah dijatuhkan hukuman digantung daripada semua jawatan parti selama dua penggal. Ia disebarkan sejak awal pagi Khamis iaitu beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh naib presidenya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bermesyuarat.

    Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Hasan juga menafikan satu perhimpunan akan diadakan di pekarangan Pejabat PAS Selangor, Shah Alam untuk menyerahkan memorandum menjalin kerjasama dengan Umno negeri itu.

    "Tidak, tidak ada sebarang majlis seumpama itu di PAS Selangor esok. Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, jika ada majlis sedemikian sudah pasti saya tahu... tidak ada majlis macam itu," katanya.

    Laporan Harakah Daily hari ini yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor, Shah Alam esok.

    Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

    "Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu dipetik portal tersebut.

    Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS.

    Mengenai keputusan jawatankuasa disiplin yang akan memanggil beliau untuk memberi keterangan susulan, Hasan berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sebaik mungkin.

    "Saya sedia untuk memberikan kerjasama penuh, memberi keterangan yang diperlukan oleh jawatankuasa disiplin.

    "Bagaimanapun sehingga kini saya belum menerima apa-apa makluman daripada jawatankuasa disiplin, saya tak dengar apa-apa," katanya. [sumber asal]

    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"

    | posted in , | 0 comments [ More ]

    SAYA BUKAN TAK NAK BAGI, SAYA BARU KENCING...



    Dua selebriti yang ditahan di Rootz Club, Jalan Bukit Bintang, pada malam Krismas lalu, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau Scha, 26, dan Ahmad Awaluddin Shaari atau Awal, 28, mengaku mengunjungi kelab malam tersebut.

    Bagaimanapun pada sidang media yang diadakan sebaik selepas mereka mengacarakan program Sehati Berdansa, Awal dan Scha menafikan mereka mabuk atau meminum alkohol.

    "Saya tidak mabuk. Sebenarnya saya berjanji dengan seorang teman yang baru datang dari Melbourne, Stephanie di restoran sebelah kelab Rootz untuk meraikan parti hari jadi tetapi kerana saya lewat kami telah pergi ke kelab tersebut, baru setengah jam berada di situ, kelab tersebut diserbu.

    "Saya akhirnya mengikut prosedur pihak polis untuk melakukan ujian dan ia negatif," jelas Scha.

    Awal dan Scha diserbu pihak polis pada pukul 3 pagi bersama lebih 300 pengunjung kelab yang lain.

    Sementara itu jelas Awal, dia bukan tidak mahu memberi ujian air kencing tetapi sebenarnya dia baru kencing.

    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"

    | posted in | 0 comments [ More ]

    LAINLAH KALAU SUDAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN



    "Pemimpin yang akan diadili dahulu.
    Lainlah kalau ada yang sudah tidak percayakan Tuhan."

    Masa mula meninggalkan kita. Kita, orang Melayu. Jadi untuk tidak ketinggalan, kita perlu berusaha berlipat kali ganda. Kita perlu memberi tumpuan kepada bidang yang kita ada . Lagipun kita bukan ada kekuatan dalam semua bidang.

    Contohnya bidang pembinaan. Dengan lebih kurang 40,000 kontraktor kelas F, apa yang boleh kita katakan? Kalau ada beberapa kerat dalam kelas A, di mana mereka mendapat bekalan bahan?

    Kita tidak menguasai rantaian bekalan bahan binaan. Harga bahan tidak dapat dikawal selain yang sedia dalam senarai kawalan.

    Kalau ada kenaikan, kos projek juga berubah. Permohonan untuk mengubah kos (variation cost) perlu dibuat dan akhirnya boleh mengurangkan keuntungan.

    Amalan menyerahkan kerja kepada sub kontraktor juga berleluasa, tak tahulah berapa peringkat. Sub kontraktor terakhir mungkin dapat untung sikit sangat jadi dia pula akan “potong sana potong sini”.

    Itu yang membuatkan bumbung roboh, dinding berkulat dan runtuh.

    Kalau kita amati, kita ada kekuatan dalam bidang perkapalan dengan adanya syarikat seperti MISC. Penerbangan — Airod. Minyak dan gas, kewangan, perundingan, motivasi dan jualan langsung.

    Ada syarikat jualan langsung menghebahkan berjaya membentuk beratus jutawan. Dalam bidang kreatif seperti animasi kita juga mula mempunyai kekuatan dengan adanya syarikat Les Copaque dan Lensa. Bidang fesyen pula ramai lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya sebagai pereka terkenal. Begitu juga di bidang pertanian moden.

    Dalam bidang penerbangan kita mempunyai anak-anak muda yang memiliki asas teknikal seperti kejuruteraan. Mereka boleh dilatih untuk menjadi pembantu yang lebih cekap dan mahir. Ramai yang berpengalaman ini diambil bekerja oleh syarikat-syarikat antarabangsa.

    Industri penyenggaraan di Asia Barat juga lebih gemar menggajikan orang kita daripada Barat kerana pekerja Barat mahu bayaran berlipat ganda.

    Dengan adanya asas yang kukuh, bidang-bidang ini boleh dijadikan nukleus untuk melipatgandakan penguasaan kita. Mungkin ada bidang yang memerlukan sedikit bimbingan lanjutan dan ia boleh didapati dengan membawa masuk teknologi luar.

    Sekian lama kita memberikan tumpuan kepada penguasaan ekuiti dan ia bukan sesuatu yang kita boleh menang.

    Sebabnya kita banyak bergantung kepada agensi kerajaan untuk menyumbang ke arah penguasaan angka yang lebih besar. Sedangkan bangsa lain perkembangannya semakin meningkat. Daripada penguasaan individu ke tahap lebih tinggi dan daripada suatu bidang ke bidang lain.

    Kalau kita perhatikan, dalam apa jua bidang yang memperlihatkan kekuatan, mereka mempunyai sistem. Sistem beginilah yang diperlukan oleh petani dan nelayan mereka. Tanpa sebarang sistem, sesuatu keadaan tidak dapat dikawal dan nelayan atau petani tadi akan terus duduk dalam kitaran yang mengancam.

    Tahun baru azam baru. 2010 menjanjikan jutaan harapan kepada rakyat Malaysia. Kerangka Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah contoh keterbukaan kerajaan.

    Tahun depan juga menjanjikan permulaan kepada Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan menyusun semula struktur ekonomi supaya tidak ketinggalan dalam persaingan. Kedudukan kita yang ke-24 untuk tahun lalu bukan boleh dibanggakan.

    Selaku negara yang ingin mencapai taraf perindustrian sepenuhnya, kita ingin lari daripada terjerat dengan pendapatan pertengahan. Salah satu ciri MEB ialah peningkatan kepada pendapatan tinggi iaitu dalam lingkungan AS$17,000 (RM57,800) seorang. Ia dua kali ganda daripada sekarang.

    Banyak perkara perlu dilakukan untuk mencapai tahap tersebut. Misalnya kita menuntut pelbagai hab di negara ini. Hab halal, pelancongan perubatan, pendidikan dan pelbagai lagi.

    Hab-hab ini adalah pusat utama gerakan kemajuan. Namun sesuatu bidang perlu dimajukan lagi kerana banyak yang ada kaitan dengan sektor perkhidmatan yang telah diliberalisasikan Julai dahulu.

    Kemelesetan di pasaran saham kita juga memerlukan suntikan fizikal dan semangat. Tidak cukup dengan bertambahnya jumlah syarikat dari China sahaja.

    Langkah kerajaan melepaskan pegangan dalam syarikat GLC supaya meningkat kecairan dalam pasaran dan lebih banyak peluang untuk pelabur sahaja tidak mencukupi. Kita juga perlu menambah tawaran selain daripada ekuiti dalam pasaran. Di sini opsyen stok boleh dipertimbangkan dan juga Dana Dagangan Bursa dalam emas.

    Penjaga jamin yang boleh diminta untuk mempastikan instrumen ini boleh diniagakan mungkin boleh terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera atau PNB sendiri .ETF Emas ini penting kerana 30 peratus daripada dagangan emas dunia berlaku di ETF di bursa dunia.

    Akhir sekali apa jua langkah yang bakal diambil untuk meletakkan kita di persada utama dunia ialah penyelesaian ke atas masalah-masalah yang membelenggu kita seperti jenayah, rasuah serta kerenah birokrasi.

    Kita melihat ke arah KPI yang betul-betul menyediakan “kayu dan carrot” untuk mereka yang betul-betul berjaya diiktiraf dan mereka yang tidak mencapai matlamat mesti dikenakan tindakan sewajarnya.

    Negara kita kaya dengan sumber alam dan ia perlu digembleng supaya mendapat faedah optimum. Tidak guna kalau ada uranium sekali pun jika ia kekal di dalam tanah. Tidak guna bercakap pasal bioteknologi jika tidak memanfaatkannya.

    Kita harap percaturan politik negara tahun depan akan berkurangan dan tumpuan sama-sama diberi untuk meningkatkan kemajuan negara. Ramai ahli politik kita membuktikan kemahiran berpolitik tetapi apakah kos kemahiran mereka itu?

    Bagi orang Islam ingatlah akhirat tetap datang. Hari pembalasan tetap ada. Pemimpin akan diadili dahulu. Lainlah kalau ada yang sudah tidak percayakan Tuhan. [Sumber]

    Nur Aflah tertarik pada perenggan terakhir artikel yang ditulis oleh Dato Salleh Majid ini. Mendalam sungguh maknanya itu bagi mereka yang mahu beringat!


    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"

    | posted in | 0 comments [ More ]

    SELEPAS TUDM, SKANDAL APMM PULA DIDEDAH?



    WALAUPUN diselubungi dengan masalah kerendahan moral dan ketirisan kecekapan anggota, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang difaraidkan Kapal Perang Dunia Kedua masih mahu menunjukkan ‘taring tumpul’ dengan membawa wartawan Sabah ‘belayar sambil menunjukkan aksi’ kehebatan mereka sebagai Penanda Aras Penguasaan global Wilayah Maritim di Malaysia.


    Wartawan yang dibuai keseronokan kerana berpeluang melancong dengan KM Banggi tidak menyedari ‘agenda di sebalik enigma’ APMM yang semakin karam dengan pelbagai masalah dalaman seperti rasuah dan salahgunakuasa yang menjerut imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah Perdana Menteri disanggah dengan kes kehilangan engine jet ketika menjadi Menteri Pertahanan.


    Ketua Penguatkuasa APMM, Laksamana Pertama Kapten Mohd Taha dan Pengarah Operasi Wilayah Kapten Amir Azhua, tanpa sedar telah menyalahgunakuasa membazirkan wang awam semata-mata untuk membina hijab yang menghalang wartawan menghidu kejalangan yang mereka lakukan selama ini.


    APMM yang mempunyai cita-cita menggunung tetapi dikekang anggota kurang kekompetensi kerana tidak mempunyai komitmen dan kekurangan semangat patriotik disebabkan sudah berkarat jiwa ketika berkhidmat dengan TLDM sebelum ‘dijual’ kepada APMM secara borong atau lambak.


    Bagaikan membenamkan paku ke leher Pontianak, laporan Sabahkini.net membuktikan bahawa hampir semua pegawai yang tidak berdisiplin diwariskan kepada APMM menanam sikap buruk dan amalan keji yang membudayakan rasuah dan gejala songsang di dalam kapal yang menghirup wang rakyat.


    Lt Madya Mohd Khair Baharom dan Bintara Muda Tadza adalah dua contoh personel berlainan pangkat dalam APMM tetapi daripada spesis yang sama kerana mempunyai ‘dua personaliti’; sebagai pegawai awam di suatu masa dan sebagai pengedar dan penagih dadah dalam masa yang sama.


    Memandangkan dua personel ini telah dicekup Anti Narkotik PDRM dan demi untuk ‘cover-up’ isu yang boleh mencemar imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipertanggung jawab menjaga agensi penguatkuasa ini, maka APMM Sabah bukan sahaja memindahkan dua fail sulit personel ini ke Putrajaya, malah menukarkan mereka jauh daripada Sabah untuk menutup mulut dan memadam bukti yang ada pada mereka.


    Bintara Muda Tadza Mustafa misalnya adalah ‘harta yang paling bernilai’ bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ingin membongkar Skandal Seks, rasuah dan salahgunakuasa dalam APMM yang melibatkan hampir tiga perempat personel APMM.


    Tadza tahu siapa yang terlibat melanggan ‘GRO’ dan membawa ‘Bohsia’ masuk ke dalam Kapal KM Banggi semasa penyelenggaraan yang menelan belanja RM25 juta di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar.


    Tadza juga tahu kenapa Pegawai Komander KM Banggi, Vincent Rajamoney ditukar ke Putrajaya serta merta dan kenapa isteri Bintara Muda Tarmizi datang berjumpa suaminya di KM Banggi kerana Tarmizi berkahwin mengejut dengan seorang GRO yang selama ini melayan Tarmizi di atas kapal APMM berkenaan.  


    Ketika KM Banggi diselenggara di Kota Kinabalu, hampir kesemua personel  kapal berkenaan asyik berseronok dengan pelacur atau GRO sehingga tiada pegawai yang menjaga kerja-kerja penyelenggaraan; namun Tadza adalah Kunci yang menyimpan rahsia  semua kejalangan yang dilakukan oleh Pegawai APMM di atas Kapal Banggi secara tepat.


    Akibatnya, seorang Pegawai kontrak APMM yang selama ini jujur seperti Tarmizi  sanggup berlaku curang di belakang isteri dan terjebak dengan cinta tiga segi dan pelbagai kegiatan jenayah lain yang mencemar maruahnya.


    Mungkin wartawan dan rakyat kebanyakan tidak mengetahui kos sebenar perbelanjaan KM Banggi bagi setiap pelayaran; apatah lagi ianya terlalu mahal kerana mempunyai 72 krew dan menggunakan minyak lebih RM100,000, tidak termasuk bekalan makanan RM15,000 bagi setiap pelayaran yang dilakukan dalam tempoh dua minggu sekali.


    KM Banggi yang dipatenkan atau diwar-warkan sebagai kapal tercanggih APMM hanya gah pada nama, namun apabila rapat ke jeti akan bertukar menjadi Pusat Pelacuran kerana Bintara Muda Tadza Mustafa membawa pelacur untuk memuaskan nafsu anak-anak kapal; menjadi Pusat Perjudian, Pusat Arak dan Penagihan Dadah tanpa kawalan.


    Menurut sumber dalaman KM Banggi, Tadza sering membawa antara sepuluh hingga dua puluh lima orang pelacur untuk memuaskan nafsu anak kapal KM Banggi secara ‘bergotong royong’ terutama yang mengalami penagihan syabu dan memerlukan wanita untuk melampiaskan gian mereka seminggu selepas mengambil syabu.


    Walaupun Tadza mengalami masalah ‘Facial Paralysis’ akibat pengambilan syabu secara berlebihan, namun beliau tidak pernah diarah untuk menjalani ujian air kencing kerana menjadi saksi mata kepada segala kejalangan yang berlaku di atas Kapal KM Banggi. 


    Sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan Tadza sebagai saksi utama untuk membongkar segala Skandal Rasuah terutama penyeludupan minyak diesel melalui KM Berani dan KM Ikhlas kerana Tadza terlalu penakut walaupun bertubuh besar dan mudah memberikan bukti jika tertekan kerana gian dadah. Sebagai ‘Mat Gian’ Tadza sanggup menjual kawan untuk menyelamatkan dirinya.


    “Dia dan Khair mengetahui segala-galanya dan menjadi saksi mata kepada kejalangan yang dilakukan oleh pasukan APMM, terutama kes penyeludupan minyak diesel. Pasal itu dia ditukar segera ke APMM Langkawi dan Khiar ke Kuala Perlis bagi menutup kes Syabu yang dilakukan Khair,” ujar ‘Deep Throat’ APMM di Kota Kinabalu yang bimbang kedua saksi mata ini akan dilenyapkan bagi melupuskan bukti.


    Dalam pada itu, mesyuarat pegawai APMM Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan isu yang dilaporkan Sabahkini.net kerana tidak ada pegawai yang berani mengesyorkan sesuatu. Kesemua pegawai yang menghadiri mesyuarat berkenaan melahirkan kebimbangan akan berlaku rombakan dalam APMM kerana isu dadah, pelacuran dan penyeludupan minyak diesel yang disifatkan telah mencemarkan imej APMM.


    Menurut ‘Deep Throat’ APMM lagi, Pengarah Pentadbiran APMM Sabah, Nurlianeh yang sudah mendapat bayangan akan ditukarkan segera ke Semenanjung Malaysia, cuba menggunakan beberapa wartawan dan kabel yang dipercayai untuk berunding dan menyelesaikan isu ini secara saksama dengan Editor Sabahkini.net bagi membersihkan namanya kerana bimbang jika mengheret Sabahkini.net ke mahkamah akan menyerlahkan apa yang disorok selama ini.


    Lebih melucukan, Pengarah APMM Sabah, telah menyalahguna kuasanya membawa wartawan belayar dengan kapal APMM untuk membuktikan kehebatan APMM yang menggunakan kapal perang dunia kedua dan dakwaan Sabahkini.net meleset.


    Namun amat menghairankan kenapa wartawan tidak di bawa ke Kapal KM Berani dan KM Ikhlas yang didakwa menyeludup minyak diesel milik APMM dan hanya menggunakan KM Banggi yang sebelum ini menjadi Agen Penyeludupan Syabu dan Pusat Pelacuran?.


    Sementara itu, Editor Sabahkini.net yang berbulan madu di Langkawi melaporkan beberapa kelibat anggota APMM dan Risik APMM sedang memperhatikan gerak-gerinya dan terpaksa memendekkan percutiannya setelah merasa terganggu dengan kehadiran ramai pegawai APMM yang mengambil gambar daripada jauh dan sentiasa mengekorinya.


    Seorang anggota APMM yang bertubuh gempal dipercayai Tadza sedang memeriksa semua Chalet dan hotel untuk mengesan jejak Editor Sabahkini.net di Langkawi, namun gagal mengesan Editor Sabahkini.net yang dihubunginya baru-baru ini yang terpaksa bermalam di dalam bot laju sebelum berangkat ke suatu arah yang belum diketahui.


    Bagaimanapun, dipercayai Editor berkenaan masih berada di Langkawi dan sedang menjalankan siasatan latar belakang Tadza dan Khair yang dipercayai berada di Kuala Lumpur kerana ingin membongkar enigma yang selama ini disimpan rapi APMM.


    Wartawan Sabahkini.net akan terus membongkar Skandal APMM sehingga SPRM menjalankan siasatan rapi dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sebagaimana kejayaan beberapa siri pembongkaran sebelum ini.


    "Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"

    | posted in | 15 comments [ More ]
    Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

    Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

    Klik sini dapat duit! Biar betik?

    "Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

    KALIMAH ALLAH