Saya tak suka sangat berspekulasi.
Ya, memang benar harga baru petrol akan berkuatkuasa 1 Mei 2010. Tapi, berapa harganya nanti?
Kata kawan saya, harga baru Petrol Ron 97 tanpa subsidi akan naik kepada RM 3.00 seliter.
“Biar betik? Mahal tu..” kata saya.
Kata kawan saya lagi, jangan takut sebab subsidi masih ada. Hanya mereka yang pakai kereta mewah sahaja yang kena bayar harga baru itu. Mereka yang gunakan kereta 2000cc ke bawah akan dapat subsidi.
“Kalau macam tu, kenapa pulak nak kena pakai MyKad masa nak beli petrol? Kan Pump Cashier leh tengok je kereta apa yang kita bawa?” tanya saya.
“MyKad tu gunanya untuk merekodkan data pelanggan yang boleh membeli petrol dengan harga subsidi. Hanya mereka yang layak sahaja akan dapat subsidi. Mereka yang tidak layak akan ditendang oleh sistem yang sedang dibangunkan itu.”
“Macam mana kita nak tahu kita layak ke tidak dapat subsidi?”
“Data LHDN dan KWSP akan digunakan untuk menentukan pendapatan seseorang. Mereka yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi nilai tertentu akan secara automatik tidak layak menjadi penerima subsidi biarpun dia menggunakan kereta bawah 2000cc.”
“Kalau ada bos besar yang suruh drivernya pergi isi petrol, macam mana?”
“Tak dapat subsidilah.. sebab minyak tu akan dituang ke kereta besar.”
“Tapi harga baru RM 3.00 macam tak masuk akal je?”
“Malaysia Boleh maa..”






on January 20, 2010 3:35 PM
lor ye ke...giler mahal rm3.00 ...
on January 20, 2010 4:18 PM
rege 1 malaysia.. malaysia semua boleh!!
on January 21, 2010 3:35 PM
Kalo orang pencen oku korjo sendiri buroh kontrak,tak do EPF income tax macam mano yo
on January 23, 2010 9:20 PM
Pada pendapat saya adalah tidak adil sekiranya warga yang berpendapatan tinggi tidak mendapat subsidi, kerana mereka telah membelanjakan banyak wang ringgit untuk membayar "INCOME TAX" dan kerajaan juga dah mula mewajibkan "Govt Tax" kepada pemilik kad kredit dan seterusnya .....coming soon GST. Jangan salahkan KERAJAAN, sebenarnya kita yang bersalah MEMILIH KERAJAAN.Lu Fikirlah Sendiri
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back