Hari ini, ramai sungguh yang kecoh hal Aduka Taruna tapi lupa nak menyelitkan isu sama yang pernah berlaku di Terengganu pada bulan Mac 2008.
Pada waktu itu, berita NTV7 menyiarkan berita penyokong Idris Jusoh menyanggah keputusan Sultan Mirzan kerana tidak menerima Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.
Banyak sepanduk yang dibawa menghina Sultan Terengganu.
Antara sepanduk yang paling ganas berbunyi begini:
“KAMI NAK DERIS NATANG”
Saya percaya, berjuta penonton berita NTV7 yang melihat insiden itu dan beribu-ribu lagi telah menyaksikan ulangtayang berita itu di media internet.
Hari ini, ada pula penyokong PAS yang kata Dewan Pemuda PAS lebih prihatinkan isu Aduka daripada isu yang berlaku di Terengganu itu.
Saya fikir mereka juga sudah lupa.
Pada 25 Mac 2008, Ketua Pemuda PAS pada waktu itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengutuk perbuatan itu dan melaporkan perbuatan itu pada pihak polis.
Kalau tak caya, sila rujuk video di bawah:
Tapi sehingga kini, saya tak tahu apa sudah jadi dengan laporan itu. Ada atau tidak pihak yang didakwa, itu kena tanya pihak polis lah..
Bila Aduka Taruna sanggup mengaku buat salah, saya kata nasi dah jadi bubur [baca kat sini]. Dia kena hadapilah apa jua tindakan yang bakal dikenakan pada dirinya biarpun dia sudah meminta maaf.
Tapi jangan lupa, Idris Jusoh pun pernah mengaku buat salah pada Sultan Terengganu atas apa yang telah berlaku. Dia pun dah minta maaf dan kalau tak percaya, boleh rujuk video kat bawah ni:
Pendek cerita, kalau kita betul-betul ikhlas mahu memertabatkan institusi Raja di negara ini, sesiapa jua yang melakukan kesalahan yang serupa hendaklah didakwa dan dihukum dengan seadil-adilnya.
Tidak kiralah dia orang PAS ke, orang UMNO ke, orang PKR ke, orang DAP ke atau orang tak berparti ke, yang buat salah kenalah didakwa dan dihukum. Jadi, takkan ada lagi lah apa yang dikata sebagai hipokrit, berat sebelah atau pendakwaan terpilih.
Nota: Ada lagi blog yang menghina Almarhum Sultan Johor dan agama Islam. Itu akan saya tulis dalam entri yang lain. Buat semua, fikirkanlah dulu apa yang telah saya catatkan dalam entri ini.







on January 26, 2010 9:04 AM
Undang2 dunia ada lah undang2 keselesaan manusia itu sendiri..boleh di ubah..ketepikan mengikut cita rasa atau pengaruh kedudukan sesaorang...dgn special immunity..di sokong oleh pengikut yg ada atau akan memperolehi kepentingan diri...walau kita dah bertahmadun ..keadaan tetap sama..
on January 26, 2010 9:05 AM
Akum, suruh amNO rebus kain rentang tu minum airnya biar cerdik sikit...
on January 26, 2010 8:31 PM
Puak2 UMNO ni lah yang sebenarnya mengajar orang menjadi BIADAP terhdapap institusi raja..
Bodo..
on January 26, 2010 9:27 PM
Salam, bagus dedahkan lagi, buat PDRM, biar adil dalam setiap tindakan.
on January 27, 2010 1:28 AM
CAMANA LAH TAK KECOH:
Kalo bangsa melayu sendiri boleh tengok bangsa asing porak perandakan hak keistimewaan raja-raja melayu,tak cukup mempertikaikan hak orang melayu,tetapi memalukam dengan menyaman sultan seperti terjadi di perak.
11/12/2009 3:31pm
bukti:
KUALA LUMPUR 11 Dis 08. - Peguam Karpal Singh dalam sidang akhbarnya ada menyebut bahawa tindakan mahkamah akan diambil terhadap Sultan Perak dan kerajaan baru sekiranya majlis mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak diteruskan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
tak sedikit pun rasa kecut:
tinggal kat tanah melayu..membesarpun kat tanh melayu, dapat pendidikan awal pun di iktiraf oleh kerajaan melayu,menggunakan pertuturan pun bahasa melayu,membesar pun dengan senario orang-orang melayu..dah lama sangat nak tikam melayu dari belakang..
sebab:
1) tidak menghiraukan perintah raja,dan mengeluarkan kata kata kesat..
2) huru-harakan kepercayaan setiap org melayu dengan mengugat kekebalan raja.
3) orng melayu yg buta sejarah dan pendek akal sahaja menyorak manakala parti yg lemah hanya bergantung dan mengharapkan ehsan bangsa parti lain,untuk menundukkan kekebalan raja-raja melayu.
4) melayu memang tak puas-puas dihina,diperkotakkatikan lagi dengan tidak menghiraukan hak keistimewaan orang-orang melayu.
Apakah isi-isi diatas ini masih lagi kurang untuk menyedarkan melayu tentang hak keistimewaan dan kuasa-kuasa raja-raja melayu.saudara-saudara seperjuanganku, tolong buka alamat ini dan amatilah dengan tenang.jangan memalukan diri dengan menconteng yg bukan2.
http://abdulhalimramli.blogspot.com/2009/08/isu-hak-kerakyatan-respons-antara-kaum.html
saudara-saudari seperjuangan ku,
petikan di atas:
Tapi jangan lupa, Idris Jusoh pun pernah mengaku buat salah pada Sultan Terengganu atas apa yang telah berlaku. Dia pun dah minta maaf dan kalau tak percaya, boleh rujuk you tube.
"jika berbuat salah segeralah meminta maaf..ketika dia masih hidup...."
"jika berbuat salah pada mereka yang sudah tiada, bergantunglah pada siwaris untuk memaafkan atau tidak...berani buat..berani tanggung..semoga menjadi iktibar untuk blogger yg lain..
hit:utk para komen yg buta perkataan,tolong berisalam biar penuh,atau assalam..sila rujuk semula kepada guru mana yg ajar berisalam ye seperti, a`kum? salah sama sekali..terima kasih..
dari 642248
on May 26, 2010 12:35 AM
Salam..Memang kecoh bila timbul isu Sultan Perak disaman oleh Karpal Singh..Ramai yg tidak senang dengan tindakan beliau..Byk kedengaran suara-suara yg tidak senang dengan meluahkan pendapat masing-masing..Tetapi ramai yg tidak tahu bahawa Mantan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan(ketika memegang tahta)pernah disaman oleh sebuah institusi kewangan sedikit masa dahulu..Tetapi adakah berita ini dimuatkan dalam media arus perdana?Adakah pemimpin politik diMalaysia memberi reaksi,atau berdemo membantah tindakan saman institusi kewangan tersebut?Atau adakah laporan polis dibuat oleh induvidu2 atau NGO Melayu?Jawapannya tiada!!!KENAPA TIADA? Kerana isu ini tidak melibatkan kepentingan politik UMNO di Negeri Sembilan mahupun Kerajaan BN..Dimana menghilangnya pahlawan2 bangsa yg lantang mempertahankan Institusi Raja?Tunjukkan muka kamu dan dan kumpulkan rakyat2 yg setia,buat rapat umum..Putarkan isu ini di media supaya sekelian rakyat jelata tahu bahawa Institusi raja sedang dicabar..Dimana sikap taat setia kamu terhadap Raja?Apakah apabila ianya melibatkan kepentingan UMNO barulah anak2 muda dikerah,diberi t shirt,dan sepanduk2?Apakah UMNO ikhlas mempertahankan institusi Raja2?Apakah yang menyebabkan Raja boleh disaman?Dahulu raja2 Melayu mempunyai imuniti atau kekebalan dimana mereka tidak boleh diambil tindakan melalui undang2..Tetapi siapakah yang mencabut kekebalan itu sehingga menyebabkan Raja2 kini boleh disaman?Tun Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menarik kembali Imuniti raja2 melalui pindaan perlembagaan pada tahun 1992..Tangan Mantan Perdana Menteri pujaan ramai inilah yang menyebabkan Raja2 kini boleh disaman..Mengapakah tiada demo2 membantah keputusan beliau membuang Imuniti Raja2 pada waktu itu?Kerana beliau pada masa itu adalah Presiden UMNO yang berkuasa dan tindakan presiden tidak boleh dicabar..Kemana perginya kesetiaan org2 UMNO terhadap Raja2 pada ketika itu?Mereka sebenarnya tidak taat dan setia kepada Raja dan apa yg mereka lakukan kini hanya untuk survival UMNO dinegeri2 yg dikuasai mereka..Janganlah cepat mengata org buta sejarah jika anda sendiri yg buta hakikat dan makrifat sebenarnya..Jangan mengajar org untuk mentaati raja sedangkan anda yg menyokong golongan yg dahulu membuat keputusan membuang Imuniti Raja2..Jgn mengatakan bangsa lain tidak tahu menghormati Raja sedangkan pemimpin kamu adalah TOK GURUNYA..Ulasan ini bukan utk mempertahankan tindakan Karpal menyaman Sultan,tetapi menegaskan bahawa Karpal bertindak atas ruang yg dibuka oleh UMNO atas pindaan perlembagaan..Mengapa Imuniti ini tidak diserahkan kembali?Kerana jika imuniti ini dikembalikan,UMNO tidak akan dapat mengumpan org2 Melayu untuk menyokong mereka kerana Raja2 tidak lagi boleh dicabar..Tak usahlah kita meleret-leret hingga mengungkit syarat2 kerakyatan kepada bangsa asing,kerana itu menandakan anda seorang yg tebal dengan sikap perkauman..Ketika BN kuat dan undi2 org2 bukan melayu memihak mereka,adakah pembangkang mengatakan UMNO mengharapkan ehsan bangsa2 lain?Malahan UMNO yg menuduh PAS pelampau agama dan DAP parti perkauman..Tetapi kini setelah BN hilang majoriti 2/3,mereka pula membut tohmahan2 yang berbau perkauman,mempersoalkan kerjasama PAS,KEADILAN dan DAP..Dakwaan2 yg bersifat retorik sebegini tidak layak bersarang dalam pemikiran rakyat hari ini kerana politik kini sudah memasuki era pemikiran yg tidak megira warna kulit,hanya UMNO yg masih terbelit angkara permainan perkauman yg sudah ketinggalan..Usah cuba nak mengajar jika anda memandang rendah daya intelek org lain..lagi satu,usah mengajar org cara memberi salam jika anda sendiri menerpa tanpa lansung memberi salam..Lain kali klu dah selesai taip komen,semak semula kata2 aluan anda,tidak nanti digelar ketam cuba mengajar anak berjalan betul..Wassalam..
on November 14, 2010 3:24 AM
Puak2 UMNO ni lah yang sebenarnya mengajar orang menjadi BIADAP terhdapap institusi raja..
Bodo.. <-- ni pon biadap gak.. mcm pndi sgt.. buat reban ayam ntah reti ntah x..
on May 21, 2011 12:42 AM
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back