Entri ini untuk menjawab beberapa soalan yang hampir serupa yang telah dihantar melalui borang ini.
Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang prihatin dengan artikel yang bertajuk “Gambar AdukaTaruna” yang telah dipaparkan di blog Bagan Utama dan Aduka Taruna.
Sila klik pada imej untuk membesarkannya.
Dalam artikel itu, penulis yang bernama Ali (Bagan Utama) menulis:
Salam satu Malaysia. Entry ini tidak menyokong atau membela aduka. Den cuma nak bagitahu ado mangkuk-mangkuk yang menyebarluaskan gambar aduka di facebook, blog dan tagged. Betul-betul berniat jahat. Itu bukan gambar aduka. Gambar sapo la yang korang pedajalkan tu. Kepada Herman Samsudeen dan NurAflah, sila tarik gambar yang dimaksudkan. Jangan bikin fitnah beb. Jangan buat malu organisasi yang ekau sertai dan ekau sokong. Jangan memalukan orang yang tak bersalah. [Sumber]
1) Saya percaya artikel itu telah dibaca oleh ribuan orang. Maklumlah, blog Aduka kan tengah meletup sekarang.
2) Bila saya mendapat tahu tentang dakwaan penulis itu, saya pun menyemak kembali artikel saya yang berkaitan dengan Aduka Taruna. Hanya gambar Aduka menyerah diri (yang dipetik dari blog Pink Turtle di sini) yang saya muatkan di blog ini. Kalau itu dikatakan fitnah, saya tidak boleh terima kerana Pink Turtle sendiri yang mengiringi Aduka ke balai polis.
3) Untuk mendapatkan kepastian tentang dakwaan itu, maka saya telah bertanyakan terus dakwaan itu kepada penulis tersebut [di sini].
4) Rupa-rupanya, ayat yang berbunyi “Nota: Inikah foto Aduka Taruna?” yang dimuatkan di hujung entri “Kerana pulut dan nila setitik” yang dikatakan fitnah oleh si penulis itu.
"Screen shot" dari blog Nur Aflah
5) Saya tidak berasakan itu adalah fitnah kerana dengan jelas, saya cuma melontarkan pertanyaan pada ayat itu dan bukannya menyatakan itu adalah Aduka Taruna.
6) Persoalannya kini, adakah anda juga merasakan saya telah membuat fitnah kerana penulis itu sendiri tidak berani untuk menjawab soalan saya ATAU adakah anda fikir penulis itu sendiri yang telah memfitnah saya?
Nota: Pendapat anda sangat dialu-alukan. Jika tidak mahu menghantar komen melalui entri ini, sila hantarkan komen anda melalui borang ini.










on January 26, 2010 at 8:30 PM
Mamat Ali ni kena belajar Bahasa Melayu lagi kalau dia orang Melayu. Entah entah spy UMNO...
Jun
on January 26, 2010 at 8:52 PM
Ternyata org yg memprovokasikan cerita ini telah berjaya memecahbelahkan para blogger memperjuangkan keadilan dan perjuangan pakatan rakyat. Tentang kes AT tu biar polis sahaja yg siasat kita tak ada kuasa(autority) dan hak utk membuat penyiasatan.
Kes AT menghina di bawa ke muka pengadilan tapi kes ameno terengganu menghina dianggap tindakan menegak keadilan.
Biarkan sahaja pihak berkuasa memutuskan hukuman yg bakal dianugerahkan pd AT samada ianya adil atau tidak kita beri jawapannya pada PRU 13 nanti. berssabar masanya akan sampai nanti.
on January 26, 2010 at 9:15 PM
haha..
tak la..
asal la lurus bendul sangat...
nuraflah bukan buat fitnah
itu pertanyaan
sebab bile google nama aduka tu
ada kat myspace profile
simple je matter ni
kampung sial diorang2 ni
on January 26, 2010 at 9:24 PM
Kalau ada ada yg link kn URL blog si mamat ni dlm blog masing-masing, keluarkan aje lah. mengarut dia ni, tak de nilai untuk perjuangan PAS.
on January 26, 2010 at 9:58 PM
kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis...benar atau salah kita juga yang mengetahui
on January 26, 2010 at 10:00 PM
kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis...benar atau salah kita juga yang mengetahui
on January 26, 2010 at 10:25 PM
Macam-macam hal sekarang ni. :) Mudah-mudahan niat masing-masing untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta, tidak terpesong.
Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (termasukla saya).
on January 28, 2010 at 12:23 AM
Assalamualaikum saudari... Dari mula terciptanya dunia ni begitulah lumrah manusia.. tidak orang lain tidak juga kita. manusia ni memang suka menyalahkan org lain. saya bukan berkata orang lain.. saya berkata tentang diri saya sendiri juga. Yang mana jika kita setuju, kita akan sokong, puja dan julang.. yang mana tidak kita setuju kita akan bangkang, hina, caci dan keji.
Tidak perlu buang masa saudari untuk menjawab soalan-soalan mereka yang mengeji. biar mereka dgn cara mereka sendiri.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku (Islam) nanti akan ditimpa penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan, bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan umat).”
(Riwayat Hakim)
Wallahualam.
on February 1, 2010 at 7:31 PM
ahaha. aku suka apa ko cakap, betul tu, search dekat google suma dapat jawab, takkan nampak sgt kampungnya..lol
on February 11, 2010 at 3:35 PM
alibagan tu tak suka orang kutuk pas recond, tu puak puak yang suka memperdajalkan dan memfitnah pemimpin pas, maklumat dalam blog alibagan tu direka untuk memecah belahkan jemaah pas, batuapi telah mendedahkan siapa alibagan ni
on April 11, 2010 at 2:14 AM
Salam,
saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi saya bersetuju saudari Nuraflah tidak bermaksud memfitnah kerana ayat tersebut adalah dalam bentuk pertanyaan cuma ada satu penyakit masyarakat kita ini yang kebanyakkannya bila terpandang gambar yang ditunjukkan akan terus membuat spekulasi tanpa berfikir panjang apa yang cuba disampaikan oleh penulis.Secara psikologinya timbul rasa curiga kepada mamat dalam gambar tersebut.Masyarakat akan berfikir; dia atau bukan dalam gambar itu? Dan biasanya orang selalu memilih yang negatif. Jadi jika ternampak mamat ni lalu di depan mata pastilah orang terus berteka-teki...so dah pastilah mamat ni tak selesa jika bukan dia orangnya.Wallahualam..
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back