Assalammualaikum,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli dan pengiklan T-Shirt “ISLAM WILL LEAD MY COUNTRY” di atas sambutan dan kerjasama yang sangat diluar jangkaan.
Snapshot sebahagian tempahan yang telah diterima
Pada mulanya saya menjangkakan akan menerima kurang 50 helai tempahan tapi sehingga 27 Januari 2010, hampir 400 helai T-Shirt tersebut telah ditempah, samada dari pembeli persendirian ataupun pembelian secara borong. Malah ada juga tempahan yang diterima dari pelajar di luar negara.
Tempahan yang diluar jangkaan ini telah membuatkan saya dan pihak pencetak terpaksa beberapa kali menggubah senarai saiz baju untuk membolehkan semua tempahan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Untuk itu, semua penghantaran T-Shirt yang ditempah dari 1 - 31 Januari 2010 akan cuba dilakukan dalam minggu ini juga dan T-Shirt tersebut akan diposkan kepada pembeli dan pengiklan selewat-lewatnya jumaat ini.
Penghantaran akan dimulakan daripada pembeli yang terawal dan seterusnya.
Sekian, harap maklum.
Yang benar,
Nur Aflah
Nota: Saya telah mencetak 500 helai T-Shirt tersebut dalam pelbagai saiz. Mereka yang membeli@menempah dalam minggu ini akan menerima T-Shirt tersebut pada minggu hadapan jika tiada masalah saiz baju.








on February 1, 2010 4:19 PM
Syabas dan tahniah atas sambutan dari pembeli. Teruskan usaha, dimana ada usaha di situ ada hasilnya.
Insyallah, Allah SWT sentiasa bersama orang2 yang berusaha.
Selamat Maju Jaya.
on February 1, 2010 5:15 PM
TQ nur..
on February 1, 2010 5:51 PM
harap bukan sekadar beli tapi praktik sekali
on February 1, 2010 7:28 PM
cantik2...mcm mana nak beli eh, berapa harga
on February 1, 2010 9:08 PM
yeyeye sy dapat baju tak? heheh kalau ada nak promote pape bagitau lagi lah... ek... :)
on February 2, 2010 11:17 PM
wah, sambutan begitu meriah...bestnya...bangga saya jd peserta contest atau pengiklan
on February 3, 2010 9:17 AM
tahniah aflah..semoga bertambah maju amiin
on March 1, 2010 11:57 AM
available lagi tak?
on March 14, 2010 8:38 PM
jutaones masih belum terima..dah komen kat fb..nak contact number tak ada..
on May 13, 2010 5:33 AM
Apa kata sambil beli T-shirt sambil melabur duit. Hanya di http://taglinetees.blogspot.com/
on August 28, 2010 9:31 PM
salam.. tempahan masih dibuka tak?
siti.khairiah@yahoo.com
Post a Comment
Salam,
Ruangan komen di blog kini dibuka kepada sesiapa sahaja termasuk anonymous. Bagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana komen yang dihantar ke laman blog ini.
Wassalam..
Nota: Komen yang berbaur lucah atau mempunyai unsur pengiklanan akan dipadamkan.
Link me back