Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya bagi pihak Puan Aflah ingin memaklumkan semua pesanan t-shirt "Islam Will Lead My Country" telah diposkan kepada semua pembeli & pengiklan melalui Khidmat POS LAJU. Pesanan dijangka sampai selewat-lewatnya hari Rabu & Khamis minggu hadapan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik di sini.
************************
Puan Aflah kini sedang bercuti untuk bersama keluarganya bagi menjaga neneknya yang sedang sakit kuat dan merayakan perayaan Tahun Baru Cina.
Beliau ingin menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung blog ini yang turut merayakannya.
Sekian,
Ayue


Assalammualaikum,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli dan pengiklan T-Shirt “ISLAM WILL LEAD MY COUNTRY” di atas sambutan dan kerjasama yang sangat diluar jangkaan.
Pada mulanya saya menjangkakan akan menerima kurang 50 helai tempahan tapi sehingga 27 Januari 2010, hampir 400 helai T-Shirt tersebut telah ditempah, samada dari pembeli persendirian ataupun pembelian secara borong. Malah ada juga tempahan yang diterima dari pelajar di luar negara.
Tempahan yang diluar jangkaan ini telah membuatkan saya dan pihak pencetak terpaksa beberapa kali menggubah senarai saiz baju untuk membolehkan semua tempahan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Untuk itu, semua penghantaran T-Shirt yang ditempah dari 1 - 31 Januari 2010 akan cuba dilakukan dalam minggu ini juga dan T-Shirt tersebut akan diposkan kepada pembeli dan pengiklan selewat-lewatnya jumaat ini.
Penghantaran akan dimulakan daripada pembeli yang terawal dan seterusnya.
Sekian, harap maklum.
Yang benar,
Nur Aflah
Nota: Saya telah mencetak 500 helai T-Shirt tersebut dalam pelbagai saiz. Mereka yang membeli@menempah dalam minggu ini akan menerima T-Shirt tersebut pada minggu hadapan jika tiada masalah saiz baju.


Pesan Tok Guru,
“Kat akhirat nanti, duit pitih tak laku, emas perak tak laku… yang laku cuma pahala. Kalau mu nak senang kat akhirat nanti, mu kena cari pahala banyak-banyak kat atas muka bumi ni..”
Jadi, [kat sini] ada lobang baik untuk buat pahala.


Entri ini untuk menjawab beberapa soalan yang hampir serupa yang telah dihantar melalui borang ini.
Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang prihatin dengan artikel yang bertajuk “Gambar AdukaTaruna” yang telah dipaparkan di blog Bagan Utama dan Aduka Taruna.
Dalam artikel itu, penulis yang bernama Ali (Bagan Utama) menulis:
Salam satu Malaysia. Entry ini tidak menyokong atau membela aduka. Den cuma nak bagitahu ado mangkuk-mangkuk yang menyebarluaskan gambar aduka di facebook, blog dan tagged. Betul-betul berniat jahat. Itu bukan gambar aduka. Gambar sapo la yang korang pedajalkan tu. Kepada Herman Samsudeen dan NurAflah, sila tarik gambar yang dimaksudkan. Jangan bikin fitnah beb. Jangan buat malu organisasi yang ekau sertai dan ekau sokong. Jangan memalukan orang yang tak bersalah. [Sumber]
1) Saya percaya artikel itu telah dibaca oleh ribuan orang. Maklumlah, blog Aduka kan tengah meletup sekarang.
2) Bila saya mendapat tahu tentang dakwaan penulis itu, saya pun menyemak kembali artikel saya yang berkaitan dengan Aduka Taruna. Hanya gambar Aduka menyerah diri (yang dipetik dari blog Pink Turtle di sini) yang saya muatkan di blog ini. Kalau itu dikatakan fitnah, saya tidak boleh terima kerana Pink Turtle sendiri yang mengiringi Aduka ke balai polis.
3) Untuk mendapatkan kepastian tentang dakwaan itu, maka saya telah bertanyakan terus dakwaan itu kepada penulis tersebut [di sini].
4) Rupa-rupanya, ayat yang berbunyi “Nota: Inikah foto Aduka Taruna?” yang dimuatkan di hujung entri “Kerana pulut dan nila setitik” yang dikatakan fitnah oleh si penulis itu.
5) Saya tidak berasakan itu adalah fitnah kerana dengan jelas, saya cuma melontarkan pertanyaan pada ayat itu dan bukannya menyatakan itu adalah Aduka Taruna.
6) Persoalannya kini, adakah anda juga merasakan saya telah membuat fitnah kerana penulis itu sendiri tidak berani untuk menjawab soalan saya ATAU adakah anda fikir penulis itu sendiri yang telah memfitnah saya?
Nota: Pendapat anda sangat dialu-alukan. Jika tidak mahu menghantar komen melalui entri ini, sila hantarkan komen anda melalui borang ini.





















