| Mobile| RSS

SEKARANG BARU DIA TAHU!


Semalam, Menteri Kerja Raya mengumumkan kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa Ahad ini sebagai mematuhi terma perjanjian di antara kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Selepas pengumuman itu dibuat, Pak Lah yang kini berada di Thailand terus mengarahkan kabinet mengkaji semula kenaikan itu. Kata Pak Lah, kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Kegusaran dan kemarahan rakyat lega seketika bila mendengar Pak Lah berkata begitu.

Menurut beberapa laporan media, keputusan untuk menaikkan kadar tol sudahpun dipersetujui oleh kabinet sejak 2 minggu lalu. Baru semalam ianya diumumkan oleh Menteri Kerja Raya.

Lalu persoalan yang bermain sekarang, adakah Pak Lah memang tahu atau memang tidak tahu langsung dengan keputusan kabinet yang sudah dibuat 2 minggu sudah?

Jawapannya, tentulah Pak Lah sudah tahu. Takkanlah seorang Perdana Menteri tidak tahu langsung dengan keputusan yang dibuat oleh kabinetnya walaupun beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat kabinetnya. Tentu ada minit mesyuarat atau laporan yang boleh dibacanya.

Yang peliknya, jika Pak Lah sudah tahu, kenapa tiba-tiba pula Pak Lah tidak bersetuju?

Adakah kerana Pak Lah bakal tidak berjawatan tidak lama lagi mula memikirkan beban yang terpaksa ditanggungnya seperti kata Dato Seri Azmi Khalid pada Kosmo Online, dulu masa saya jadi menteri tak pernah bayar tol. Tapi sekarang, saya sering ke Kuala Lumpur dan memang terasa bebannya.

Kalau nak dengar ulasan Menteri Kerja Raya memang menyakitkan hati. Katanya, kenaikan terbaru itu terlalu kecil jumlahnya.

Pada seorang Menteri yang tidak perlu membayar tol, memanglah tidak terasa apa-apa. Tapi bagi seorang rakyat biasa, ianya terlalu besar dan akan membebankan. Lagipun, sudah menjadi kebiasaan, bila tol naik, harga barang lain pun akan naik.

Sejak perjanjian konsesi lebuhraya didedahkan kepada umum, rakyat sudah mengetahui betapa untungnya menjadi usahawan tol. Di Malaysia, ada satu perniagaan yang boleh menjamin anda mencapai keuntungan setiap tahun iaitu dengan menjadi peniaga tol.

Kalau tak percaya, [baca di sini].

Lepas tu, baca [yang ini] pulak.

Nur Aflah : Siapa penasihat baru Pak Lah? Tindakan Pak Lah kini tidak lagi seperti dahulu. Contohnya, bila Utusan lapor Kerajaan Pulau Pinang tubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama, Pak Lah tak percaya pun. Katanya, dia mahu baca dan teliti dokumen tu dulu. Dan sekarang ni, bila tol dinaikkan, Pak Lah minta kabinet kaji semula? Hmm.. ada apa-apa ke?


Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 5 comments [ More ]

KERANA MULUT KARPAL, PEMUDA UMNO TERASA...

Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.
Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Berlaku kekecohan

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara).

Mereka juga kemudiannya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggota Pemuda Umno itu.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Sidang akhbar Khairy

Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini.

Khairy berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," Khairy.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertama kali berlaku di Parlimen.

Katanya, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat perkara itu dan berjanji akan memastikan parkara itu tidak berulang.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing memberitahu pemberita bahawa kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit, telah ditahan oleh polis Bukit Aman.

Bagaimanapun, ini dapat disahkan dengan pihak polis.

Beliau juga turut memohon maaf kepada Karpal atas kejadian tersebut dan berkata akan meminta Speaker menghad jumlah penyokong parti politik yang dibenar masuk ke Parlimen.

Sumber asal: Malaysiakini


Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in , , | 3 comments [ More ]

ISRAEL AND THE US

Video dari Al-Jazeera untuk renungan semua.





Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 0 comments [ More ]

JANGAN TERPERANJAT JIKA PAS KALAH DI BKT GANTANG!

Jika ada pertandingan, pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April 2009.

Ketika pilihanraya Mac 2008, Allahyarham Roslan Shaharum dari PAS berjaya menewaskan Dato Seri Azim Zabidi yang juga bendahari UMNO dengan majoriti tipis 1,566 undi. Seorang lagi calon yang bertanding, M Morgan dari BEBAS hanya mendapat 872 undi.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pengundi berdaftar dan 40% daripadanya adalah pengundi bukan Melayu. Dalam kebanyakkan jangkaan awal yang dibuat oleh para blogger, PAS dilihat mampu untuk mengekalkan penguasaan mereka di kerusi itu. Bagaimanapun, undi yang bakal diperolehi oleh PAS mungkin akan berkurangan.

Jika krisis perlantikan MB Perak masih berlarutan dan keseluruhan DUN Perak tidak dibubarkan sebelum hari pengundian, PAS dijangka menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kemenangan mereka dan jangan terperanjat jika ada yang menyatakan, PAS mungkin tewas.

Ada beberapa sebab yang boleh membuatkan PAS menghadapi kemungkinan itu:

1) Tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja
Hari pengundian jatuh pada hari Selasa. Pengundi yang berada di luar daerah dijangka tidak dapat pulang bercuti kerana keadaan ekonomi yang kian meleset. Memandangkan kini adalah musim pembuangan pekerja, mengekalkan rekod kedatangan yang bersih adalah lebih utama daripada membuang undi. Berkemungkinan besar, peratusan keluar mengundi hanya 70%.

2) Sokongan kaum Cina boleh merosot
Ketika PRK Kuala Terengganu, undi kaum Cina jelas memihak pada Barisan Nasional. Keadaan yang sama dijangka berulang kerana buat masa ini, kaum Cina lebih mementingkan kedudukan ekonomi mereka. Jika BN berjaya memberikan sesuatu yang menguntungkan mereka, tidak mustahil mereka akan memilih Barisan Nasional.

3) Kemungkinan wujud pengundi hantu
Jika terdapat usaha pihak tertentu untuk menggunakan khidmat pengundi hantu, maka masa sebulan lebih ini boleh digunakan untuk merancang pelbagai strategi. Jika 1,000 pengundi hantu berjaya mengundi pada hari pengundian, jumlah itu sudah cukup untuk menewaskan PAS.

4) Isu Raja
Isu sembah derhaka Nizar dan keinginan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak tentunya akan menjadi strategi utama BN bagi memburukkan imej PAS di mata pengundi Melayu. Jika pengundi muda tidak keluar dan jentera PAS gagal membalas tuduhan itu, tidak mustahil BN akan mendapat sokongan daripada pengundi Melayu.

5) Faktor ekonomi semasa
Jika keadaan ekonomi semasa dijadikan pertimbangan utama para pengundi, kemenangan PAS tidak akan membawa apa-apa makna yang besar pada mereka. Jumlah anggota PR dalam Dewan Rakyat masih sama dan ianya tidak mampu menggugat kerajaan BN di peringkat persekutuan. Bajet mini yang bakal dibentangkan oleh Najib mungkin mampu menarik sokongan pengundi.

6) Kelemahan PKR
Perubahan kerajaan yang berlaku di Perak berpunca dari 2 ADUN PKR. Malah ADUN PKR di Bukit Selambau, Kedah yang meletakan jawatan juga dikaitkan dengan isu moral. Manakala skandal YB Elizabeth dan kes rasuah MB Selangor juga memburukkan lagi imej PKR di mata pengundi. Isu moral yang sedang melanda pemimpin PKR (termasuk kes liwat DS Anwar yang masih belum selesai) boleh mendatangkan implikasi buruk kepada imej PAS di mata pengundi Melayu dan Islam.

7) Peralihan kuasa dalam UMNO
Peralihan kuasa yang berlaku dalam UMNO boleh mendatangkan semangat baru kepada penyokong dan jentera UMNO. Jika di PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, UMNO sedang bergelut dengan masalah dalamannya, kali ini ianya berbeza. Kebanyakan calon yang bertanding pula sudahpun mempunyai kedudukan dalam pentadbiran kerajaan dan risiko untuk UMNO berpecah sokongan mungkin tidak seburuk dahulu.

Bagaimanapun, PAS dijangka mampu mendapat kepercayaan pengundi India kerana krisis yang melanda MIC masih lagi belum reda, pengharaman Hindraf masih dipertikaikan mereka, kes penderaan mendiang A Kugan masih segar dalam ingatan mereka dan keberanian Speaker DUN Perak melawan kerajaan baru BN membangkitkan lagi semangat mereka untuk menjatuhkan BN.

Kesimpulannya, jika keseluruhan DUN Perak tidak dibubarkan dan faktor-faktor di atas diambil-kira, tidak mustahil BN akan menang dengan majoriti tipis.

Apapun, masih terlalu awal untuk membuat analisis yang lebih tepat kerana buat masa ini, krisis di Perak sedang berhadapan dengan 2 kemungkinan yang boleh berlaku iaitu sidang undi tidak percaya ke atas Zambry untuk pembubaran DUN atau pengumuman Darurat.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in , | 13 comments [ More ]

SKANDAL TERBARU KHIR TOYO?

Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.

Sumber asal : Harakah Daily

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 5 comments [ More ]

KERANA SPRM, KERAJAAN MERANA?

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu membuka semula kes rasuah melibatkan pemimpin parti itu yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ketiadaan bukti.

Kenyataan itu keluar dari mulut Pak Lah sendiri selepas SPRM yang jelas lebih berkemampuan daripada Lembaga Displin UMNO masih gagal mencari sebarang bukti kukuh dalam beberapa aduan yang disiasat oleh suruhanjaya itu.

Pendek kata, kalau bot pukat tunda pun tak boleh tangkap ikan besar, tak usahlah nak harap pada nelayan pesisir pantai untuk tangkap ikan besar.

Namun dalam kes rasuah yang disiasat oleh SPRM, ada 2 kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, memang tidak ada rasuah dalam UMNO dan kedua, ada rasuah dalam UMNO tapi tiada bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Jika benar ada rasuah dalam UMNO dan SPRM gagal mencari bukti kukuh, ertinya SPRM masih lagi lemah dan tidak berupaya. Kelemahan ini mesti dikenalpasti dan diatasi secepat mungkin. Jika tidak, SPRM tidak akan menjadi sepertimana yang diharapkan oleh rakyat di negara ini.

Sejak SPRM distruktur semula, rakyat ingin melihat sejauhmana SPRM benar-benar bebas dan mampu menangani kemelut rasuah di negara ini. Dan rakyat di negara ini pula terdiri daripada penyokong BN dan juga penyokong PR.

Setakat ini, beberapa hasil siasatan SPRM dilihat lebih memihak kepada BN. Beberapa kes besar yang dilaporkan oleh PR masih lagi kabur dan belum tahu kesudahannya. Antaranya, laporan Anwar mengenai salah laku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang sudah berbulan lamanya serta aduan rasuah yang melibatkan Najib serta Khir Toyo.

Jika benar tiada kes dalam dakwaan yang dibuat oleh PR, maka SPRM perlu menjelaskan kenapa kes itu perlu ditutup atau tidak perlu disiasat. Rakyat ingin dengar kenapa dan mengapa dan rakyat bukannya nak dengar alasan “tiada bukti sahaja” tanpa penjelasan yang boleh memuaskan hati rakyat.

Contoh yang paling mudah, kalau seorang ibu menyuruh anaknya, “tak boleh beli dan minum coca-cola lagi.”, si anak tentu nak tahu kenapa dan mengapa tidak boleh beli dan minum coca-cola lagi. Kalau si ibu tidak dapat menerangkan dengan jelas tentang suruhannya itu, tentu sahaja si anak tidak akan berpuas hati dan berusaha mencari jawapan daripada sumber lain.

Bukan sesuatu yang mudah untuk SPRM menjelaskan secara terperinci tentang kesemua hasil siasatan mereka. Namun begitu, SPRM boleh memilih kes-kes tertentu yang melibatkan kepentingan negara untuk diberikan penjelasan terperinci.

Rakyat mungkin tidak kisah jika SPRM tidak menjelaskan kes-kes rasuah tepi jalan yang melibatkan RM 5, tapi rakyat sangat berkisah dengan kes-kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit serta pemimpin tertinggi negara.

Selain daripada itu, tempoh sesuatu siasatan SPRM hendaklah tidak melebihi dari tempoh 6 bulan kerana kelewatan SPRM boleh mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi.

Natijahnya nanti, kakitangan SPRM tetap dapat gaji tiap-tiap bulan sampai mati tapi rakyat di negara ini pula terus ‘pening kepala’ mendengar dan memikirkan itu ini. Akhirnya, kerajaan juga yang akan dipersalahkan nanti.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 1 comments [ More ]

TOLAK UMNO BERMAKNA TIDAK PATRIOTIK?


Mungkin ramai yang sempat mengikuti rancangan Hujah yang disiarkan oleh TV9 malam semalam. Ahli panel yang diundang adalah Tan Sri Rahim dan DS Syed Hamid, calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.

Tajuk perbincangan malam tadi adalah “Peralihan kuasa, apa yang berubah?”.

Melihat kepada tajuk perbincangan malam tadi, saya jangkakan isi perbincangan akan menjurus kepada “apa yang akan berubah”, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tan Sri Rahim membuka hujahnya dengan melabelkan golongan muda yang menolak UMNO sebagai tidak patriotik. Padanya, golongan muda sudah lupa pada sejarah dan tidak tahu mengenang jasa UMNO. Ini yang menyebabkan golongan muda menolak UMNO.

Hujah dangkal TS Rahim itu disangkal oleh DS Syed Hamid. Padanya, golongan muda tidak harus dipersalahkan oleh UMNO.

Cara golongan muda berfikir dan mengeluarkan pendapat sudah tidak seperti dahulu. Golongan muda kini sudah ada medium baru seperti internet dan blog untuk menyampaikan pandangan serta kritikan mereka.

Katanya lagi, “biarpun mereka (pengundi muda) mengkritik kita, itu tak semestinya mereka membenci kita atau mereka tidak patriotik,”.

Pandangan DS Syed Hamid itu dipersetujui oleh Dr Mohd Agus yang bertindak sebagai moderator perbincangan itu. Kata Dr Agus, “sejuk sikit hati saya bila dengar Dato Seri kata begitu..”

Ternyata Tan Sri Rahim gagal menjadikan rancangan itu sebagai medium untuk menyampaikan agenda perubahan yang ingin dibawa olehnya jika terpilih sebagai Naib Presiden UMNO yang baru.

Sebaliknya, cara beliau berhujah malam tadi boleh menjarakkan lagi hubungan antara pengundi muda dengan UMNO.

Melabelkan pengundi muda yang menolak UMNO sebagai tidak patriotik adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak wajar diungkapkan pada ketika ini. Ini kerana, pada waktu ini UMNO amat memerlukan sokongan pengundi muda. Masalah UMNO kini berada di saluran 3 dan 4 dan juga tidak mendapat sokongan kaum bukan Melayu.

Masalah ini hanya akan dapat diselesaikan jika barisan kepimpinan UMNO yang baru dapat mengenalpasti sebab-musabab mereka menolak UMNO.

Adakah kerana pengundi muda benci pada rasuah, kronisme dan media perdana yang berat-sebelah, maka mereka harus dilabelkan sebagai tidak patriotik?

Fikir-fikirkanlah…

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

MENATANG SI KATAK


Bukan BN (Barisan Nasional) yang baru sahaja menumbangkan PR (Pakatan Rakyat) di Perak yang akan menguasai pentadbiran negeri Perak. Sebaliknya, negeri Perak kini dikuasai oleh 3 “orang” katak.

Kerajaan BN Perak kini perlu menatang 3 katak itu seperti menatang minyak yang penuh. Jika 3 katak itu tidak berpuas hati dengan kerajaan BN, mereka boleh menumbangkan kerajaan BN pada bila-bila masa sepertimana yang telah mereka lakukan pada kerajaan PR.

Samada BN mahu mengaku atau tidak, kini kerajaan BN Perak perlu mengutamakan ‘kebajikan’ 3 katak itu lebih daripada kebajikan berjuta rakyat Perak. Hatta kalau mereka perlukan sijil sakit sekalipun, mana-mana hospital boleh mengeluarkannya. Tidak perlu beli MC di klinik Kg Baru, seperti kata seorang kawan saya.

Realitinya kini, 2 daripada 3 katak itu sedang berhadapan dengan 16 pertuduhan rasuah di mahkamah. Seorang daripada mereka sudahpun mengaku yang dirinya telah berzina dan kemudiannya menganggap perbuatan itu sama seperti menerima sedekah jariah.

Bayangkan nasib BN nanti jika kedua-duanya didapati bersalah oleh mahkamah? BN terpaksa jua berhadapan dengan pilihanraya kecil. Kalau ditakdirkan BN kalah, ertinya BN hanya memiliki majoriti 1 kerusi. Apakah jaminan yang BN boleh beri yang seorang lagi katak itu nanti (Bekas ADUN DAP) tidak akan beralih sokongan? Atau adakah Adun Bota akan teringat kembali pesanan ibunya dan ingin berhijrah sekali lagi ke PR?

Dan bayangkan juga jika keduanya terlepas dari pertuduhan itu. Rakyat tentunya akan mempercayai dakwaan PR yang menyatakan Najib telah menjanjikan itu dan ini kepada 2 katak itu. Malah si katak itu sendiri telah mengaku berada di Pahang (negeri Najib) dan lebih melucukan, kedua katak itu pula sakit dalam waktu yang sama dan berubat di tempat yang sama ketika kerajaan PR mengumumkan kehilangan mereka berdua.

Tentu sahaja rakyat akan tertanya-tanya, mereka ‘sakit’ apa dan ‘ubat’ apa yang ada di Pahang sehingga mereka mahu ‘menyokong’ BN?

Pernahkah BN memikirkan tentang persepsi rakyat nanti terhadap kebebasan badan kehakiman serta integreti SPRM? Lebih penting lagi, adakah Najib mampu mengubah persepsi buruk yang sedang dihadapinya kini? Jika Pak Lah yang pada awalnya dianggap Mr Clean pun boleh tewas dalam pertarungan persepsi, apakah jaminan yang Najib boleh beri yang dirinya akan menang dalam pertarungan persepsi pada PRU ke 13 nanti?

Jangan lupa! Dua minggu sudah, Koperal Sirul Azhar yang dituduh membunuh Altantuya sudahpun menyatakan yang dirinya hanyalah kambing hitam bagi konspirasi pihak tertentu dalam hujah pembelaannya. Kenyataan itu biarpun belum tentu benar atau salah, namun ianya akan meninggalkan kesan dan parut pada imej Najib sebagai ‘PM in waiting’.

Sebelum ini pun, kehilangan mengejut Bala (bekas penyiasat persendirian Razak Baginda) bersama ahli keluarganya selepas mengubah akuan bersumpahnya terhadap Najib masih lagi menjadi tanda-tanya banyak pihak.

Dari mana Bala mendapat wang sehingga mampu tinggal di luar negara untuk tempoh yang begitu lama dan kenapa Bala terlepas begitu sahaja selepas ‘suka-suka’ membuat dan mengubah akuan bersumpahnya? Sehingga kini, persoalan mana satu akuan bersumpah Bala yang betul dan yang salah masih belum terjawab. SPRM mahupun polis seakan tidak berminat langsung untuk menyiasat kes Bala yang lesap begitu sahaja.

Adakah BN sudah terlupa, antara punca utama rakyat menolak BN pada PRU ke 12 dahulu adalah kerana rakyat tidak berpuas hati dengan kebebasan sistem kehakiman dan juga isu rasuah yang dikaitkan dengan pentadbiran BN.

Jika benar BN sudah sedar tentang perkara ini, mengapa BN rela mengambil risiko yang amat besar bila sanggup bersekongkol dengan 2 orang katak yang sudahpun dibuang oleh PR kerana masalah moral dan etika kepimpinan? Dalam hal ini, BN tidak boleh mempersalahkan rakyat jika mereka menganggap BN sebagai pelindung perasuah dan menilai PR sebagai parti yang tidak mahukan perasuah dalam senarai kepimpinan mereka.

Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh sendiri telah memberi peringatan yang jelas kepada UMNO dan BN. Tindakan mereka menerima sokongan 2 katak itu hanya akan melemahkan lagi imej BN serta menyukarkan lagi agenda perubahan yang cuba dilakukan oleh BN. Peringatan 2 tokoh besar UMNO itu sepatutnya difikirkan secara serius dan mendalam oleh BN jika BN benar-benar mahu mendapatkan kembali sokongan rakyat. Nampaknya kini, BN lebih kemaruk mengambil-alih Perak daripada memikirkan natijah buruk yang bakal diterimanya pada PRU ke 13 nanti.

Ramai penganalisis politik berpendapat, tindakan BN mahu menguasai kerajaan negeri Perak melalui sokongan 3 katak itu adalah perbuatan yang sia-sia dan terlalu gapah. Tindakan itu tidak menguntungkan BN untuk jangkamasa panjang. Memang benar BN berjaya menumbangkan kerajaan PR di Perak, tetapi tindakan itu bolehlah dianggap sebagai menang sorak, kampung tergadai.

BN sepatutnya tidak perlu tergesa-gesa untuk merampas Perak dari tangan PR. BN sepatutnya menyokong tindakan PR yang mahu mengosongkan 2 kerusi katak yang bermasalah itu. Jika pilihanraya kecil diadakan, BN sepatutnya memboikot pilihanraya kecil itu. Alasan kegawatan ekonomi sudah cukup untuk dijadikan hujah bagi mempertahankan tindakan itu.

Sekurang-kurangnya, rakyat akan menghormati BN sebagai parti yang konsisten menolak perbuatan melompat parti. Sekarang ini, jelas sikap BN adalah 2x5 dengan PR berhubung perbuatan melompat parti. Kalau dulu BN mengutuk habis-habisan PR kerana mempromosikan acara lompat katak, kini BN pula yang beria-ia mempertahankan katak-katak.

Biarpun 2 katak itu telah mempersoalkan tindakan PKR yang telah membuang dan menamatkan khidmat mereka, namun ianya gagal mengugat persepsi rakyat terhadap kepimpinan tertinggi PR. Rakyat mengganggap tindakan yang diambil oleh PR adalah sesuatu yang tepat dan memenuhi aspirasi rakyat. Buat apa nak disimpan ADUN yang lebih suka main sorok-sorok daripada melihat periuk rakyat di kawasannya itu berasap atau tidak.

Sekurang-kurangnya, ketegasan yang ditunjukkan PR ini akan menyebabkan pemimpin PR yang lain akan lebih berwaspada dan sentiasa beringat dengan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul oleh mereka. Jika mereka didapati melakukan kesalahan atau tidak beretika, PR tidak akan teragak-agak akan menamatkan khidmat mereka. Pendirian tegas oleh PR ini jelas menguntungkan rakyat.

Misalnya, skandal yang melibatkan Adun PKR (Bukit Selambau) telah diakhiri dengan perletakan jawatannya secara serta-merta. Biarpun cerita bekas ADUN itu diugut pihak tertentu dijadikan alasan oleh kepimpinan PR, namun persepsi rakyat lebih ke arah skandal moral yang sedang dihadapi oleh bekas Exco itu. Apa salahnya jika PR mengaku yang bekas ADUN Selambau itu mempunyai masalah moral dan tidak boleh dipertahankan lagi jika benar bekas ADUN itu terlibat?

Pendirian tegas untuk menolak pemimpin yang ‘bermasalah’ tidak berapa kelihatan pada UMNO dan BN di mana terdapat segelintir pemimpin UMNO dan BN yang masih diberikan tempat biarpun mereka pernah terlibat dalam pelbagai jenis skandal. Misalnya skandal yang melibatkan Muhammad Mohd Taib, Rahim Thamby Chik, Chua Soi Lek dan lain-lain lagi.

Jika UMNO dan BN benar-benar mahu menjenamakan semula parti mereka, pemimpin yang bermasalah perlu disingkirkan serta-merta. Kan orang dulu-dulu dah ajar, jangan biarkan botol nila dekat dengan belanga susu. Kerana setitik sahaja nila, habis rosak susu sebelanga.

Dan kini, ada seorang lagi katak dari Pasir Mas yang dilihat sedang mengintai tempat dalam UMNO. Adakah BN perlu menatang juga katak itu? Tepuk dada, tanya selera…

Nota: Kalau tak faham maksud menatang, boleh semak dalam kamus DBP.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

TEMBERANG MUKHRIZ?

2008 Mukhriz kecam Pak Lah, hari ini mahu dihormati "pemimpin agung"

Kira-kira setahun lalu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilihat sebagai pemimpin lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menggesa segera menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12.

Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli Umno menghormati Perdana Menteri itu sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi, sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

"Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.

"Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal caloncalon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata, adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Beliau berkata, apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

"Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya," katanya.

Malah, Mukhriz yang Exco Pemuda Umno juga pernah menggesa supaya pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan Umno perlu disegerakan sebelum (tarikh awal) pemilihan Umno Disember lalu.

Menurutnya, keputusan pilihan raya kecil Perlimen Permatang Pauh yang berpihak kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Sebelum itu, pelbagai pihak dalam Umno termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mengecam tindakan Mukhriz yang meletakkan syarat agar Abdullah berundur daripada semua jawatan sebelum Julai 2008.

Tegas Hishammuddin, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen dan Exco Pergerakan Pemuda Umno tidak wajar memberikan syarat-syarat sedemikian.

Bagaimanapun, Hishammuddin tetap mengakui bahawa kata dua Mukhriz itu sebagai satu bentuk ancaman kepada parti.

"Proses peralihan kepimpinan parti tidak akan berjalan lancar sekiranya kita meletakkan desakan dan ugutan,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata, sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.

"Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden," katanya.

Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara.

Sementara itu, dalam satu majlis lain di Bentong, Pahang, Mukhriz berharap agar pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan calon Umno untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang akan diadakan pada 7 April nanti.

Pimpinan parti hendaklah membuat pemilihan yang tepat dengan meletakkan calon anak tempatan bagi memenuhi aspirasi para pengundi di DUN berkenaan, katanya.

Sumber: MSTAR

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in , | 2 comments [ More ]

LIHAT SAJA KEPUTUSAN RAKYAT NANTI…


Bila Anwar Ibrahim merancang untuk menggulingkan kerajaan BN melalui acara lompat parti, saya lebih tidak bersetuju daripada bersetuju.

Alasan saya mudah. Jika misi itu berjaya, kerajaan yang bakal dipimpin oleh Anwar itu adalah kerajaan yang lemah dan boleh tumbang pada bila-bila masa. [Anda boleh baca di sini].

Apa yang saya gambarkan itu sudah pun berlaku di Perak. Penyokong Pakatan tentunya tidak pernah menyangka yang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak boleh tumbang sekelip mata. Lebih-lebih lagi bila melihat kepada kemampuan Kerajaan Kelantan yang boleh bertahan dari tahun 2004-2008 dengan majoriti 1 kerusi.

Biarpun sebab-musabab kejatuhan itu sedang hebat diperdebatkan, namun itulah risikonya bila sesebuah kerajaan itu hanya dapat ditubuhkan melalui majoriti mudah yang sangat tipis.

Kenyataannya, kegawatan politik yang berlaku di Perak kini adalah disebabkan oleh permainan orang politik yang bijak menggunakan ‘kebocoran’ yang terdapat dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Kerana keadaan kelam-kabut, maka peraturan dicipta. Dan kerana peraturan juga, kelam-kabut boleh dicipta. Ertinya, selagi peraturan itu dipaksi dan dilahirkan daripada pemikiran manusia, maka peraturan itu tidak akan sempurna sifatnya. Melainkan peraturan yang telah ditetapkan dan datang daripadaNya.

Lihat saja apa yang berlaku di Perak kini. Kerana peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, maka kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengaku yang mereka masih lagi kerajaan yang sah dan Kerajaan BN pula tetap mempertahankan tindakan mereka. Masing-masing ada hujah masing-masing untuk membenarkan tindakan masing-masing.

Apapun, perkara yang lebih utama kini bukannya hujah dari pimpinan Pakatan ataupun pimpinan BN tapi hujah dari rakyat yang amat penting sekali. Apa yang rakyat fikir dan hujahkan kini akan dijelmakan dalam bentuk keputusan ketika pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau nanti.

Jika rakyat terus menolak BN, ertinya BN perlu mengakui kesilapan mereka di Perak dan jika rakyat memilih untuk menolak Pakatan, maka Pakatan perlu mengakui kesilapan mereka di Perak.

Sebagai pemerhati dan peminat politik, saya berasa gembira dengan apa yang telah berlaku di Perak. Krisis yang berlaku di Perak ini akan menjadi ‘kelas terbuka’ untuk pengundi generasi baru seperti saya memahami prinsip & strategi para politikus, amalan perundangan dan perlembagaan serta halatuju politik Malaysia di masa hadapan.

Yang lebih menarik nanti, PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menjadi mahkamah terbuka untuk rakyat menilai tindak-tanduk Pakatan dan Barisan Nasional di Perak.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 3 comments [ More ]

MAAFKAN SAYA!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin memohon berjuta kemaafan kerana menyepi seketika dari menulis dan mengemaskini blog ini. Sepanjang bulan ini hingga April depan, jadual saya begitu padat.

Antara tugas utama yang perlu saya uruskan bulan ini adalah berpindah pejabat, perjanjian urusniaga penerbitan dengan penerbit Indonesia, Kempen Jom Beli Buku Peringkat Sekolah Menengah Negeri Melaka, Projek Amal 2009, Majlis Taklimat & Perlantikan Wakil Pengedar, Majlis Pelancaran Buku Terbaru, Majlis Penyampaian Hadiah untuk Kempen Jom Beli Buku dan Road Show.

Di sebalik kesibukan itu, ianya tidak bermakna saya langsung kalis pada perkembangan politik semasa. Saya masih lagi mengikuti perkembangan semasa melalui khidmat pesanan ringkas yang dijana oleh Bernama dan juga melalui perbincangan bersama dengan kengkawan rapat. Jika ada kelapangan, saya akan menulis dan mengemaskini blog ini. Cuma mungkin tidak sekerap dahulu.

Apapun, terima kasih kepada semua rakan-rakan maya yang sudi bertanyakan khabar dan sokongan dari anda semua amat saya hargai.

Wassalam…

MAKLUMAT LAIN

1) PART-TIMER DIPERLUKAN (LELAKI & WANITA)

Khusus untuk mereka yang tinggal di kawasan Jasin. Kami memerlukan 10 orang pekerja part-timer (5-8 Mac 2009) untuk Karnival Gegar Melaka. Elaun RM 3/jam, makan-minum disediakan, ada insentif khas dan T-Shirt percuma (Anggaran RM 50 sehari).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Ayue (ayue83@gmail.com) dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang baru lepas bersekolah.

2) WAKIL PENGEDAR INDIVIDU

Masih ada kekosongan untuk negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.

3) PROGRAM AMAL 2009

Sehingga 20 Februari 2009, sejumlah RM 290.00 berjaya dikumpulkan melalui blog ini. Terima kasih kepada semua penyumbang dan bagi mereka yang ingin membuat sumbangan, sila klik di sini. Kutipan akan berakhir pada 30 April 2009.

P/S : Terima kasih kepada ‘seseorang’ yang telah membantu saya biarpun tidak dipinta dan pesanan buat Abang Khairi (penderma hati kepada adik Rohit), sila hubungi saya melalui email saya di nuraflah@streamyx.com

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 1 comments [ More ]

NAJIB DAPAT TALIAN HAYAT?


Ulasan Pakar Undang-Undang Negara, Dr. Abdul Aziz Bari [kat sini] salah!

Ulasan Hisham Tukar Tiub [kat sini] salah!

Ulasan MSO [kat sini] salah!

Ulasan Bekas Pengerusi SPR [kat sini] pun salah!

Ulasan saya [kat sini], hampir nak betul tapi salah! Kira salah jugak lah..

Ulasan saya yang hampir betul dalam posting itu :

“3) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR sehingga keputusan kes rasuah mereka diputuskan oleh mahkamah. Jika kedua-duanya didapati bersalah, UMNO mempunyai modal untuk berkempen dalam pilihanraya kecil.”

Ulasan saya yang salah dalam posting itu :

“Kalau 2 bekas ADUN tu bawa kes surat ini ke mahkamah, macam mana?

Mereka akan kalah kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu. Melainkan kalau khidmat hakim HACKS digunakan dalam perbicaraan itu.

Jika hujah “perlembagaan membenarkan rakyat untuk bebas berpersatuan” digunakan, ianya tidak relevan kerana mereka sendiri yang bersetuju dengan butiran surat itu. Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa yang dipaksa dalam kes ini. Tandatangan diturunkan atas kerelaan sendiri. Kalau mereka tidak rela, kenapa mereka tidak membantah sejak Mac 2008 dahulu?”

****************

Nampak gayanya, bukan mahkamah yang tentukan status perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR itu tapi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semacam mengambil-alih tugas mahkamah.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, Pengerusi SPR mengumumkan:

“SPR dengan ini memaklumkan wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang kerusi berkenaan yang telah dikemukakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,"

Biasanya hakim di mahkamah yang biasa berkata “wujud keraguan munasabah”. Tetapi hari ini, satu lagi sejarah baru dicatatkan, SPR pula yang berkata “wujud keraguan”. Cuma tidak ada perkataan munasabah sahaja. Kalau tidak, dah sebiji macam keputusan mahkamah.

Kata Pengerusi SPR lagi,

“ADUN boleh letak jawatan dan menulis kepada Speaker dan memanglah peraturannya Speaker menulis kepada SPR memaklumkan keadaan itu, bukan mengisytiharkan kerusi itu kosong,"

Kelihatannya, kata Pengerusi SPR itu bertentangan dengan kenyataan bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah [di sini] yang menyebut:

Dalam soal mengisytiharkan atau menentukan sama ada sesuatu kerusi itu kosong atau tidak, speaker mempunyai kuasa mutlak untuk memutus dan memaklumkannya kepada pihak SPR.

Katanya, pihak SPR hanya menerima pemakluman dari speaker sahaja sebagai pihak yang berautoriti.

"Dalam soal ini, kuasa speaker lebih besar daripada kuasa seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri sendiri dan kaedah ini menurut perlembagaan dan akta SPR," jelas beliau.

Soalan yang sedang bermain dalam kepala saya sekarang ini adalah :

Adakah Najib dapat talian hayat baru?

Jap. Nak minta panadol kat Uncle Nobisha dulu. Kalau ada idea, nanti sambung lagi. Tak boleh nak buat tuduhan melulu..

Bagi sesiapa yang belum baca posting ini lagi, dijemput dengan segala hormatnya untuk [klik kat sini] dulu.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 16 comments [ More ]

NIKMAT DIKONGSI, SIMPATI DIHULUR…


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Projek amal kami diteruskan lagi tahun ini.

Untuk projek kali, kami telah memilih 5 buah asrama yatim di Negeri Melaka dan kami merancang untuk mendapatkan buku bacaan dan latihan bagi kegunaan mereka, khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Kami juga bercadang untuk menaja yuran tuisyen mereka dan menyediakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet bagi setiap asrama tersebut.

Sekiranya saudara dan saudari berminat untuk bersama-sama kami bagi menjayakan projek amal ini, saudara/i bolehlah menyumbangkan wang tunai (seberapa yang mampu) ke akaun di bawah ini :

NUR AFLAH PUBLISHERS
MAYBANK : 5040-5830-7102

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cheque atau wang pos dengan menggunakan nama NUR AFLAH PUBLISHERS dan sila poskan sumbangan anda ke alamat di bawah:

NUR AFLAH PUBLISHERS
PETI SURAT 392
PEJABAT POS BESAR MELAKA
75760 MELAKA
ATTN : PROJEK AMAL 2009

P/S: Sila emailkan butiran sumbangan saudara/i ke alamat nuraflah@streamyx.com untuk memudahkan pihak kami menguruskan sumbangan tersebut.

Kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih di atas keprihatinan saudara dan saudari.

Sekian, harap maklum.

b/p NUR AFLAH PUBLISHERS

NOTA: Kerjasama saudara/i diperlukan untuk menghebahkan projek ini. Semoga kita sama-sama akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

UMNO MUNGKIN BOIKOT PILIHANRAYA KECIL?


Strategi licik Anwar sudah menjadi [baca kat sini].

Tak usahlah nak pening kepala memikirkan status surat perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR yang telah diumumkan Speaker DUN Perak.

Mereka berdua bukannya tidak tahu tentang kewujudan surat itu kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di negeri Perak.

Yang tidak tahu tentang kewujudan surat itu adalah Najib, Zahid Hamidi dan Abdullah Badawi. Mereka ni langsung tak sedar yang Anwar sedang mengenakan mereka.

Habis tu, kenapa 2 bekas ADUN PKR itu beria-ia menafikan status surat itu dan sanggup membawa kes itu ke mahkamah?

Jawapannya mudah sahaja. Mereka tidak mahu dilihat sebagai ‘alat perancangan’ Anwar. Kalau Najib dah berjanji apa-apa dalam rundingan mereka bertiga, mahu atau tidak mahu, Najib terpaksalah berpegang pada janjinya itu.

Kalau 2 bekas ADUN tu bawa kes surat ini ke mahkamah, macam mana?

Mereka akan kalah kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu. Melainkan kalau khidmat hakim HACKS digunakan dalam perbicaraan itu.

Jika hujah “perlembagaan membenarkan rakyat untuk bebas berpersatuan” digunakan, ianya tidak relevan kerana mereka sendiri yang bersetuju dengan butiran surat itu. Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa yang dipaksa dalam kes ini. Tandatangan diturunkan atas kerelaan sendiri. Kalau mereka tidak rela, kenapa mereka tidak membantah sejak Mac 2008 dahulu?

Jadi, apa pilihan yang ada pada UMNO sekarang ini?

1) Samada suka atau tidak, UMNO dan BN terpaksa mengadap 2 lagi pilihanraya kecil lepas ini. Harapan mereka untuk berjaya memang tipis jika senario politik semasa diambil-kira.

2) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR yang sah dan membawa kes ke Mahkamah untuk menentukan kedudukan mereka dalam PKR. Jika ini berlaku, Anwar akan memecat keahlian mereka dalam PKR dan alasan displin boleh digunakan untuk membenarkan pemecatan itu.

3) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR sehingga keputusan kes rasuah mereka diputuskan oleh mahkamah. Jika kedua-duanya didapati bersalah, UMNO mempunyai modal untuk berkempen dalam pilihanraya kecil. Bagaimanapun, ini akan mengambil masa yang panjang dan Anwar takkan membiarkan perkara ini berlaku.

Daripada 3 pilihan di atas, nampaknya UMNO dan BN tiada pilihan lain melainkan terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil. Apapun, UMNO dan BN kena berpijak di bumi yang nyata. Kekalahan berturutan dalam siri pilihanraya kecil selepas ini boleh menyukarkan lagi usaha mereka untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bahkan nanti, kedudukan Najib sebagai bakal Presiden UMNO dan Pengerusi BN boleh tergugat. Tidak mustahil Najib akan mengalami nasib yang serupa dengan Pak Lah bila Pak Lah dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup segala kelemahan UMNO dan BN ketika PRU ke 12 dahulu.

Tidak mustahil juga nanti, lebih banyak ADUN dan Ahli Parlimen yang akan berhijrah ke Pakatan Rakyat, melainkan UMNO dan BN pun tiru strategi Anwar dengan meminta ahlinya menandatangani surat tidak bertarikh selepas ini.

Mungkin kali ini, UMNO dan BN akan bertindak memboikot pilihanraya kecil itu. Banyak alasan yang boleh digunakan untuk menyokong tindakan mereka seperti kerajaan perlu menumpukan usaha memulihkan ekonomi serta pilihanraya kecil boleh membazirkan wang rakyat.

Realitinya kini, peluang untuk UMNO dan BN merampas kembali Perak sudah terkubur kerana kewujudan surat tanpa bertarikh itu. Jika UMNO dan BN menang sekalipun, Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi.

Kalau UMNO dan BN memilih untuk memboikot pilihanraya kecil itu nanti, mungkin mereka akan menggunakan khidmat calon Bebas. Apapun, keputusan mutlak terletak pada budi-bicara Majlis Tertinggi BN yang bakal menentukan pendirian mereka tidak lama lagi.

Pada pendapat anda? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO dan BN?

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 10 comments [ More ]

BUAT APA DITANYA PADA EZAM...


Agenda Daily menyiarkan komen Ezam tentang kemelut politik yang melanda Perak:

“Itulah permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau seseorang itu tidak berguna lagi padanya, beliau akan tinggalkan," kata Mohd Ezam Mohd Nor ketika diminta pandangannya mengenai surat kosong bertandatangan bagi memerangkap mana-mana pemimpin kerajaan campuran yang nak melompat parti.

Menurut Ezam, ini jelas menunjukkan Ketua Pembangkang itu seorang yang tidak bermoral malah menggunakan ancaman seperti itu bagi menghalang ahlinya lompat parti.

"Jelas beliau merancang semua ini dengan teliti sejak dulu lagi. Inilah sikap buruknya sebagai pemimpin yang kerap menuduh orang lain tidak bermoral tetapi beliau sebenarnya yang tidak bermoral,"

Nur Aflah: Kalau benarlah Ezam berkata begitu, lebih baik Ezam berhenti daripada berkecimpung dalam bidang politik. Ulasan sebegitu hanya berkesan untuk mereka yang tidak tahu apa-apa tentang politik. Bagi mereka yang ‘cerdik’ politik, ulasan itu adalah ulasan sampah yang bukan membantu UMNO tetapi menjatuhkan lagi martabat UMNO. Ezam sudah sepatutnya dibiarkan tinggal dalam kotak-kotaknya.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 3 comments [ More ]

STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM?


DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah.

Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

300 RIBU UNTUK SETIAP ADUN BN DI PERAK


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Perak akan mendapat peruntukan RM300,000 bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing tidak lama lagi.

Mereka juga mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta melalui Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas, khusus bagi meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dan proses pengagihan peruntukan itu sedang dilakukan.

PKR JANGAN NAK BERANGAN, KATA ZAHID


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya berangan jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana tindakan tersebut termasuk penghijrahan sekumpulan ahli UMNO di Bota untuk menyertai PKR hanya bersifat sementara.

Beliau yang baru diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak berkata, cita-cita PKR itu juga tidak akan menjadi kenyataan kerana sokongan rakyat terhadap BN masih lagi kukuh.

"Mereka bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi, itu semua kenyataan politik tetapi tidak melihat kepada realiti,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Siri 1 Jabatan Persekutuan Negeri Perak di Dataran Bukit Gantang di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PKR semakin kukuh di Perak selepas Nasaruddin meninggalkan UMNO dan menyertai parti itu.

Beliau berkata, kumpulan yang meninggalkan UMNO ketika ini adalah penyokong Nasaruddin yang hanya mengikut tindakan beliau menyertai PKR.

"Ini semua bersifat sementara. Penduduk di Bota dan Parit (kawasan Parlimen) sudah rasa dipimpin oleh pembangkang sebelum ini (pilihan raya umum 1999) dan tentunya mereka tidak mahu membayar harga yang mahal sekali lagi," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

NIZAR DAH BOLEH KEMAS PEJABAT?


Dua EXCO PKR telah hilang.

Mereka hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu di mana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada dalam tangan pemimpin Umno.

Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ ke dalam Umno ataupun dihantar ke penjara atas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan dilindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang ke dalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali ke dalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar.

Umno memerlukan Nasruddin kembali ke dalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”


Apa yang berlaku?

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin ke dalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin serta Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali ke dalam Umno, malah telah dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali ke dalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. Tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. Ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

Oleh: Mat Saman Kati, Perak Ekspress

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH