| Mobile| RSS

RAJA TIDAK PEKAK - SULTAN AZLAN SHAH

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja adalah satu perbuatan "menyalakan api dalam sekam" yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa adalah tafsiran yang perlu diperbetulkan.


Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.


"Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."

Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang tersurat.

"Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi," titah baginda.

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

"Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan adalah resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan Perak. - Bernama



Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 12 comments [ More ]

INGAT TEMUJANJI KITA?

Berhenti seketika dari membicarakan pergolakan politik... :-)

PESTA BUKU ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR (17-26 APRIL)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tentu ramai yang sudah maklum mengenai kedatangan Pesta Buku KL yang akan berlangsung dari Jumaat ini (17/4/2009) hingga 26 April nanti di PWTC, Kuala Lumpur.

Pada tahun lalu, pesta ini telah menggamit lebih 2 juta pengunjung dan khabarnya, jumlah pengunjung pada tahun ini juga dijangka akan melebihi 1.5 juta orang.

Saya harap, sesiapa yang membaca posting ini juga akan hadir ke sana nanti kerana menurut beberapa rakan penerbit saya, buku-buku yang dijual pada tahun ini akan diberikan diskaun sehingga 70%.

Jadi, memang berbaloilah jika anda ke sana nanti.

Buat pertama kalinya tahun ini, Nur Aflah Publishers akan turut serta memeriahkan pesta tersebut. Nur Aflah Publishers akan berada di booth Kampung Buku Malaysia Melaka yang bernombor 44 dalam Dewan Tun Hussein Onn.

Oleh kerana Nur Aflah Publishers sedang terikat dengan jadual “Siri kembara 2009” di seluruh Malaysia sehingga Ogos nanti, maka stok yang akan dihantar ke pesta tersebut amat terhad sekali. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Untuk pengetahuan semua, buku-buku terbitan Nur Aflah Publishers yang akan dibawa ke pesta itu nanti adalah buku-buku baru yang belum dipasarkan ke kedai-kedai buku lagi dan semua buku-buku itu akan diberikan diskaun sehingga 50%.

Bukan itu sahaja, semua pembeli buku Nur Aflah Publishers boleh menyertai peraduan ini. [sila klik di sini untuk maklumat lanjut]

Oleh kerana stok yang dibawa amat terhad, diskaun yang diberikan sangat besar dan ada peraduan lagi, saya harap anda tidak akan berasa kecil hati kalau stok buku-buku kami sudah kehabisan lebih awal.

Insya Allah, saya juga akan berada di sana nanti untuk merasai sendiri kemeriahan pesta buku yang paling popular di Malaysia.

Wassalam.



[JANGAN LUPA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI]
Photobucket

INILAH RUPANYA KAMPUNG BUKU MALAYSIA, MELAKA


KEMBARA DI MEDAN IKAN BAKAR, UMBAI


KEMBARA DI MENARA TAMINGSARI


KEMBARA DI MELAKA SENTRAL


TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

BOLEHKAH MELAYU TERIMA KEPUTUSAN NAJIB?



Barangkali semua sudah tahu, salah satu faktor utama yang menyebabkan UBN gagal dalam PRU ke 12 serta 4 pilihanraya kecil di Semenanjung adalah kerana pengundi muda dan bukan Melayu telah menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Bagi sesetengah penganalisis politik, momentum sokongan pengundi muda dan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat akan kekal sehingga PRU ke 13 diadakan. Kerajaan UBN bakal tumbang dan teraju kepimpinan negara akan diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti mudah.

Lalu, memang tidak menghairankan bila sudah ada yang berkata, “Najib adalah PM terakhir daripada kerajaan UBN sebelum ‘baton’ diserahkan kepada Pakatan Rakyat.”

Bagaimanapun, ada juga penganalisis yang masih positif dengan masa depan UBN kerana mereka berpendapat, kerajaan UBN masih mempunyai masa untuk mengubah momentum itu. Itupun jika mereka sanggup melakukan sesuatu yang di luar dugaan ataupun di luar kebiasaan. Melihat kepada situasi terkini, UBN nampaknya sedang merencana dan melakukan strategi itu.

Slogan ‘Satu Malaysia’ adalah contoh terbaik untuk menggambarkan strategi UBN bagi mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu yang kini menjadi tunggak kekuatan Pakatan Rakyat.

Bila Najib memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) yang begitu sinonim dengan agenda Melayu/Bumiputera, ianya adalah pendekatan yang selari dengan slogan ‘Satu Malaysia’ yang sedang dicanangkan itu.

Biarpun pendekatan ini mula merobek hati orang Melayu, namun ianya adalah sesuatu yang boleh mengujakan hati orang bukan Melayu.

Sikap keterbukaan Najib terhadap permintaan bukan Melayu sudah dapat dilihat sejak beliau diwawancara oleh TV Bloomberg beberapa bulan yang lalu. "Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti,". kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan [rujuk sini].

Dan kini, apa yang diperkatakan oleh Najib itu sudah mula dilakukan secara ‘senyap’ dan beransur-ansur.

Malah sebelum ini pun, Najib telah memutuskan untuk membenarkan syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera yang kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia [rujuk sini].

Jika cadangan Khalid, MB Selangor yang mahu membuka 5% kuota UiTM kepada bukan Melayu telah mendapat tentangan yang hebat sehingga mencetuskan demontrasi jalanan, namun tindakan Najib yang mengurangkan kuota Bumiputera di Bursa Malaysia langsung tidak mendapat apa-apa tentangan.

Ini jelas membuktikan betapa liciknya Najib mengatur perancangannya atau ianya sudah menjadi resam UMNO untuk menyokong sahaja apa-apa tindakan yang mahu diambil oleh ketuanya?

Keputusan Najib mahu meneruskan dasar PPSMI juga adalah sebahagian daripada usahanya untuk merealisasikan slogan ‘Satu Malaysia’. Najib tahu, majoriti penentang PPSMI terdiri daripada orang atau organisasi Melayu.

Bila Najib melantik Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran dan Fuad Zakarshi (yang dulunya begitu lantang menolak PPSMI) sebagai timbalannya, ianya adalah satu ujian kesetiaan buat mereka berdua. Tentu sekali Muhyiddin dan Fuad akan mempertahankan PPSMI habis-habisan jika mahu menyelamatkan kedudukan dan jawatan mereka.

Jika Muhyiddin berani melawan keputusan Najib, berkemungkinan besar jawatan TPM akan diambil-alih oleh ‘Menteri Yang Mempertahankan Najib’ atau Menteri Pertahanan. Pendek kata, taring Muhyiddin dan Fuad sudah dipotong awal-awal oleh Najib. Apa yang Najib lakukan kini sama seperti apa yang Tun Mahathir buat ketika melantik Anwar dahulu.

Untuk mengurangkan ancaman, Tun Mahathir melantik Anwar sebagai Timbalannya. Anwar yang berasa terhutang budi terpaksa mempertahankan semua tindakan Mahathir untuk menyelamatkan kedudukannya. Nampaknya, strategi yang sama sudah berulang kembali dan ianya tidak menghairankan kerana Najib sememangnya sedang melaksanakan pendapat orang itu.

Beberapa hari sudah, saya sempat bersembang dengan beberapa rakan yang bukan berbangsa Melayu. Mereka nampaknya mula teruja dengan pendekatan Najib yang mahu bekerjasama dengan Tun Mahathir. Saya tidak akan hairan jika mereka tidak setia kepada Pakatan Rakyat kerana sejak dulu lagi, mereka sudah diasuh untuk memilih sesuatu yang ‘menguntungkan’.

Persoalannya kini, pihak manakah yang akan lebih ‘menguntungkan’ mereka di masa hadapan? Adakah UBN atau Pakatan Rakyat?

Fikir-fikirkanlah…



[Jangan lupa klik pada banner di bawah ini]
Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

NAJIB MULA RASA APA YANG DAH PAK LAH RASA…


Selepas UBN mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dijadikan kambing hitam untuk menutup segala kelemahan UBN. Antara yang paling lantang meminta Pak Lah berundur lebih awal adalah Muhyiddin (Tan Sri) dan Mahathir (Tun).

Biarpun Pak Lah boleh mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin dan Mahathir sepertimana yang biasa dilakukan oleh Mahathir ketika bergelar Perdana Menteri ke 4, namun Pak Lah mengambil sikap berlembut dan membiarkan sahaja rakan-rakan dan seteru politiknya mengkritik dan memalukan beliau.

Hari ini, setelah 4 hari Pak Lah melepaskan tanggungjawabnya kepada Najib (Datuk Seri), UBN masih lagi gagal menambat hati pengundi di Semenanjung Malaysia. Entah kenapa, pengundi masih lagi menolak UBN biarpun jentera UBN kali ini diterajui oleh Muhyiddin sambil dibantu oleh Mahathir yang dahulunya seolah-olah sudah mengetahui ubat yang paling mujarab untuk merawat ‘penyakit’ UBN.

Jika benar pengundi menolak UBN dahulu kerana ‘kelemahan’ Pak Lah, kenapa UBN masih lagi kalah di Semenanjung? Dimanakah kekuatan dan kredibiliti Muhyiddin yang dahulu begitu pandai mengkritik Pak Lah? Jika benar Muhyiddin lebih hebat dari Pak Lah, beliau sekurang-kurangnya mampu mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Pada saya, Najib dan Muhyiddin tidak ada “faktor WOW” yang sangat diperlukan oleh UBN pada waktu ini, khususnya di Semenanjung Malaysia. Ketika Pak Lah mengambil-alih jawatan PM dari Mahathir, Pak Lah memiliki “faktor WOW” itu sehingga mampu mengembalikan keyakinan pengundi kepada UBN yang jelas tergugat sewaktu PRU tahun 1999.

Kekalahan besar UBN pada pilihanraya 2008 dikatakan berpunca daripada kegagalan Pak Lah membersihkan UBN daripada sistem dan barisan kepimpinan yang sudah tercemar serta kelemahan beliau dalam mengagihkan kek ekonomi yang lebih adil kepada setiap rakyat Malaysia. Jika Pak Lah mampu melakukan perubahan itu, tidak mustahil UBN akan terus bertahta di hati rakyat Malaysia.

Menurut pendapat seorang penganalisis politik yang dibayar oleh TV1 malam tadi, pengundi di Batang Ai memang bijak kerana memilih BN untuk mewakili mereka. Jika mahu diperincikan hujah penganalisis itu, ertinya pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah pengundi yang bodoh kerana termakan hasutan pembangkang.

Jelas sekali, hujah penganalisis itu telah memperbodohkan audien dan jika RTM berterusan mengambil penganalisis seperti itu, ianya akan menyukarkan lagi kerja UBN untuk memenangi hati pengundi. Ini kerana, perubahan yang dituntut oleh pengundi bukan sahaja berkisar tentang pemimpin tertinggi negara atau sistem penyampaian kerajaan, malah ianya juga melibatkan perkara kecil seperti intipati setiap rancangan RTM mahupun saluran media perdana yang lain.

Kata penganalisis itu lagi, kekalahan UBN di Bkt. Gantang dan Bkt. Selambau berpunca daripada taktik pembangkang yang menyerang peribadi calon BN sehingga berjaya mempengaruhi sentimen dan emosi pengundi. Kali ini, hujah penganalisis itu benar-benar menyentuh titik ketawa saya.

Adakah beliau sudah lupa yang UBN juga menggunakan taktik yang sama? Jika tidak, kenapa video lama Anwar ditayangkan kembali, kenapa berita SPRM menyiasat Fairuz & Guan Eng dijadikan berita utama dan kenapa Nizar digambarkan sebagai penderhaka? Persoalan sebenar yang patut dihurai oleh penganalisis itu ialah kenapa pengundi lebih termakan umpan PR dan bukannya umpan UBN, padahal liputan media UBN lebih luas daripada media PR?

Apapun, saya bersetuju dengan pendapat penganalisis itu yang menyatakan, para pengundi masih belum dapat melihat pembaharuan yang mahu dilakukan oleh Najib kerana Najib baru beberapa hari berkuasa. Corak pengundian mungkin boleh berubah di masa hadapan. Buat masa ini, Najib tentunya sedang rasa apa yang sudah Pak Lah rasa.

Dan yang paling menyeronokkan, Pak Lah sudah boleh bersara dengan selesa, manakala Mahathir terpaksa kembali bekerja untuk memenangkan pilihannya.


Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 14 comments [ More ]

KEPUTUSAN RASMI : PR= 2 BN= 1


Seperti dijangka oleh banyak pihak sebelum ini, pilihan raya kecil di 3 penjuru hari ini akan memihak kepada Pakatan Rakyat dengan keputusan 2-1.

Syabas kepada PAS (Bkt Gantang), PKR (Bukit Selambau) dan juga BN Sarawak (Batang Ai) kerana memperolehi kemenangan pada malam ini.

Insya Allah, jika ada kesempatan, saya akan menulis lebih panjang lagi.

Selamat malam semua.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

UNDANGAN KHAS?

Lihat dulu foto di bawah ini :










Kalau ada masa, datanglah ke Melaka Sentral hari ini (5 April 2009) dari jam 10 pagi – 10 malam.

Kalau nak datang, jangan lupa cetak baucer di bawah ni:


Dan kalau nak tahu lebih lanjut, kita jumpa di Melaka Sentral.


Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

| posted in | 5 comments [ More ]
Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH