| Mobile| RSS

LOBANG BAIK

Pesan Tok Guru,


Kat akhirat nanti, duit pitih tak laku, emas perak tak laku… yang laku cuma pahala. Kalau mu nak senang kat akhirat nanti, mu kena cari pahala banyak-banyak kat atas muka bumi ni..”


Jadi, [kat sini] ada lobang baik untuk buat pahala.















| posted in | 18 comments [ More ]

MENJAWAB FITNAH BAGAN UTAMA

Entri ini untuk menjawab beberapa soalan yang hampir serupa yang telah dihantar melalui borang ini.

Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang prihatin dengan artikel yang bertajuk “Gambar AdukaTaruna” yang telah dipaparkan di blog Bagan Utama dan Aduka Taruna.


Sila klik pada imej untuk membesarkannya.

Dalam artikel itu, penulis yang bernama Ali (Bagan Utama) menulis:

Salam satu Malaysia. Entry ini tidak menyokong atau membela aduka. Den cuma nak bagitahu ado mangkuk-mangkuk yang menyebarluaskan gambar aduka di facebook, blog dan tagged. Betul-betul berniat jahat. Itu bukan gambar aduka. Gambar sapo la yang korang pedajalkan tu. Kepada Herman Samsudeen dan NurAflah, sila tarik gambar yang dimaksudkan. Jangan bikin fitnah beb. Jangan buat malu organisasi yang ekau sertai dan ekau sokong. Jangan memalukan orang yang tak bersalah. [Sumber]

1) Saya percaya artikel itu telah dibaca oleh ribuan orang. Maklumlah, blog Aduka kan tengah meletup sekarang.

2) Bila saya mendapat tahu tentang dakwaan penulis itu, saya pun menyemak kembali artikel saya yang berkaitan dengan Aduka Taruna. Hanya gambar Aduka menyerah diri (yang dipetik dari blog Pink Turtle di sini) yang saya muatkan di blog ini. Kalau itu dikatakan fitnah, saya tidak boleh terima kerana Pink Turtle sendiri yang mengiringi Aduka ke balai polis.

3) Untuk mendapatkan kepastian tentang dakwaan itu, maka saya telah bertanyakan terus dakwaan itu kepada penulis tersebut [di sini].

4) Rupa-rupanya, ayat yang berbunyi “Nota: Inikah foto Aduka Taruna?” yang dimuatkan di hujung entri “Kerana pulut dan nila setitik” yang dikatakan fitnah oleh si penulis itu.


"Screen shot" dari blog Nur Aflah





5) Saya tidak berasakan itu adalah fitnah kerana dengan jelas, saya cuma melontarkan pertanyaan pada ayat itu dan bukannya menyatakan itu adalah Aduka Taruna.



6) Persoalannya kini, adakah anda juga merasakan saya telah membuat fitnah kerana penulis itu sendiri tidak berani untuk menjawab soalan saya ATAU adakah anda fikir penulis itu sendiri yang telah memfitnah saya?

Nota: Pendapat anda sangat dialu-alukan. Jika tidak mahu menghantar komen melalui entri ini, sila hantarkan komen anda melalui borang ini.














| posted in | 11 comments [ More ]

KENAPA YANG NI KAMU TAK KECOH?



 “Melayu mudah lupa”. Itu kata Tun Mahathir yang sangat terkenal.

Hari ini, ramai sungguh yang kecoh hal Aduka Taruna tapi lupa nak menyelitkan isu sama yang pernah berlaku di Terengganu pada bulan Mac 2008.

Pada waktu itu, berita NTV7 menyiarkan berita penyokong Idris Jusoh menyanggah keputusan Sultan Mirzan kerana tidak menerima Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.

Banyak sepanduk yang dibawa menghina Sultan Terengganu.

Antara sepanduk yang paling ganas berbunyi begini:

“KAMI NAK DERIS NATANG”

Saya percaya, berjuta penonton berita NTV7 yang melihat insiden itu dan beribu-ribu lagi telah menyaksikan ulangtayang berita itu di media internet.

Hari ini, ada pula penyokong PAS yang kata Dewan Pemuda PAS lebih prihatinkan isu Aduka daripada isu yang berlaku di Terengganu itu.

Saya fikir mereka juga sudah lupa.

Pada 25 Mac 2008, Ketua Pemuda PAS pada waktu itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengutuk perbuatan itu dan melaporkan perbuatan itu pada pihak polis.

Kalau tak caya, sila rujuk video di bawah:



Tapi sehingga kini, saya tak tahu apa sudah jadi dengan laporan itu. Ada atau tidak pihak yang didakwa, itu kena tanya pihak polis lah..

Bila Aduka Taruna sanggup mengaku buat salah, saya kata nasi dah jadi bubur [baca kat sini]. Dia kena hadapilah apa jua tindakan yang bakal dikenakan pada dirinya biarpun dia sudah meminta maaf.

Tapi jangan lupa, Idris Jusoh pun pernah mengaku buat salah pada Sultan Terengganu atas apa yang telah berlaku. Dia pun dah minta maaf dan kalau tak percaya, boleh rujuk video kat bawah ni:



Pendek cerita, kalau kita betul-betul ikhlas mahu memertabatkan institusi Raja di negara ini, sesiapa jua yang melakukan kesalahan yang serupa hendaklah didakwa dan dihukum dengan seadil-adilnya.

Tidak kiralah dia orang PAS ke, orang UMNO ke, orang PKR ke, orang DAP ke atau orang tak berparti ke, yang buat salah kenalah didakwa dan dihukum. Jadi, takkan ada lagi lah apa yang dikata sebagai hipokrit, berat sebelah atau pendakwaan terpilih.

Nota: Ada lagi blog yang menghina Almarhum Sultan Johor dan agama Islam. Itu akan saya tulis dalam entri yang lain. Buat semua, fikirkanlah dulu apa yang telah saya catatkan dalam entri ini.















| posted in | 8 comments [ More ]

WANITA CANTIK MENCURI KETIKA WAKTU AZAN

Wanita dalam gambar ini memasuki kedai menjual barang kemas bersama seorang kanak-kanak perempuan.



 

Ketika jurujual sedang leka mencari barang kemas yang dimintanya, dia mencuri sampul surat yang dipercayai berisi wang.



 

Pada waktu dia melakukan perbuatan terkutuk itu, azan sedang dikumandangkan. Apa yang berlaku seterusnya? Rujuk video di bawah:



Nota: Ingatlah! CCTV Allah sentiasa merakam-catatkan setiap perbuatan kita di dunia ini dan takutlah kepada azabNya yang Maha Dahsyat.














| posted in | 12 comments [ More ]

ADUKA TARUNA LEBIH GENTLE DARI SESETENGAH BLOGGER



Foto di atas dirakamkan oleh Pink Turtle.

Aduka Taruna akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kota Bahru petang tadi.

Pada saya, tindakan yang diambilnya itu adalah sesuatu yang betul dan selaras dengan permohonan maaf yang telah dibuatnya sebelum ini.

Dia bukan sahaja sanggup memohon maaf tapi dia juga sanggup dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Tindakan ‘gentle’ seperti ini wajar dipuji dan dijadikan contoh kepada orang lain juga.

Tidak seperti sesetengah blogger lain yang hanya berani mengutuk Aduka tapi berselindung di sebalik nama anonymous.

Malah ada juga blogger yang mengambil kesempatan dari kes Aduka ini dengan menulis pelbagai spekulasi sampah dan cuba mengaitkan Aduka dengan kumpulan tertentu yang tidak dapat dipastikan samada dakwaan itu benar atau rekaan semata-mata.

Pada saya, blogger seperti ini lebih hancing dan busuk daripada Aduka Taruna kerana menulis benda-benda yang tidak masuk akal. Tidak perlulah saya print screen apa yang ditulis itu kerana siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya.

Ya, memang Aduka telah melakukan kesilapan yang sangat besar, tapi blogger lain yang telah menuduhnya dengan pelbagai dakwaan palsu juga turut melakukan kesilapan yang sangat besar.

Jika apa yang didakwa oleh blogger itu tidak benar, maka Aduka Taruna boleh mengemukakan saman dan membawa kes itu ke mahkamah. Dia boleh menuntut saman malu atau saman fitnah.

Oleh itu, saya dengan rendah hati ingin menasihatkan kepada semua rakan blogger yang terasa dengan entri ini supaya berhenti membuat spekulasi yang bukan-bukan demi menyanjung tinggi entiti kebenaran di negara ini.

Dikemaskini: Sila baca artikel saya yang lepas dahulu untuk mengetahui pendirian saya tentang isu ini sebab anda akan tersalah anggap jika hanya berpandukan pada kenyataan yang dibuat oleh forumer MYKMU.














UPDATED: ADUKA TARUNA DITAHAN KERANA MENGHASUT?

JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948. [Bernama]

NOTA: Ulasan saya tentang kes ini boleh dibaca di sini.
















GAMBAR BUNG DAN ZIZIE BERDISKO

Mungkin ramai dah tengok gambar ni tapi ada sesuatu yang bermain di fikiran saya.



Siapakah jejaka yang bertatoo di lengan ini? Adakah dia mahram Zizie?

Jika ya tidak mengapa.

Jika tidak, malang sungguhlah si suaminya yang begitu gagah di Parlimen tapi lembik berdepan isteri sendiri.




p/s: Fuyoo.. rambut pun dah tak beruban lagi. Baju pun dah ketat. Cayalah Barisan Nasional. Hidup Barisan!



Sumber foto: Sini dan klik sini dulu sebelum pergi meninggalkan blog ini.















| posted in | 5 comments [ More ]

KERANA PULUT DAN NILA SETITIK

Pepatah Melayu ada menyebut, “Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa”.

Lebih kurang jam 8 malam pada hari jumaat malam sabtu, saya menerima sms dari rakan saya yang meminta saya membuka blog Aduka Taruna. Kata kawan saya, “Aduka sudah melampau”.

Tanpa membuang masa, saya terus membuka blog Aduka Taruna. Entri terbarunya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la” memang memeranjatkan saya.



Ketika itu baru ada 2 komen dan saya terus ‘print screen’ artikel itu kerana gerak hati saya dapat merasakan, artikel itu akan menjerat dirinya sendiri.

Selepas itu, saya terus membuka twitter dan mencari maklumat terkini tentang kemangkatan Sultan Johor. Melalui twitter Shamsul Iskandar (Ketua AMK), kemangkatan Sultan Johor telah disahkan pada jam 7.18 malam dan bukannya pada waktu pagi seperti yang didakwa Aduka.

Pada saya, Aduka telah membuat kesilapan besar bila menyatakan waktu kemangkatan Sultan pada sebelah pagi dan kata-kata kesat yang digunakannya terhadap institusi Raja boleh memakan dirinya sendiri.

Apa yang telah dijangka oleh saya dan kawan-kawan saya memang betul.

Semalam saya menerima banyak sms mengenai apa yang Aduka tulis itu tapi disebabkan terlalu sibuk, baru hari ini saya dapat membuka internet dan melihat fenonema Aduka di internet.

Wow! Banyak betul blog yang mengutuk tindakan Aduka dan ada juga pihak yang mendakwa, laporan polis telah dibuat terhadap dirinya biarpun dia sudah memohon maaf serta menarik balik artikel itu.

Apa lagi yang boleh saya katakan. Nasi sudah menjadi bubur dan mahu atau tidak mahu, dia perlu berhadapan dengan apa jua tindakan yang bakal dihadapinya.

Sejujurnya, sejak dulu lagi (sudah setahun lebih saya membaca blog ini), banyak artikelnya yang mencabar kesabaran saya bila dia mengutuk ulamak dan menggunakan kata-kata yang sangat kesat.

Dia yang kononnya memperjuangkan ‘PAS Reform’ tidak sedar yang tulisannya telah membuatkan lebih ramai orang membenci perjuangan Islam.

Saya tidak tahu berapa ramai orang yang telah menjadi ahli PAS kerana membaca artikel Aduka Taruna tapi yang saya tahu, begitu ramai orang yang telah menjadi ahli PAS kerana dakwah yang dijalankan Dr Haron Din, Hj Hadi Awang, Dr Hasan Ali dan ramai lagi pemimpin PAS yang telah dikutuknya.

Buat Aduka Taruna, jadikanlah insiden ini sebagai pengajaran yang amat berguna. Jadilah seperti lilin yang sanggup dimamah api untuk menerangi orang lain. Janganlah jadi seperti api yang membakar lilin untuk menerangi orang lain.

Nota: Inikah foto Aduka Taruna?















| posted in | 14 comments [ More ]

SULTAN JOHOR MANGKAT JAM 7.08 MALAM TADI


Berita telah disahkan. Sultan Johor dilaporkan telah mangkat jam 7.08 mlm tadi. Pengesahan itu dibuat sendiri oleh Setiausaha Sulit Pemangku Sultan.

Al-Fatihah.

Info tentang Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail di sini.



















| posted in | 5 comments [ More ]

FILEM BARU SHAH RUKH KHAN PESONGKAN AKIDAH?

Saya belum menonton filem ini.

Jadi, saya tidak boleh membuat apa-apa komen tentang dakwaan yang menyatakan filem 'My Name Is Khan' ini bercanggah dengan akidah Islam.

Apapun, saksikan dulu trailer filem tersebut:












| posted in | 2 comments [ More ]

KHIR TOYO TAK KEBULUR JAWATAN MB?



Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo berkata beliau tidak berhasrat untuk memimpin negeri itu sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Mohamed Khir berkata, walaupun keutamaannya adalah melihat BN menggulingkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang, namun beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi menteri besar.

Katanya, beliau telah memberikan khidmat yang terbaik dalam tempoh lapan tahun semasa menjadi menteri besar dan beliau merasakan perlu ada calon baru diberi peluang untuk memimpin negeri elit itu.

“Saya bangga kerana selama tempoh lapan tahun saya memimpin negeri ini, Selangor berjaya mencapai status negeri maju.

“Negeri ini telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik di bawah kepimpinan saya dan saya fikir sudah tiba masanya seorang muka baru diberi peluang untuk memimpin negeri ini jika Barisan menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Star semalam.

Beliau berkata, imej dan reputasinya telah tercemar teruk sejak Pakatan Rakyat merampas negeri itu pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Menurutnya, beliau telah dijadikan sasaran oleh musuh-musuh politiknya dalam BN mahupun pembangkang ekoran kekalahan parti itu di Selangor.

“Mereka melemparkan pelbagai macam tuduhan terhadap saya dan yang paling teruk mereka menuduh saya seorang pemimpin yang korup.

“Saya tidak takut dengan tuduhan-tuduhan tersebut tapi reputasi dan imej saya yang rosak itu tidak diperbaiki dan tiada jalan keluar bagi saya walaupun saya bersih,” katanya sambil menambah hati kecilnya yakin tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang menjadi menteri besar.

Biarpun kecewa dan terluka dengan tuduhan-tuduhan itu, Mohamed Khir berkata, beliau kini lebih bahagia daripada sebelum ini.

Katanya, pengundi-pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang mendapat khidmatnya yang lebih baik sekarang berbanding ketika beliau menjadi menteri besar.

“Saya punya banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga sekarang, berbanding ketika menjadi menteri besar, boleh dikatakan saya tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga,” ujarnya.

Ditanya tentang kemungkinan jentera BN berhasrat untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh separuh penggal, Mohamed Khir berkata BN tidak berniat untuk berbuat demikian.

Jelasnya, jentera BN sedang bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat di Selangor dalam usaha untuk mengembalikan kuasa mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami mahu menang secara adil dan saksama kerana kami tidak mahu melihat apa yang berlaku di Perak berulang di Selangor.

“Kemenangan di Selangor adalah keutamaan tertinggi kita dan kita perlu membuktikan kemampuan itu kepada orang ramai untuk mencapai kejayaan itu," katanya.

Menurut Mohamed Khir, pada ketika ini prestasi ekonomi negeri itu yang lemah dan kemelesetan ekonomi tidak membantu kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, usaha yang mereka lakukan tidak mencukupi dan pertumbuhan ekonomi tidak menunjukkan perkembangan secukupnya di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

“PR telah melumpuhkan pertumbuhan ekonomi negeri dan semakin berkurangan pelabur yang berminat untuk melabur di sini, keadaan ini berbeza semasa saya menjadi menteri besar," katanya sambil menambah beliau telah berjaya memperoleh jumlah pelaburan yang sangat besar di Selangor.

Mohamed Khir berkata, pertelingkahan dalaman yang berterusan dalam kerajaan PR memberi petanda baik kepada BN.

Katanya, kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai peneraju negeri terancam ekoran masalah dalaman yang berlaku dalam partinya sendiri.

“Orang dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menimbulkan banyak masalah kepada Khalid supaya mereka dapat menyingkirkannya daripada jawatan menteri besar,” katanya.

Beliau turut menafikan bahawa Umno bertanggungjawab terhadap masalah yang melanda PKR.

Katanya, ahli-ahli PPKR sendiri yang berminat untuk menjadi menteri besar dan Umno tidak terlibat dalam perkara itu seperti yang didakwa oleh Khalid.

“Umno seringkali dijadikan kambing hitam dalam semua masalah yang berlaku dalam PKR,” katanya sebagai mengulas peletakan jawatan 13 daripada 16 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Khalid.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Situasi ini bermakna Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.[mstar]










| posted in | 1 comments [ More ]

JANGAN LAKUKAN INI PADA IBU ANDA



SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya. [Kosmo]

Nur Aflah: Ya Allah! Ampunilah dosa anak itu dan peliharalah ibu ini agar sentiasa tenang menghadapi dugaan ini.










| posted in | 5 comments [ More ]

TIPS MEMILIH MAKANAN DI KEDAI ‘FAST FOOD’

Pastinya ramai di antara kita dah biasa makan di kedai ‘fast food’ macam McD, Kfc, Burger King, A&W dan lain-lain lagi.

Tapi tahukah kita apa gunanya plat besi yang memaparkan nombor yang biasanya diletakkan pada deretan burger atau ayam yang terdapat di belakang cashier kedai fast food tersebut?

Sila lihat foto di bawah untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang di mana letaknya plat angka itu:



Jadi, jika kita bertandang ke kedai fast food, lihatlah dulu angka-angka itu dan juga jarum panjang pada jam tangan kita. Kalau tak pakai jam tangan, lihatlah jam dinding.

Kenapa pulak?

Sebabnya, angka pada plat itu akan menentukan tahap kesegaran dan kualiti makanan segera itu.

Misalnya, jika kita pesan Double Cheese Burger dan cashier itu ambil burger di lorong yang angkanya 30, lihat jam tangan kita..

Kalau jarum panjang (bukan jarum pendek) di jam tangan kita belum lagi sampai angka 30, burger yang diberikan itu masih lagi segar. Kalau lebih dari 30, contohnya 35, 40, 50 ke, ertinya burger itu sudah tidak lagi ‘fresh’.

Beritahu cashier itu, saya mahu burger yang baru.

Panduan:

1) Kualiti atau kesegaran burger tahan sehingga 15 minit sahaja
2) Kualiti atau kesegaran ayam goreng dan nugget tahan sehingga 30 - 45 minit sahaja.

Nota: Tukang masak kedai fast food perlu meletakkan plat angka itu sebaik sahaja makanan itu diletakkan di rak pameran. Contohnya, jika dia masak burger dan siap pada jam 5.30 petang, maka dia akan meletakkan plat angka 45 kerana burger itu hanya tahan untuk 15 minit sahaja. Mengikut peraturan kedai fast food, pada jam 5.45 petang burger itu perlu dilupuskan jika tiada pembeli.











| posted in , | 5 comments [ More ]

LAGI-LAGI PKR

2 hari lepas, Tun Dr Mahathir mendakwa 700 lori pasir dilihat memasuki Singapura setiap hari.

Semalam, SPRM menahan setiausaha kepada Exco PKR Selangor kerana disyaki menerima rasuah wang dan seks dalam kes menjual pasir secara haram.

Setiausaha itu antara 34 orang yang ditahan di 5 buah negeri.

Kata kawan saya yang menyokong PKR, “SPRM kata 5 buah negeri, tapi kenapa Selangor yang ditonjolkan? 4 buah negeri lagi tu negeri pimpinan siapa? Kalau 4 negeri tu negeri BN, ertinya BN menanglah.. sebab BN 4, PR 1.”

“Tak boleh cakap macam tu sebab jenayah tetap jenayah. Tak kiralah siapa atau parti mana yang buat.” kata saya.

“Habis tu you nak kata PR pun sama jahat macam BN jugaklah?”

“Bukan macam tu. Sekarang ni PR perintah 5 negeri. Jika ditakdirkan PR dapat perintah 1Malaysia dan BN pulak perintah 5 negeri dan kes ini berulang kembali, nanti orang BN pun boleh cakap macam yang you cakap sekarang ni..”

“No.. you tak boleh samakan PR dengan BN. Polisi tak sama, banyak beza..”

“Polisi memang tak sama tapi manusia tetap manusia. Tak dapat lari dari buat silap dan siapa yang buat silap, kena ‘take a risk’ lah..”

“I pun tak fahamlah dengan dia orang ni. Bila dah dapat kuasa, macam-macam hal pulak yang jadi.. Macam mana pengundi nak percaya kalau selalu jadi macam ni..”

“So, you rasa PR akan kalah lah nanti?”

“Maybe..”

“I don’t think so..”

“Kenapa?”

“Sebab PAS still maintain a good record. Sekarang ni, I lihat ramai non-muslim dah mula 'nak cuba' undi PAS.”

“Mustahillah.. You tengok Kelantan. Apa dah jadi?”

“Yes, memang kecoh tapi ada ke orang PAS kena tangkap dengan SPRM?”

“Memanglah tak ada. Tapi you jangan lupa, pengundi suka parti yang dilihat bersih.. Sekarang ni, PAS Kelantan tak lagi dilihat sebersih dulu..”

“Habis tu, sekarang ni BN dilihat lebih bersih, lebih islamik, lebih jujur dari dulu ke?”

“Tak jugak..”

Nota: Masih banyak yang dibualkan tapi minta maaflah sebab tak dapat nak teruskan entri ini buat masa ini. Insya’ Allah akan disambung lagi. Apapun, yang salah tetap salah dan kebenaran tetap akan memihak pada pihak yang benar.










BAKAR GEREJA: VIDEO 8 PEMUDA MELAYU DITAHAN

KUALA LUMPUR, Jan 20 — Lapan suspek termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan kejadian membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini awal pagi 8 Jan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata mereka ditahan di sekitar kawasan Polis Daerah Sentul antara malam tadi dan awal pagi ini.

Salah seorang suspek, yang berusia 21 tahun, ditahan di sebuah hospital di ibu negara selepas dia menerima rawatan kesan kebakaran pada dada dan tangan, kata Bakri.

Kesan itu dipercayai dialami ketika serangan ke atas gereja itu.

Katanya, tujuh yang lain ditahan di beberapa kawasan di Lembah Klang selepas penahanan pertama.

Tiga suspek termasuk yang cedera itu mempunyai hubungan kekeluargaan - dua beradik dan seorang bapa saudara. Mereka bekerja sebagai kerani perkhidmatan penghantaran.

“Penangkapan terakhir dibuat 7.30 pagi ini. Tiga daripada suspek dipercayai ada hubungan persaudaraan di mana dua adalah adik-beradik dan bapa saudara mereka... yang baki lima merupakan rakan mereka,” kata Bakri.

Bakri menjelaskan penahanan itu masih baru dan oleh yang demikian mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan secara mendalam.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran berkaitan dengan latar belakang kaum dan kewarganegaraan suspek-suspek yang ditahan itu.

“Kes ini masih disiasat. Jadi saya berharap orang ramai akan memberikan kami masa untuk menjalankan siasatan dengan rapi.

“Jika kami ada lebih banyak maklumat, kami akan mengambil tindakan perlu,” katanya lagi.

Bagaimanapun berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh polis, kesemua suspek yang ditahan merupakan “pemuda Melayu dalam lingkungan 20-an yang kini tinggal di kawasan Ampang.”

Kenyataan itu yang diberikan sejurus selepas sidang media beliau mengesahkan bahawa serangan ke atas Gereja Metro Tabernacle dikenalikan oleh kira-kira 10 orang.

“Suspek-suspek ini beredar dengan menaiki kereta dan motosikal selepas serangan dilakukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama dengan kami bagi membolehkan penahanan ini dilakukan.

“Pada masa yang sama saya hendak memberi amaran kepada beberapa pihak. Berikan polis satu peluang untuk menjalankan siasatan.

“Jangan kaitkan suspek-suspek dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Jangan ambil apa-apa tindakan tidak wajar,” katanya.

“Polis berada di sini untuk memastikan keselamatan dan keharmonian negara terpelihara,” kata Bakri.

Tambah beliau kes itu disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, melakukan serangan menggunakan bahan api atau letupan dengan tujuan mahu mendatangkan kerosakan.

Dengan penahanan mereka, kata beliau, polis percaya kes itu telah selesai.

Gereja Metro Tabernacle merupakan antara premis yang musnah teruk dalam kejadian serangan dan kerja vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat, yang dilihat berhubung kait dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah “Allah”.

Ia juga merupakan gereja pertama diserang.

Sebelum ini, polis percaya lebih daripada dua suspek terlibat dalam kejadian membakar gereja itu.

Ia berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan berhampiran gereja tersebut kira-kira 12 tengah malam pada hari kejadian.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda. Gereja Metro Tabernacle beroperasi sejak 12 tahun lepas dan mempunyai 1,500 jemaah. [Sumber:Malaysian Insider/Malaysiakini]



Video oleh: MyMetro










| posted in | 6 comments [ More ]
Ingin beriklan di sini? Klik di sini sekarang!

Nak tahu cara dapatkan FREE streamyx?

Klik sini dapat duit! Biar betik?

"Setiap Klik Anda Membantu Blog Ini Untuk Berkembang"

KALIMAH ALLAH